sayang sayang saya :')

Thursday, December 15, 2011

La noyée



thanks AH sebab bagi lagu ni.. and yeah. this is currently my last song syndrome.
ulang dan ulang dengar setiap hari setiap malam.

rugi okayh kau taknak dengar. sekali sekala ganti dengan the strokes tuh ape salahnya. kahkah

goodnite babies <3

Saturday, December 10, 2011

hari sabtu yang penuh penyesalan

assalamualaikum dan selamat malam. aku ada banyak kerja ni tau tapi menyempat je nak tulis belog. RPH dah nak kena hantar hari isnin ni. tapi banyakkkk lagi yang belum buat. you guys dun have an idea what the hell RPH is? Rancangan Pengajaran Harian. huk aloh yang cikgu-cikgu tulis dalam buku besau-besau tuh.

okayh merujuk kepada tajuk di atas. tadi macam biasa la setiap hari sabtu ade kokurikulum. hari ni main-main cat untuk second projek Seni Rupa. so tadi ulang alik pergi sink dan meja untuk buat cetakan. guess what aku tertumpahkan cat baju yang duk berehat dekat tepi sink tuh. SEPARUH TIN kau tahu! nasib baik la Tengku Kamarullah iaitu classmate aku tuh berada di tempat kejadian dan bertindak pantas dengan angkat tin tersebut. kalau nak harap aku yang tengah kaget lagi saspen ni memang taklah, mau habis satu tin tu aku tengok je.

lepas tuh manik-manik peluh mula muncul di dahi aku dah. takot kau. nasib takde saksi selain Tengku Kamarullah tu. lepas tuh aku dengan penuh bangangnya, ambik penyapu dan bawak cat tersebut ke luar pintu. konon nak alirkan cat tersebut keluar lah. sekali perghhh amik kau. cat tuh bukanlah cat baju seperti yang aku sangka tetapi cat dinding! dem ape aku nak buat ni. dengan penuh rasa bersalah aku pun amik plastik hitam dan tutup cat yang tumpah tu. sama macam orang tutup mayat di tepi jalan yang eksiden kena langgar.

tanpa membuang masa aku pun amik turpentine untuk cuci tangan aku yang melekat melekit tuh. orang lain main cat baju je, kau melampau, habis turpentine sekali kau nak. rasakan sarah hani. rasakan. kemudian beberapa minit kemudian ade pakcik yang aku rasa dia cleaner kot, tengah cuci kesan cat yang aku tumpahkan tu. habis melekat kat celah mozek tu. aku nampak betapa susahnye dia nak cuci cat tuh. dan ketika itu tahap penyesalan aku di tahap yang amat kritikal.

nasib baik pakcik tuh muke cool je seolah-olah itu perkara biase bebeh! lepas tuh lepas tuh. kan cat tu tumpah terkena jugak batang paip berdekatan. dan bila classmate aku yang lain basuh tangan, tangan dorang pun terkena jugak cat macam aku kena tu. sambil tu dorang buat muka cuak ehh apehal cat ni melekat basuh dengan air tak tanggal ni? aku nak je pergi kat dorang dan cakap weyhhh ni kerja aku, aku yang tumpahkan weyhhhh... :'(

dan dikempatan ini aku nak mintak maap dari hati yang tulus dan ikhlas serta penuh rasa bersalah yang menebal di jiwa ini, kepada PAKCIK YANG BAIK HATI yang tolong cucikan cat di lantai tersebut & juga GADIS-GADIS CANTIK YANG TANGANNYE terkena jugak cat pink itu tadi. percayalah bahawa sesungguhnya saya tak berniat nak buat kalian berada dalam kesusahan seperti itu tapi perkara tersebut berlaku di luar kawalan saya. maafkanlah saya :'(

katakanlah korang yang mejadi mangsa aku tu terbaca kisah penuh penyesalan di atas, amiklah gambar saya di bawah ini lepas tuh print besor-besor dan lekatkan pada punching bag. dan tumbuklah sekuat hati saya tak kisah asalkan anda dapat memaapkan saya. sobs


p/s: aku tak bersalah sebenarnya, aku teraniaya. sape lah yang letak cat tu kat tempat yang senamg jatuh. saje je kan nak aku berada dalam penyesalan sebegini. tak baik tau korang.

Monday, December 5, 2011

from Tanjung Malim with LOVE


harini hari jadi bapak saya. ya encik bapak yang saya selalu sebut tu la. walaupun saya lambat 47 minit, saya rasa saya anak dia yang pertama sekali wish. hebat kan saya? kahkahkah saya tahu.

dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari ulangtahun yang ke dua ploh lima kepada encik bapak. muda lagi bapak saya kan? nak buat camanee dia kawin masa darjah nam. hihi

to encik bapak, i know you reading this. from the bottom of my heart, i want to ask for apologies. for every dumb-ness, every tears(jika sekiranya ada), every stupid-ness that ive ever done to you.

thank you for raising me and making me be who i am today. without you, i may be the person with business diploma now. and im ultimately grateful to Allah, that He sends you to me and the whole family.

may ALLAH bless you wherever you are and wherever you go.

you're the greatest guy ive ever met and i wish my boyprend(s) and hasbengg will be exactly the same as you do. last but not least, semoga encik bapak bertambah kaya dan dengan itu bolehlah saya pow encik bapak. hihi

i love you super dad. nok kekkk nok kekkk! :'D

p/s: sorry grammar saya teruk. ahhh apedehalll?

p/s2: blog sudah berubaha warna. from pepel to koko-koko gitu.

Sunday, December 4, 2011

membebel pftttt

assalamualaikum dan salam sejahteraaaa lah semua!

di pagi yang hening ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut 10 Muharram kepada kaum muslimin dan muslimat.esok jangan lupa puase sunat okay? lelaki hensem mesti puasa esok. perempuan yang comel pun sama. hihi

phewww sebenarnya niat asal nak mencarut sebab takleh tido. nasib baik tak sempat mencarut kan. dah 2 jam peram mata suruh tido tapi sekarang ce tengok jam, ce tengok! dah 4:25 am tapi saya belum tidur. doa tidor? ade dekat 18 kali baca.

grrr apalah salahku apalah dosakuu.. mata tolong jangan seksa saya sebegini rupa pehlishh. ke sebab saya minum kacip patimah petang tadi ni? hamboi over takkan la efek dia sampai ke tengah malam? ngade ngade okay.

nak buat RPH macam tak semangat. bila time semangat, selalu je internet mensiput. macam ni ke nak jadi pelajar gemilang? haa macam ni ke? macam ni ke? ahh ni yang aku rasa nak telan orang ni! tetiba emosi. gila dah budak ni =='

baiklah berhenti merapu sekarang. nak skodeng blog orang lain kejap.

p/s: saya dengar cerita Alex Turner dah berpisah dengan Alexa Chung. owh Alex. adakah ini petanda bahawa awak jodoh saya? kahkah

Sunday, November 27, 2011

fly me to the moon


malam ni nak buat pengakuan sikit boleh? pengakuan bersama beberapa capital letters. boleh kan?

rasa rindu masakan Z.
rindu bercuddle dengan Y.
rindu nak peluk S H H.
rindu F yang rockss.
rindu gosip dengan D.
rindu sebantal dengan H.
rindu pillow talk dengan A.

nanti balik cuti semester nak main masak-masak lagi la. brownie, cuppies, ciskek ciskek, puddings and handmade ice cream, wait for me! and yeah, i dont mind at all kalau ada yang cakap 'tu je benda yang dia reti'

*yawnnn*

i'm not done yet


dibelakang sana adalah jasad yang aku rindu. dan dihadapannya segala beban yang perlu aku hadap. dan yeah. takde shotkat shotkat (baca : shortcut) kat desktop aku.

junk dan cikedis


(gambar di atas saje nak letak. jgn la nak cakap aku sober dan tengah butthurt pulak)

assalamualaikum. nak catat sikit je nih. draft jadual exam dah lama keluar tapi baru tadi ada masa nak belek. bila ditilik dikaji dikelebet, aku agak frust lah sebab seperti semester2 lepas, jadual aku masih damnnnnn macam dulu. 3 killer paper pada 3 hari yang berderetan. takde gap langsung. dan lagi 2 paper pada 2 hari yang berturutan. owh dunia. kenapa kau kejam sangat pada diriku ini? sobs

sekarang kan aku tengah bertungkis lumass (baca : bertungkus lumus) untuk siapkan kerja sekolah. kebanyakan kerja yang tertunda tu, bukan sebab aku malas sebenarnya. tapi sebab aku kurang pasti acanee nak buat. tu yang tetiba jadi malas tu. damn je kan. benci betol aku. kalau kerja yang group tu lagi la. toksah cakap. sorang tak bergerak, semua sekali tak bergerak. aku la tu :/

semenjak dua menjak ni jugak, aku mula rasa yang aku ni takde life sungguh. bila pagi, bangun gi kelas. kalau ade kelas pagi la. then buat kerja sekolah. bila bosan bukak blog terfaktab terfakyu. lepas tuh pesbuk. lepas tuh tiub awak (baca : youtube). bila petang selalu ujan, dah terbantut aktiviti berbasikal (konon selama ni tiap2 hari la berbasikal la accey acceyh ).

sekarang sibuk sangat pasal bola kan? bila menang, update status owh aku bangga jadi rakyat mesia. bila kalah je owh damn lahhhhh fakri bukhari mikari berlari ni! erghhh takpayah la nak emo sangat. menyampah pulak aku 2 3 minit sekali nak update status. over tahu?

akhir kata, wahai lappy dan telefon yang disayangi, please please be good to me. at least tunggulah saya berduit sendiri untuk buat perangai. boleh kan? love you both!

Friday, November 25, 2011

pembinaan badan


BINA BADAN

MEMBINA BADAN

BADAN YANG TERBINA

BADAN BINA

MEMBADAN BINA

aku tertanya-tanya macam mana la keyword sedemikian boleh menemukan mereka ke blog aku ni. setahu aku, aku anti bebenor dengan membadan bina ni. ish tak senonoh sungguh aku tengok lelaki ghupe gitu.

itu hari aku pegi pasor malam kat Tanjung Malim ni. jumpa la sorang mamat ni. body ketul-ketul lah. lepas tuh pakai singlet ketat kaler biru AMENO tu. eh AMENO ke? bukan BN? ahh mana-mana la. aku dengan kawan aku pun macam ewww ewww la. dahla mamat tu pandang je kami dengan pandangan hebat-tak-badan-aku-yang-ketulketul-ni.

kalau bapak aku kan, dia sukeee je men-jatuhhukum-kan dorang yang berketul ni sebagai gay. haha. tak tauuu tak tauuu

all in all, bersyukurlah dengan apa adanya kamu.

takpun apa kata dengar pandangan ustaz kesayangan ramai ni.
tepuk dada tanyalah imannnnnnnnn.



till then, assalamualaikum <3

Wednesday, November 9, 2011

owh so random. AGAIN? yes.

assalamualaikum and hyeeeee people!
OMG aku dah sebulan lebih tak tulis entry rupenya. ade ke yang rindu aku haa? :P
maybe none of u. sobs.
cehhh tetiba nak emo. haha
so toodles, harini aku kembali dengan banyakkkk cerita. and yes, being so random. senang sikit banyak banyak cerita sekaligus dalam satu entry.




random #1
kesihatan aku sekarang makin okay. kalau time dekat uni, jarang je pakai inhaler. tapi kalau balik rumah je, tiap tiap hari mesti nak kena comolot dengan inhaler tu. dont know why. maybe sebab sejuk dan habuk kot. tapi takpe. aku tido kat sofa depan tibi dah sekarang. so kurang la sikit risiko nak hikhokhikhok tu. :P

random #2
haritu masa cuti semester yang 4 bulan setengah tu, aku lose weight about 2kg(s). bila masuk je semester 3, ade suare suare merdu yang cakap aku dah kurus sikit. owh yeah betol okay tak tipu. hewww :') tapi kannn tapi kannn sekarang dah lepas raya haji, tetiba je ade yang cakap aku makin gemuk dan berisi dan lengan aku makin besar dan peha aku makin berlemak dan dan dan.owh :(

random #3
haa ni nak cerita kisah terharu aku. haritu time dalam kelas, tetiba rindu kat pulut kuning yang umi aku buat. aku text umi, bagitau nanti along balik,along nak makan,umi buatkan boleh? and last night, umi buatkan pulut kuning spesel tersedap di dunia untuk aku. sobs. mummy i love you to death. nanti bila-bila kenduri tahlil along malam ketujuh, buat makan pulut kuning yer. :)

random #4
sekarang aku rasa macam kurang semangat la nak siapkan kerja, i mean esaimen aku. sebabnye, semester ni takde nak kena buat ulasan jurnal dan kerja-kerja bertaip tu sumer. sem ni lebih kepada lakonan, seni tu, seni ni, lakonan lagi dan lagi. aku risau jugak takot pointer aku semester ni jatuh. tak dapat la dekan first class yang macam aku duk ngidam tu :/

random #5
ive been listening to a lot of songs (not a new song) nowadays. some of them related to me as well, some of them were not. let see if u guys had the same list as i am ;)
a) bedroom santuary - lagu (from someone who post on my fb wall,now no longer be there)
b) adele- someone like you *remix (much better than the original one)
c) snsd - oh! (oppa! oppa!)

random #6
talking bout love. owh should i? should i? its sooo universal baybeyhhh! even hanis zalikha pun taknak mention bout her love stories on her blog ;P ehhh she's a public figure. u bukan public figure sarah! okay fine fine. erkkk? :P

random #7
this month i may be missing a lot of birthday dates of my friends so here, i'd like to wish a warm happy birthday and may Allah bless u guys. am so sorry as i dont have much time to make a proper wishes and i never celebrate any of my friends birthday. why? its simply because no one had celebrating me before. hek hek hek ;D

random #8
sekarang aku adalah peminat tegar fanpage Terfaktab dan merasa amat malu kerana sampai sekarang aku masih belum mendapatkan Kitab Terfaktab untuk diri sendiri, yet. tak mahal pun cuma ntah. bab-bab nak bankin duit ni aku malas yang amat la. ceit poodah betol. konon nak jadi ulat buku yang suke membaca tapi hampeh.

random #9
owh yaa. aku beraya aidiladha kat kampung tokwan tahun ni. macam tahun lepas jugak. seronok dan meriah as usual. yes seriously tapi sekejap sangat lepak rumah tokwan dan aku tak sempat berbakti pun kat tokwan melainkan picit belakang beliau dan juga tumit beliau haritu. hurmm :(

random #10
last nite, aku buat some brownies. akan diceritakan dalam next entry okay? owh lagi satu. aku terjumpa ini http://www.the-elite.net dah try satu, macam sedakkk! haha

till then, take care guys!

Tuesday, October 4, 2011

how to bake a rainbow cakeeee

hai hai harini untuk entry ni aku bukan nak bagi resepi ke apa cuma nak menayangkan hasil tangan aku yang latest je. ececey geli je kan?

aku dah post gambar kek ni kat fb aritu. ada je yang mintak video tutorial. nanti last entry ni aku share okay? kata encik bapak, manis gila. aku rasa aising dia je yang manis kot. kek tak manis pun. mula mula aku buat 1st layer tu, kecewa gila bila dia tak sempurna. overall macam dah masak tapi bila letak nak angkat pegi bekas lain, hancusss sehancuss hatiku ni. dah aku kan jakun tak pernah buat kek yang sebijik. selalu buat cupcakes je. takpe takpe aku pun buat layer lain siap baca ayat qursi lagi. alhamdulillah menjadi. layer yang last-last tuh, tetibaaa jadi keras macam biskut. tak kisahlah, janji kek aku laku! <3 berikut disajikan gambar-gambar untuk santapan umum.


yeah comot yeah yeah


kerja orang pemalas. okay fineeee!


selepas coating. ala nyah jangan la kutuk di dalam hati. dah memang aku tak reti pun. ni nasib baik boleh makan je. haha


tengok layer yang kedua tuh. pentipuuuu betol kedai yang jual pewarna tu. cakap kaler kuning. tetibaa je jadi takde kaler. dah la aku konon nak buat kaler purple bila mix kaler biru + merah. sekali jadi biru. dah biru dua kali. nyampah!


yang ni video tutorial tu.



lainkali nak buat lagi. oyeahhh!

pengunduran tapi ke hadapan

dah lama tak menaip kan? ada ke yang rindu rinduan dekat aku? aku ada banyaakkkk benda nak share tapi sangat tak sempat nak cerita kat sini. being random, boleh?

random #1


semester ni aku rasa macam penat sikit la. especially hari rabu which is kelas dari jam 730 pagi sampai 1030 malam. satu tekanan untuk aku yang tak liat nak bangun pagi even aku pernah buat entry tips untuk bangun awal. selalu je terbabas. tiap malam kalau tidur lebih dari jam 12, mesti pagi esok ngantok semacam je. huh tak cool langsung.

random #2

weekend lepas aku balik terengganu jumpa kesayangan-kesayanganku. and guess what? finally aku berjaya jugak buat rainbow cake yang dah lama gila mengidam nak buat. sebelum raya lagi duk berangan nak buat, tiap-tiap hari duk view tutorial kat youtube. owh terima kaseh buat encik bapak dan emak yang sudi sponsor beli barang. hihi.. next entry aku kasi tayang kek tersebut dan proses nak buat okay? owh thanks jugak untuk anda-anda yang merasa kek tersebut dan cakap sedap. terharu mak nyahh :P

random #3

ramai yang mempertikaikan kenapa aku dah lama tak update blog. kata mereka, aku dah ada kegemaran yang baru. owh tidak sama sekali. aku ada terlalu banyak kerja yang nak kena buat, terlalu banyak hal dan orang yang aku nak kena pikir. so? takde masa sangat nak menaip macam dolu-dolu. nanti kat facebook pun aku dah taknak layan sangat. cuma sekadar bukak untuk like status orang, cuci mata tengok beg kat online shop, tengok gambar-gambar, tengok update tiket bas balik cuti raya aji, tu je. so kalau aku online im chat, maaf la takde yang aku layan kecuali yang penting-penting je. kalau setakat hye dah makan ke or what else? hye buat ape? sorry sorry tak rasa nak layan.

random #4

sekarang aku dah ada diari bertulis yang baru. so blog ni terpaksa dianak-tirikan. yang ni je sebab utamanya aku lama tak update. blog ni semua orang baca kan. kalau diari tu aku sorang je. jadi lagi best menulis diari la. hihi

random #5

DAH JAOH HATI DENGAN RAMAI ORANG. YOU KNOW WHO YOU ARE :')

random #6


meet my roomate untuk sem 3 ni, ikah! owh shes my geng mata bengkak pada pagi tersebut. haha


rasanya yang tu jela aku nak taip harini. lapar la. tapi aku tengah crash diet sekarang. ptuiiiii sila lah muntah. haha.. owh btw saya mintak maaf kat korang yang sweet ni sudi je datang jenguk blog ni dan tinggal jejak kat shoutbox but sorry tak sempat lagi nak ber-blogwalking ke sana. insyaallah nanti free saya balas kunjungan okay? pehhh ayat tak leh blaaa. ptuiii lagi sekali. :P

till then, nak solat, nak take a nap, nak berbedak then pegi kelas. byeeee toodlesss! <3

Thursday, September 15, 2011

Buenas Noches

SEBELUM TU AKU NAK BAGITAU YANG KORANG KENA BACA DARI AWAL SAMPAI HABIS,KALAU TAK,RUGI! :P


dulu aku tak pernah nak amik tahu lah hal negara asing ni. bila orang tanya aku, kalau aku ada peluang nak melancong ke luar negara, negara mana yang aku nak pergi, aku mesti akan jawab Thailand, sebab aku nak pergi Bali. kenapa Bali? sebab aku tak kenal tempat lain dah. haha

dulu ingat lagi tak zaman-zaman telenovela Mexico contoh Rosalinda apa semua tuh? haaa aku baru tahu yang sebenarnya dorang pakai bahasa español la. ehem tetibe je time tulis entry ni, feeling-feeling ayamorrr ayamorrrr gitu. hahaha

nih korang tengok makanan dia. perghhhh kan

yang ni nasik goreng udang nama dia. alaa lebih kurang je rasa dia macam naik goreng kat kedai selekoh kampung korang tu.

yang ni nama dia Tapas. bukan hidangan utama, tapi ianya adalah appetizer.

selebihnya boleh google sendiri okay. ;)


owh btw, vidiyo kat bawah ni comel betol. rasa macam sebaya pulak dengan coya yang umur 4 tahun tu bila tengok vidiyo macam ni :P



SEBENARNYA MOTIF SAYA BUAT ENTRY NI ADALAH SEBAB NAK BAGITAU YANG SAYA BELAJAR BAHASA SEPANYOL UNTUK SEMESTER NI! HAHAHAHA OKAY BYE! EH SILAP. ADIOS! :P

Wednesday, September 7, 2011

random raya 2011

assalamualaikum & hai.
semua bloggers dah buat entry pasal raya-raya ni kan?
so? aku nak buat jugak sebab nanti aku takot orang pikir aku ni hindi, tak raya.
ehhh? aku puasa 22 hari kot, wajib lah raya! hee

random #1
baju raya aku & adik aku 2 pasang tak siap jahit. kinda sob3. terkilan la jugak kan. but then, pinjam black abaya dari closet my mummy, pakai satin shawl yang menang contest kat facebook. erkk okay la tu. pasrahhh. tahun depan taknak dah tempah-tempah ni. beli yang siap je. nanti takde la jadi macam tahun ni. raya pertama pun takde feel even dah mandi sunat pagi raya. lepas sesi bergambar barulah muka kami ada senyumm. cehh

random #2
duit raya, biskut raya, semua sob3 jugak. tapi alhamdulillah. bersyukur kan? baiklah baiklah. kad raya ada la dapat sekeping daripada Aziz Hazmi. ngeh3. mesej raya? macam biasaaa. mesej yang sama daripada orang yang berlainan. tak kreatif lah korang ni! haha. lepas tuh yang aku send kat orang, tiba tiba aku dapat balik. acaneeee? forward je pandai! haha

random #3
rutin raya tahun ni banyak yang berubah banding dengan tahun lepas. tak tahulah kenapa. bila umur makin bertambah, suasana raya pun jadi makin hampeh. grr kenapakah? tahun ni raya pertama kat terengganu. raya kedua @ ketiga kat kelantan. beraya kat rumah sanak sedare yang dekat-dekat je. takde nak jejak kaseh macam tahun lepas-lepas dah. tambah plak tahun ni banyak sangat kehilangan. raya tahun ni tak pergi semayang raya pun. ziarah kubur pun takde takde. bunga api tak beli. apa pun tadakk

random #4
lelah makin menjadi-jadi sejak dua menjak ni. ahhh tak cool langsung rasanya. dengan hidungnye lagi eww eww. lepas tuh batuk batuk plak. kemas rumah nak raya la sangat kan.

random #5
harini 07/09/2011 umi masuk ward sebab bleeding. yes umi pregnant tapi tak taulah camne ni. Ya Allah selamatkanlah umi. harap umi baik-baik saje. mummy iloveyou! esok lusa dah nak balik Tanjung Malim. makin bertambah la berat hati nak balik sana. malas malas malas. nanti takleh bangun lewat-lewat dah. pergi dapur dah takde banyak makanan dah. nanti mesti selalu lapar dan selalu takde duit. lepas tuh kena iron baju nak g kelas ohh malas malas malas. nak kena bangun awal pagi yang ni lagi malas. :(

random #6
agak terkilan sebab macam tak sempat je nak buat kek pelangi yang aku teringin sangat nak buat tu. lagipun dah janji yang coya. hurmm next time maybe. insyaAllah.


(raya pertama. yaa ensem kan. haha)

till then,assalamualaikum..

Monday, August 29, 2011

oh macam ni rasanya jatuh dari langit ciptaan sendiri

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAKIT!

- selamat hari raya. gembiralah pada yang sedang bergumbiraaaa.

Sunday, August 21, 2011

hidup :(



WARNING!
I feel I must warn you, that this entry might be particularly boring. If you don’t feel like reading about everyday things, a random one, I suggest to skip this one.

sekarang aku rasa macam aku tengah ada konflik dengan diri sendiri. aku rasa menyampah pun ada dengan diri aku sekarang ni. perasaan pun ntah pape. aku sendiri pun tak tahu apa yang aku tak puas hati. betol betol meluat dengan diri sendiri. kadang-kadang nak emo sorang-sorang. pehh tak cool lah aku ni.

lagi satu perangai yang aku makin benci dengan diri sendiri ni, bila aku menulis entry dengan niat nak suruh orang datang baca. to be honest, dulu aku tulis entry bukan untuk orang. untuk bloggers lain datang baca entries aku. tapi sekarang? susah payah pikir nak tulis apa, nak kasi orang yang datang blog aku ni tak boring, nak suruh orang komen, follow, tinggal jejak dekat shoutbox, macam-macam lagi. kenapa aku perlu perasaan yang macam tuh? sepatutnya blog ni jadi blog peribadi, betol-betol peribadi. aku akan catat every steps yang aku buat in my life. supaya nanti lagi 5 6 tahun, aku boleh baca balik semua ni. supaya aku ingat jatuh bangun aku, apa yang aku ada dan miliki hari ni, segala silap dan betol aku. sepatutnya macam tu, kan?

aku pun tak suke dengan perangai aku yang makin suka bertangguh dan MALAS. yang ni paling tak cool padahal awal tahun ni aku dah berazam nak buang sikap suka bertangguh ni. tapi tapi tapi? :(

dan lagi satu. aku cukup tak suka bilamana aku terpaksa jaga penulisan aku. aku takut banyak pihak akan tersinggung kalau aku tulis bukan-bukan dan terlampau ikot hati. aku benci gila amat! betol. sebab tu aku banyak bermonolog dalaman. diari bertulis? sudah tak praktikal pada waktu sebegini. aku rindu aku yang dulu. yang kisah tak kisah je bila bab hati dan perasaan. yang tak gelabah tak tentu pasal.

kenapa dengan aku sekarang? kenapa? kenapa?

nota lutut :

aku BUKAN + TAKNAK + TAKSUKA + TAKRELA apabila
DIPENGARUHI + MEMPENGARUHI + TERPENGARUH oleh
SESIAPA SAHAJA..

i don't live to please you.. ;)

Monday, August 15, 2011

10 ciri-ciri lelaki hot (part 2)

dulu aku dah pernah buat entry ciri-ciri lelaki hot part 1 yang similar dengan entry ni.

untuk kesekian kalinya, aku nak bagitau lagi yang ciri-ciri yang tersebut di bawah ini adalah BUKAN ciri-ciri yang WAJIB dimiliki oleh SESEORANG LELAKI tau. dan bukan jugak bermaksud aku NAK lelaki yang bercirikan SEMUA di bawah ni.


1. lelaki yang ganteng dengan baju Melayu mereka
~ pergh. bila aku tulis ni serta merta terbayangkan incik Ashraf Muslim. kenapakah? haha. tapi siriesli i tell you, guy akan kelihatan lagi hot bila mereka berbaju melayu. tak kisahlah leher cekak musang ke cekak kambing ke, janji baju melayu. heh, ape tak cukup hot ke lelaki Melayu kita ni?




2. lelaki yang kemas + pembersih + wangi
~ kemas merangkumi semua termasuklah pakaian, biliknya, meja belajar/kerja/etc, almari. pembersih ni maksudnya yang reti jaga kebersihan sendiri la. manakala yang wangi pulak adalah harus sebab kalau busuk sapa nak dekat kan? ewww apelah lelaki busuk dan hamis tak hot okay! tapi kalau baru balik main rugby ke, balik jog ke, baru balik main masak-masak kat rumah jiran ke, takpelah kot nak hapak sikit pun.



3. lelaki yang mulut tidak kurang ajar/ longkang
kurang ajar di sini bermaksud suka suka hati je nak mencarut depan kami kami dan yang nak maki makian dengan cara yang tak sepatutnya. yang cakap lepas ikot dia nak je. dah tak kisah dan perasaan kami kami gades berhati tisu ni. lelaki macam tu langsung tak hot. lelaki yang tidak seperti itu, kami gades-gades amat gemarkan anda sebab anda super duper hot!



4. lelaki yang pandai hormatkan orang lain
~ ada sesetengah lelaki ni(bukan semua). dia je nak orang hormat dia tapi dia tak reti pulak nak hormat orang lain. orang lain ni termasuklah ibu bapa, awek, tunang, bining (jika ada), majikan, cleaner, orang bawahan(jika dia bos), dan jugak sape-sape yang wujud sekitar dia lebih lebih lagi golongan warga emas. dah kau tak hormat orang, lagi nak demand suruh orang hormat kau. ingat hot sangat la buat macam tu? eww tak hot pownnnnn



5. lelaki yang mampu nasihatkan orang lain even dia sendiri tengah ada masalah
~ sape yang takde masalah ye dak? ada setengah orang ni bila dia ada masalah sendiri dia rasa dia taknak/tak mampu nak tolong setelkan masalah orang lain. means, dia HEBAT & HOT! sebab cool je handle masalah sendiri dan tolong pikirkan masalah orang lain jugak. contohnya macam bapak i, selalu je nasihatkan i itu ini walaupun beliau sendiri sedang ada masalah-i-dont-know-what. (yess encik bapak i know u're reading this :p)



6. lelaki yang pandai buat pastry
~ ohemjayy lelaki yang terer buat pastry macam kek ke, pie ke, memang awesome dan tersangat hot lah. kalau dulu aku pernah tulis yang lelaki pandai masak adalah hot maka kali ni aku merasakan lelaki yang terer baking-membaking ni juga hot! tak kisahlah dia bake ape pun kan janji bernama pastry, maka anda adalah hot. ;)



7. lelaki yang pandai pegang baby
~ lelaki seperti ini biasanya akan nampak penyayang dan ada ciri-ciri bapak misaleyhhh! the way he kendong the babies, the way he talk and mumble with the toddlers, semua tuh akan menampakkan ciri-ciri lelaki hot tiada tandingan lah i tell you. bayangkan, lelaki muka legend, tapi pegang baby tanpa rasa kekok dan baby tuh tak nangis pun. tambah pulak kalau sempoi je cucikan berak baby & mandikan baby. ahhh comel! and yeahh u guys hot!



8. intelligence, bukan owh-i-know-everything
~ berilmu, maknanya kalau kita sembang dengan dia pun, setiap yang dipertuturkan tuh ada kebaikan, ada manfaat untuk kita. kalau kita mintak pendapat, dia boleh kasi yang bernas-bernas. kira yang boleh pakai la. means tak selalu sembang kosong. kan ke hot macam tu? ni tak, lain yang kita tanya, yang kita maksudkan, lain pulak yang dia paham or jawab. tak ke tensi macam tu? yang tu satu hal. ada pulak sesetengah ni, dia tak tahu tapi taknak ngaku yang dia tak tahu, lepas tuh nak sembang berapi konon dia tahu. kalau orang terengganu cakap, WAT BIJOKKK! haha



9. lelaki yang confident
~ real men are confident. orang selalu konpius KONPIDEN dengan ANGKUH * self-centeredness. orang yang confident ni, bila dia melangkah je semua orang akan perasan dengan kehadiran dia. ececey. confident ni bermaksud dia yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang dia sendiri ada. dia tak payah susah susah nak jatuhkan orang lain in order to build themselves up. nak up diri sendiri tapi dalam masa yang sama jatuhkan orang. hot ke macam tu? (yakin dengan filem buatan sendiri mampu pecah panggung? bolehlaaa bolehlaa ==')



10. lelaki yang pandai simpan rahsia
~ ohmaigod lelaki macam ni memang la tak hot. orang dah elok elok pesan jangan kasi bocor itu rahsia, dia buat lupa macam tu je. padahal dah janji taknak bocor kat orang lain. tiba-tiba je ehhhh camane orang lain boleh tahu yer rahsia kita tuh? apa jenis perangai ni tak comel langsung! owh lelaki tak hot yang macam ni, mintak simpang lah! (p/s: tapi lelaki yang suka/pandai gosip dengan saya, kinda hot jugak! ;P )




sekian saja.

nota lutut :

1. jangan percaya 100% benda yang anda baca di internet. kerana kadang kadang itu semua tipu dan rekaan semata-mata. (entry ini tidak terkecuali :P)

2. td hosmet aku call,lepas tu text cakap suara aku manje. awww malu la aku lina.sebab tu aku tak reply! :P

3. tak baik doakan orang supaya cepat ke kuburan dan berbatu nesan bagai, moga panjang umur.

p/s: gambar ehsan Google dan Facebook

Tuesday, August 9, 2011

wordless wednesday #3

hari ini adalah hari ke-10 kita berpuasa.

di suatu petang yang mendung, kedengaran 2 orang lelaki DEWASA yang tengah buat kerja welding pasang tempat parking berhampiran rumah aku. lalu mereka berbual-bual.



............................................................... -_-

Monday, August 8, 2011

5 harapan palsu di bulan Ramadhan


Ramadhan kali ni aku untung sangat sangat sebab ada kat rumah dan berpuasa sebulan kat rumah. okay, tolak la 7 hari. tak macam tahun lepas punya Ramadhan, puasa nun jaoh dari rumah. sedih okay, kafe makanan tak sedap lepas tuh kedai makan yang diyakini pulak asyik fully booked je. lepas tuh kalau lewat balik kelas, tak sempat la nak beli makanan kat bazar. eh eh berbalik kepada tajuk.

harapan-harapan palsu ni bukan baru je wujud tapi dah lama dah, sejak aku kecik dan dan pandai puasa dan cuma baru hari ni ada kesedaran diri untuk tulis.

harapan-harapan palsu tersebut adalah;


1. dapat seteguk air sebelum waktu berbuka : sebagai kakak sulung dan ada ramai adik-adik kecik, aku selalu je buat susu untuk adik-adik aku. ketika buat air susu tu, aku berharap aku lupa yang aku ni tengah puasa lalu boleh minum sikit susu tuh. haha euw euw. tapi hampeh je sebab tak pernah-pernah aku dapat peluang sedemikian.


2. dapat kunyah sesuatu sebelum waktu berbuka : yang ni lebih kurang je dengan yang atas tu. bila adik balik dari nursery selalu umi belikan jajan takpun biskut. selalu aku main suap suap la kan konon nak manje ptuiiiii! harapan aku adalah aku lupa aku sedang berpuasa dan terus nganga mulut lagi dan lagi minta di suap biskut terbabit. namun harapan hanya tinggal harapan bila aku ingat balik yang aku tengah puasa.


3. dipelawa bapa untuk ke bazar Ramadhan setiap hari : harapan sebegini kadang kadang tak palsu, tapi selalu palsu je nak nak pulak time ABC. tahu ABC? Allah Bagi Cuti (haha, okay okay this is lame). tiap tiap jam 6 petang atau lebey-lebey, mesti berharap bapa akan buat dialog sebegini ' along siap cepat, ikot bapa bapak ke bazar Ramadhan sekarang!'


4. turun berat badan : kalau tak turun banyak, turun sikit pun jadi la. setiap tahun inilah harapan saya. dan setiap tahun jugak ianya menjadi harapan palsu. bulan ni belum timbang lagi tapi aku dapat instinct bahawa berat aku semakin bertambah. yes aku betol betol merasakannya. owh why baby why? sob3


5. khatam al-Quran : harapan yang ni aku harap tak menjadi palsu la Ramadhan tahun ni. setakat ni baru je habis 1 juzuk (-_-) agak-agak sempat ke tak eh nak khatam ni? haraplah harapan aku yang satu ni tak jadi palsu macam harapan-harapan lain.

Sunday, August 7, 2011

punca pakwe & makwe putus




cerita clash clash putus putus ni dah terbiasa sangat la dengar. nak nak dekat facebook tu. cehh sikit sikit facebook. meh kita baca punca keretakan yang mungkin timbul.


1. tak faham life style : ni biasa lah bila pakwe nak keluar pegi minum-minum ke..main futsal ke ngan kawan-kawan..makwe kejenye asik bising je...itu ini sume tak boleh....makwe jenis ni nak pakwe die message die 24 jam agaknya..nak kuar makan pon dengan die...pendek kate sume ngan die...same gak lah ngan pakwe jenis tak faham makwe...makwe nak lepak gosip-gosip ngan kawan-kawan pon tak boleh...nak shopping pakwe mesti nak follow....ni jenis pakwe ngan makwe yang tak boleh nak faham life style masing-masing.....belum kawen kot? rileks sudah...


2. pakwe panas baran : sume orang pon akan marah dan pernah marah...tapi ni kes pakwe yang panas baran..mende kecik pon nak marah..kalau mende besar?ni jenis pakwe yang tak leh nak handle saat-saat genting...payah pakwe macam ni...aku nasihatkan makwe-makwe tinggalkan je la pakwe jenis macam ni....sebab ape?? sebab cerai talak sume kat tangan pakwe so kau orang makwe-makwe kalau dapat yang jenis panas baran yang tak leh kawal emosi memang naye lah kan?? yeah2...langkah berjaga-jaga tu....dan pakwe kene ingat ni..lelaki paling hebat adalah mereka yang boleh kawal kemarahannya....ok?


3. kantoi menipu : kes menipu dan ditipu ni biasa..mane-mane kapel pon aku rase tak lari ngan suke menipu dan pernah ditipu..haha..kalau takut kene tipu mahupun jenis tak pandai menipu aku nasihatkan tak payah kapel...takut nanti kene tekanan pulak sebab kau boleh jamin ke kau jujur dan pakwe kau tak menipu? or makwe kau betul-betul jujur?? bleh caye ke kalau pakwe kau cakap "gudnite sayang..tido dulu..."...tah tah die pergi bukit bintang?


4. makwe kikis duit : makwe-makwe ni memang tak lari dari sifat mata duitan... suke duit, suke shopping, suke beg,suke kasut....ah sume tu makwe-makwe punye keje...lame-lame pakwe pon fade up jugak kan?? tapi tak banyak pon aku rasa orang clash sebab kes ni....dah sayang..bagi je la ape yang makwe kau nak..ye dak?? time kapel boleh la dude.....try tengok lepas kawen?


5. perasan hot : tak kira la makwe ke pakwe yang perasan hot...orang jenis camni die perasan diri die tu laku je 24 jam buatkan susah nak appreciate pasangan die...selalu je ingat yang pasangan die tak kan tinggalkan die sebab die ade rupa yang tetarik menarik kau memang the bom la kononnya..ingat sikit makwe pakwe..jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..tak semestinya kau cun,hot, macho kau senang dapat pasangan yang boleh faham kau..susah beb..sebab tu kadang-kadang kite tengok pasangan tu sorang cun/ hemsem and sorang lagi sebaliknya...mesti pernah jumpe kan???so jaga baik-baik kalau dah dapat yang betul-betul leh faham kau.


6. tentangan keluarga : dah macam cerita p.ramlee la plak kan masuk tentangan keluarga ni..kes ni ada je berlaku kat kawan-kawan aku....keluarga tak setuju..tak sekufu katanya..ade yang kononnya nak keturunan yang nama mesti depan ade tengku, ade raja...motif mak abah kau nak camtu??esok mati ade pangkat la??.....tapi dalam islam memang suruh carik yang sekufu..cume jangan sampai salah faham sampai membezakan darjat plak...


7. kerjaya : pakwe makwe clash bile tak ada kerjaya yang stabil...selalunya kalau pakwe jenis yang tak pandai nak handle mase depan aku nasihatkan makwe-makwe fikir banyak kali....kalau makwe jenis yang tak ade kerjaya aku rase ok lagi sebab makwe bukan wajib bagi nafkah ke ape...tapi kalau pakwe?.....lagi pon part kejaya ni zaman sekarang due-due belah family pon dah pandang kerjaya makwe dan pakwe tu....kalau boleh mesti nak due-due stabil..tak kan lah makwe kau tu doktor pakar sakit puan tapi kau kerja sapu sampah?? bukan aku nak menghina..tapi perbezaan macam ni tak elok zaman sekarang ni sebab nanti dah kawen awek kau tu mula lah nak rase berpangkat dalam keluarga dan tak respect si pakwe ni tadi...so nak salahkan sape?


8. give up dan fade up: pasangan yang clash sebab fade up adalah pasangan yang tak ada prinsip 'give n take'..kiranya sebelah pihak je yang letak kan effort untuk bahagiakan relationship tu..so makin lama kalau tak ada kerjasama....letih la jugak kan?lalu wujudkan perasaan fade up dan give up.....jadi kalau pakwe or makwe lari...secara tak langsung kite tak leh salahkan pakwe or makwe yang meninggalkan....sebaliknya cek diri sendiri....kau dah cukup toleransi ker?


9. long distance : boleh dikatakan majority pakwe makwe clash sebab ni.... tapi bukan sebab jauh ni sume sebab belum cukup build trust dalam diri memasing....so masing-masing pon tak leh nak handle emosi bile berada dalam jarak yang agak jauh....ramai yang amik keputusan clash sebab rase tak selamat dan malas nak amik risiko....makwe pakwe ade je fikir yang diorang takut kalau bagi komitmen tapi at last yang jauh tu betray die dalam senyap...so sume tu bisikan dalaman je tu..kalau due2 pon setia dan trust..tak de masalah aku rase....


10. terlalu banyak persamaan : ni same jugak dengan kes tak ada keserasian....kalau pakwe ngan makwe tu macam banyak sangat persamaan pon tak boleh jugak..kalau due-due jenis kuat merajuk..sape plak nak pujuk? kalau due2 jenis emosi..sape plak nak handle keadaan? kalau due2 jenis cepat http://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gifmarah....habis lah ye dak? so macam tak ada konsep saling melengkapi dan selalu gaduh..ramai yang clash bile dah terlalu kerap bergaduh dan rasa dah tak ada chemistry....


ehhhh ni semua bukan aku yang tulis okay. aku mana la reti nak buat karangan sedap panjang panjang macam ni kan? haha. ni semua dari nombor 1 sampai nombor 10, aku kopi pehh je dari SINI SINI SINI

BLOG NI aku baru je jumpa tadi. wahh macam best! eh memang best pun. lagi seminggu boleh la khatam ni. heh3


dan lagi 2 point kat bawah ni hanya tokok tambah je dari aku. baca je, jangan sampai termakan hasutan aku sudah la. haha



11. pakwe kaki pukul/ketua kongsi gelap : pakwe dah macam gangster, pantang silap sikit, dilempangnya makwe tu se das dua. bukan takat lempang je, sepak, terajang, semua la dia kasi hadiah kat makwe yang lemah itu. ehhh ingat aku main main? ni cerita betol tau. yes kurang ajar gila kan pakwe dia tu, dia ingat dia sape nak lempang anak dara orang? kena tahan kat lokap baru padan muka tu. yang makwe pun sama, tadah je kan. yela..dah sayang.. sayang jadahnya macam tu, tuh baru pakwe makwe, nanti kalau kawin acaneee?


12. pakwe / makwe dah ada orang lain : yang ni takleh nak cakap apa la kan. takkan la korang nak pegi melutut merayu pulak kat dia, owh it's a BIG no no no okay. dah dia nakkan orang lain, bagi dia pegi jelah. nampak sangat la pakwe or makwe korang tu tak serius pun selama dengan korang. kalau tak takkan la senang senang nak let go pegi dekat orang lain pulak kan? lagipun pakwe atau makwe yang macam ni mesti pentipu pentipu punya orang, memag tak patot simpan pun. heh!

eh dah cukuplah.

p/s: menikmati detik detik terakhir untuk makan di siang hari pada bulan Ramadhan bersama Milo suam suam kuku & biskut jagung. ehhhh?

p/s 2: aku mimpi mak aku marah guna kuali nipis nak goreng ayam. tapi aku rasa ni gara-gara aku goreng ayam terlebih garing la. takde maksud pape kan? ngeh ngeh

Saturday, August 6, 2011

facebook : banyak buruk dari baik (kot?)


bila korang gaduh dengan kawan-kawan ke, dengan boifreng ke, dengan gerlfreng ke, dengan mama & papa ke, dengan colleague ke, dengan bos ke, dengan tunang ke, dengan bining dan laki ke, jangan la nak luahkan perasaan tuh dekat dinding FB korang tuh.

tak payah lah nak update status yang ntah pape annoying dan menyakitkan hati tuh. nak maki maki, nak post kata kata kesat, menyakitkan hati, nak sindir sindir bagai dan blablabla tuh. tak payah. konon buat macam tu nak suruh orang yang kau tuju status tuh baca la kan? jangan. sebab cara korang tuh takkan setel masalah pun. lagi memburukkan lagi keadaan ada la.

dan lagi satu, jangan korang tak tahu. ada banyak pihak yang tunggu nak tepuk tangan bila dorang baca tentang status-status tuh. tahu? ala Melayu kan caring tersangat. macam syaitan la jugak, suka sangat tengok umat Muhammad ni gaduh situ perang sana.

so it's a BIG no no no okay.

solution? apa kata korang slow down dulu. tenangkan jiwa dulu kan. muhasabah diri dulu ke. pape pun jangan nak guna perkataan kasar terutama kat perempuan sebab sebagai perempaun, 'hey lelaki, cakap elok elok boleh? jangan nak kasar kasar sangat macam bercakap dengan tiub basikal okay!' tade masalah yang takleh setel what?

kalau aku, diam jelah lagi bagus. semakin dilayan semakin tak elok.

*pesanan untuk diri sendiri jua. :')

p/s: orang nak benci? takde hal punya. orang yang sayang lagi ramai kan kan kan. aku pun sayang sangat semua orang nak nak yang duk benci benci aku tuh. :)

<3

Friday, August 5, 2011

Pertandingan : Siapa yang bakal jadi 100th Follower Special Edition ?


hai assalamualaikum korang!

sejak akhir-akhir ni aku dah jadi menyampah dah dekat FB. makanya aku taknak sayang FB dah, nak sayang blog pulak. dan malam ni aku rasa macam rajin je nak join satu contest ni.

syarat-syarat dia senang je okayyy!

silalah baca kat blog encik penganjur contest ni kat SINI

encik penganjur nak peserta contest dia promote dia. sebenarnya saya tak kenal la encik, dah encik tak taruk gambar encik sangat, ce letak sekeping dua gambar tuh. baru lah lebih dekat dengan para peserta ni. ;)

entry faveret pulak, baru je jap tadi duk menggodek, maklum lah baru berkenalan kan. haha. paling suke entry INI . dan point yang ke 12 adalah yang terBETOL! haha. normal lah kan perempuan. saya berani potong timun la kalau ada perempuan yang bantah. kekeke

ehhh cakap banyak pun tak guna kan? jom lah join ramai-ramai! untung kot kot kau menang ke, dapat topup RM 30. aku nak!

dengan ini saya telah menTAG dua insan bertuah pada malam ini iaitu;

cik CHUI

cik LIEYNA


kepada penganjur contest : anda perlu pilih saya sebagai pemenang agar cinta saya yang beralih arah dari FB ke blog ni tak sia-sia. haha kiddin' ;)

Wednesday, August 3, 2011

being random

sekarang bulan puasa kan? cukup kecewa kerana cita cita nak berpuasa penuh hancur sudah. sob3. sekarang masih lagi berada di rumah manis rumah. unemployed. makin membesar, yes. sering dihidangkan makanan enak enak dan lepaking macam orang muda bersama dedi almost every night after teraweh.

family
adik kesayangan yang paling disayang sayang dah daftar masuk sekolah pasti hari ni. yayyness! she's looking gojess, i mean damn gojess with her new uniform. tudung labuh yaww!



health

diserang hendap oleh lelah. grrr tak suke tak suke. bergantung harap kepada Ventholin Inhaler dan juga pil Breathmol. eh yeke nama dia macam tu? saya hentam je. haha

saya
sedang mengalami Last Song Sindrome. ni lah dia lagu bertuah tersebut hoyeah ulala! . sedang tandus untuk update entry entry bermanfaat. semakin nak muntah mengadap facebook. oh ya, semakin menyampah dengan handphone yang tak sihat. desperately need a new one. tak dapat nokia 3310, dapat blackberii pon okay sangat dah.

its ol about pingtisss!
time duit tak brape nak ada ni, macam2 desires plak yang datang kan? nak kasut toms, nak beg polkadot, nak kain cotton polkadot, nak pashmina banyak banyak, nak tu, nak ni. ahh damn batol keinginan ni. haraplah bangun tidur pagi esok, cash berkepal kepal muncul kat bawah bantal. sob3

p/s: hari tu ada buat makan makan sikit kat rumah. saya buat my very first puding triffle ever! dan opkoss cupcake. guess this is my 6ixth series of baking. or shud i call baking the 6ixth? 6ixth sense? ahh boleh la.





till then, assalamualaikum!

p/s: eh eh perasan tak blog aku dah berwajah baru? oooooo perempuan rupanya aku ni. haha :P

wordless wednesday #2

ada sesape kat sini yang tak kenal Fynn Jamal? ni aku nak kasi kenal. eh,wordless wednesday taknak letak gambar tapi nak taruk video boleh? :p



p/s: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, BULAN KEBERKATAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA!

Friday, July 22, 2011

cara dan tips nak putuskan persahabatan


zaman sekarang bukan senang nak cari sahabat yang betol betol sahabat. yang bila dia gelak gedik gedik, korang takde nak meluat langsung. bila korang terpaksa pindah ke tempat belajar baru, terasa sangat kehilangan sahabat yang satu tuh. ehh intro ape ni tak sedap langsung lah. mari kita straight to the point baybeyhhh!



1. cubalah jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri

katakanlah korang tengah bersahabat baik punya dengan BFF korang ni. situasi di sini adalah BFF berlainan jantina yer. korang tahu korang akan mempertaruhkan persahabatan korang tuh demi cinta. persahabatan boleh putus bilamana korang kena reject selepas sesi luahan perasaan, ataupun sekiranya korang diterima tapi hubungan hanya berlangsung sekerat jalan. sob3



2. merampas awek atau boypren sahabat sendiri

setengah orang pikir yang kawan adalah much much penting daripada awek or boypren ni. bergantung lah kan nak pentingkan dorang macam mana ikot korang punya suka aku tak peduli lah. ada setengah orang ni sanggup membelakangkan brotherhood or sisterhood yang terbina bertahun tahun demi seorang awek or boypren. sungguh tak cool. putuskan persahabatan kerana itu. -_-



3. tunjuk perangai tak comel korang kepada sahabat korang itu


yang ni paling senang aku tak tulis pun mesti korang dah tahu. cara dia senang je. tiap tiap hari korang boleh cakap besar depan dia. bila korang bawak kereta mewah yang parent punya ke sekolah/kolej, korang boleh berlagak kaw kaw dengan kawan kau tuh. nak lagi comel korang boleh laga laga kan antara kawan korang yang nama Jemah dengan Jenab contoh korang bleh cakap kat Jemah, 'Jemah kau tau tak Jenab cakap kau tak lawa pun kalau jumpe depan depan. dalam FB bukan main lawa. edit kaw kaw letttewwww'. padahal kau tak tahu Jemah dan Jenab dah tahu perangai manis kau tuh. haha



4. kejarlah dan pentingkanlah pangkat serta kedudukan sosial

yang ni biasanya kaum lelaki lelaki je yang alami ni. guys biasala.. bila dia ada kedudukan sikit, ada nama sikit, jadi leader untuk certain group macam Alagapas Motor Club ke, Adabi Honda Gang ke, dia akan jadi macam kerek lah sikit kan dan secara tak langsung akan merenggangkan persahabatan dengan sahabat sahabat lama yang tidak se-Alagapas mahupun se-Adabi tersebut. kan kan kan.



5. ignore dia terus


cara yang paling senang. tunjuk jelah kat depan muka sahabat yang anda nak sangat putus tuh directly. bila nak pegi cafe, jangan ajak dia pegi sama sama. bila nak ke kelas, tak payah tunggu macam biasa. bila dia datang post something kat wall kita, kita jangan layan dia sorang je tapi orang lain kita layan. maka kalau dia reti bahasa, dia boleh paham la yang kita tak suka ada kawan macam dia dan awak awak dan awak boleh angkat kaki. sekian



p/s : psiko-problemoo akibat diganggu ex bf. blahhh la wey. blahhh. bagitaw kat bapak kita kangg. hurm. solution anyone? :|

Sunday, July 10, 2011

sarah hani turns 21 :')

assalamualaikum people!
maka hari ni saya sudah berumur 21 tahun. FOREVER 21 yawww!
alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T sebab keranaNya saya masih lagi boleh bernafas pada umur 21 ni, saya tidak sakit, saya boleh hirup udara segar tanpa dikenakan bayaran, masih mampu membuka mata dan memandang orang orang kesayangan saya yang masih bersama saya.. itu sudah cukup bagi saya.

pada umur 21 tahun ni, banyak impian hidup yang dah saya capai.

1. saya dah berjaya grad dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dan sekarang dah bertugas sebagai pendidik kat sebuah sekolah di Terengganu.

2. saya dah berjaya bukak sebuah bakery, kedai tak besar tapi okayla..

3. perniagaan aksesori secara online yang saya buat makin mendatangkan untung, alhamdulilah..

4. saya dah bebas dari cengkaman Ventholin, tak perlu risau lagi :p

5. akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan pilihan keluarga, jemputlah semua datang yer..

... the list goes on..



choyyyyyyyyyy percaya la sangat korang kan?
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA!




mari sini aku nak bagitaw yang betol betol punye.
aku ni baru nak masuk sem 3 lah. bakery? bakery dalam mimpi! haha
perniagaan aksesori tuh sekadar suka suka time cuti sem ni kan. takdenye nak untung lebih lebih. Ventholin? sampai kapan pun aku tercengkam dek beliau (kot).

perkahwinan wak lu! nanti encik bapak dan puan emak aku baca ni sah sah kena nganjing nih! nganjing tahu nganjing? macam perli lah gitu. huhu

anyway, aku sudah 21 tahun yaww! dah boleh mengundi untuk keadilan dan kepentingan! aku dah boleh berdikari kat tempat orang! aku dah boleh survive kalau takde duit nak makan sekalipun! *semangat*

aku harap umur 20 tahun yang telah habis ni akan jadi penamat untuk aku huha huha tak tentu hala. pada umur 21 tahun ni aku nak jadi orang yang betol betol orang. yang lebih melangkah ke depan. yang lebih digemari orang. yang tak dibenci orang. yang tak pemalas dan suka bertangguh.

AMIN~~

selamat hari lahir, sarah hani!

*******************

terima kasih yang tak terhingga buat;
*ibu bapa
*adik beradik
*sedara mara sepupu sepapat
*my only BFFFFFF banyaknya F
*skandal sekalian (ececey)
*anak saya
*bekas bekas boyprenggg
*kawan kawan sekolah tadika
*sekolah rendah
*sekolah menengah
*kawan kawan UPSI
*kawan kawan kat FB (almost 300 out of 1400)

semua sekali yang wish those beautiful wishes, BIG THANKS, people! semoga kalian sentiasa dilindungi Allah S.W.T..

p/s : korang memang the best, betol betol bikin aku terharu :')


on my advance birthday dinner with family

Wednesday, June 29, 2011

aku rindukan tokwan

tokwan. dia nenek aku sebelah bapak kandung. nama dia Hajah Sarah Binti Haji Majid. nama sama je dengan aku kan. tokwan! tokwan! gimipai! gimipai! tokwan, perempuan yang paling rapat dengan hidup aku selepas umi. dulu aku pernah tinggal dengan tokwan. dari usia aku tadika sampai la aku darjah 4. tokwan aku pikir orang senang. kaya harta itu tidak tapi cukuplah sederhana. kaya budi dan hati itu pasti.

aku ingat lagi masa aku tadika. kawan-kawan yang lain takde pun bawak duit saku. tapi tokwan bagi aku 20sen or 5osen tiap tiap hari. generous kan tokwan aku? aku tak pernah belanja pun so tabung aku yang bentuk menara tabung haji kaler ijau putih tu akan penuh setiap bulan.

dulu ada kedai runcit kat sebelah rumah aku. tiap petang mesti tokwan bagi duit suh aku pergi beli apollo roka yang aku suke tuh. tak payah bodek banyak banyak. buat muka kesian je mesti terus dapat. huhu

tokwan aku dia ngajar budak budak kat kampung ngaji Quran. kat rumah mesti ada stok rotan panjang. saiz apa kau nak? seingat aku ada dua saiz disediakan. haha. pernah je dia rotan aku sebab tak sembahyang. padan muka aku wuwuwu.

tokwan aku suka bebenor hisap rokok daun. bila aku dan cucu cucu yang lain terpengaruh dengan iklan bahaya rokok ni nasihat kat tokwan macam ni, "tokwan bahaya hisap rokok,tuh yang batuk tak berenti tuh!". tokwan jawab balik "aku tak hisap pun batuk jugak, baik aku hisap je!" okay3 baiklah. -_-

i rindu i punya tokwan. :(

how sarcastic are you? (baca : eh kau sarkastik tak) LOL

sarcasm;
is “a sharp, bitter, or cutting expression or remark; a bitter jibe or tauntwhich Abdulrahman Anis cannot use properly ." Though irony is usually the immediate context,most authorities sharply distinguish sarcasm from irony;however, others argue that sarcasm may or often does involve irony or employs ambivalence.Sarcasm has been suggested as a possible bullying action in some circumstances.

kau paham apa yang aku copy paste dari wikipedia ni? aku tak paham pun. ape jela yang matsalleh ni tulis. saje copy konon nak bagi nampak cool je entry aku ni.LOL -_-

ape yang aku paham tentang sarkastik ni, adalah suatu pengucapan or kata kata yang maksud dia lain dengan apa yang diucapkan. macam sindir pedas pedas gitu. ayat boleh jadi tajam menikam kalbu atau ayat yang lembut halus tapi mencengkam jiwa. paham tak korang?

dan di bawah ni aku sajikan korang dengan dialog-dialog yang dipetik dari merata tempat rujukan dan juga hasil pengalaman sendiri. nikmatilah ia! :)

orang : kau ni mmg gila lembab apa pun tak boley!
kau : sorry aku tak biasa deal dengan orang-orang bodoh. cakap slow-slow sikit boleh?


orang : euu apa nak jadi la dengan minah tuh, gedik sial nak kat boyfren org!
kau : jadi la pape pun jangan jadi macam kau sudah. sibuk nak judge orang kan?


orang : awak caring dengan saya sikit boleh?
kau : saya bukan tak nak caring. mungkin awak kurang penting bagi saya kot?


orang : apelah dia pandang kat awek tu? aku lagi cun, aku lagi kaya.
kau : tapi kau miskin hati nak buat pe?


orang : blog haram jadahnya macam tuh? orang bodoh je baca!
kau : mana kau tahu blog dia blog haram jadah? kau pun bodoh jugak yer?


dan sebagainya...

bersarkastik ni seronok okay. ce korang try. nak nak bila berurusan dengan manusia keras kepala, yang suka cakap besar dan yang suka bangga bangga diri tak agak agak nih. till then, byebye! assalamualaikum :)


(sedang berusaha untuk bersarkastik :P)

baking the fifth and girlfriends.

last weekend aku buat cuppies (or should i call them muffins?) yang kelima i think. ke yang keenam? ahh mana mana pun boleh. hasil tak menggembirakan aku langsung sebab tak comel bila coklat dia kurang menjadi. tapi aku jadi gembira balik sebab tengok mereka mereka yang kosong tanpa coklat tuh smooth je. ouh btw kali ni aku try coklat yang colour purple. konon nak bajet dia jadi comel la. tapi hampeh. sebab bila masuk gambar, aku konpius dia colour purple ke, biru? -_-


mereka yang kosong tanpa sentuhan si coklate konpius


hai. saya la cuppies yang konfius tersebut. saya la tu!

perlukan resepi? kau google la nokss! senang je. HAHAHA

*****************************************************

semalam bukak folder gambar gambar sekalian. dan terjumpa ini.



dan ini bersama-sama,



i miss you guys so f***ing much.

(and hasni too,if you're reading this <3 )

wordless wednesday #1



aku dan yan. muka kena mekap baekkk punye dengan akak-akak senior time hari-mari-membuli-adik-adik-junior-kita. geram aku tapi gumbiraaa.

p/s: sape yang belum start buat wordless wednesday ni? let's get wordless everibadi!

Thursday, June 23, 2011

Aziz Hazmi dan pesanan pesanan penting.


aziz hazmi : yes, she caught my eye.

sarah hani : yes, he caught my eye.

sebenarnya aku tengah godek godek blogspot dan wordpress encik aziz hazmi, AH for short. sedap kot. macam makan kepsi. dia banyak menulis tentang life dia. eh bukan setakat menulis okayyy! dia buat vidiyo. dan dia adalah vlogger+blogger! bukan setakat tentang diri sendiri je, tentang mama dia yang sedang sakit kat rumah sakit. tentang hanis zalikha. and yang paling latest, tentang fatin liyana. ouh how noob i am. dah lama kot yang tentang fatin liyana ni. tapi apakan daya. aku kan noob. selalu jadi yang last untuk tahu isu apa-apa (melainkan gossip semasa dan kisah cinta bersama BFF saya). haha *kesian

AH ni sweet gila okay! nama panjang dia agak la panjang, Tengku Hazmi Taqiuddin Bin Tengku Ab Aziz. ah aku nak cari calon laki ada tengku tengku jugak la sebab nak bagi nama anak aku macam ni. tapi tak boleh la kalau AH jadi laki aku. eh, what the @#$^&!**!?

dalam banyak banyak entry dia yang dekat blogspot tuh, saya paling cinta entry ni UNTUNGLAH KALAU SAYA ADALAH LELAKI PILIHAN WANITA. comel je ko ni menulis kan AH? :')

ah tetiba rasa macam nak buat entry ciri ciri lelaki hot part 2. sebab AH comel sesangat. hahaha

jadi untuk noob noob yang noober than me (haha), yang belum kenal or pernah dengar tentang AH ni, marilah berkenalan dengan dia. dia tak sombong langsung, very humble. ouh dan dia hensem,tahu? *gatal miang* tak caya try la komen2 kat status fan page dia. okaylah aku nak sambung kerja kerja peng-godek-an kat blog dia ni. ni aku bagi link untuk korang ber-godek bersama sama.

blogspot dia : http://azizhazmipage.blogspot.com

wordpress dia : http://burgerdua.wordpress.com

FB fan page dia : http://www.facebook.com/azizhazmipages

p/s: bila kita tertekan dengan life kita, or kerja kita, or hidup kita, adalah sangat tidak patut untuk kita lepaskan beban atau tekanan kita terhadap orang lain terutamanya orang yang disayangi dan menyayangi kita. tak comel perangai macam tu.

p/s 2: saya gembira dan terharu dan lega bila ada blogger membalas email saya dan menjawab segala pertanyaan saya tersebut. terima kaseyy encik A.E.N! :')

Monday, June 13, 2011

kenapa saya sayanggg terengganu? part 2

eh tibe tibe ada part 2 kan? part 1 mana? haha. sebenarnya aku baru je terfikir nak buat cerita kenapa saya sayanggg terengganu ni tadi. jadi korang korang boleh la nak anggap entry aku yang ini sebagai kenapa saya sayanggg terengganu part 1 . hehe

maka malam ini saya nak menulis tentang PANTAI! sesuatu yang sangat sangat saya rindu bila saya berada di Tanjung Malim. ahh nyah malas lah nak taip banyak-banyak.


ini budak demam lepas mandi pantai



anje anje adik bongsu nim!



see how lovey-dovey luqman and coya & harith is!



fav of mine


*******************************************

nyah terharu gila amat tahu bila ada yang tulis entry khas untuk nyah. rasa nak nitiskan air mata la camni. terima kaseh la buat cik fiena yang tulis short entry untuk nyah. FYI beliau adalah kawan baru nyah kat FB. dia cakap dia ingatkan nyah sombong. padahal amik kau, nyah baik sopan santun peramah kadang kadang over youuu! kan kan kan. haha. kalau nak tumpang rasa ke-terharu-an nyah boleh la jenguk blog cik fiena ni di blog LALALALA ni. support new blogger yawww!


this is her. dia ada 3 akaun FB. haha

p/s : Be good with the good but don't be bad with the bad. till then, bye2!