sayang sayang saya :')

Showing posts with label hidup dan mereka. Show all posts
Showing posts with label hidup dan mereka. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

how sarcastic are you? (baca : eh kau sarkastik tak) LOL

sarcasm;
is “a sharp, bitter, or cutting expression or remark; a bitter jibe or tauntwhich Abdulrahman Anis cannot use properly ." Though irony is usually the immediate context,most authorities sharply distinguish sarcasm from irony;however, others argue that sarcasm may or often does involve irony or employs ambivalence.Sarcasm has been suggested as a possible bullying action in some circumstances.

kau paham apa yang aku copy paste dari wikipedia ni? aku tak paham pun. ape jela yang matsalleh ni tulis. saje copy konon nak bagi nampak cool je entry aku ni.LOL -_-

ape yang aku paham tentang sarkastik ni, adalah suatu pengucapan or kata kata yang maksud dia lain dengan apa yang diucapkan. macam sindir pedas pedas gitu. ayat boleh jadi tajam menikam kalbu atau ayat yang lembut halus tapi mencengkam jiwa. paham tak korang?

dan di bawah ni aku sajikan korang dengan dialog-dialog yang dipetik dari merata tempat rujukan dan juga hasil pengalaman sendiri. nikmatilah ia! :)

orang : kau ni mmg gila lembab apa pun tak boley!
kau : sorry aku tak biasa deal dengan orang-orang bodoh. cakap slow-slow sikit boleh?


orang : euu apa nak jadi la dengan minah tuh, gedik sial nak kat boyfren org!
kau : jadi la pape pun jangan jadi macam kau sudah. sibuk nak judge orang kan?


orang : awak caring dengan saya sikit boleh?
kau : saya bukan tak nak caring. mungkin awak kurang penting bagi saya kot?


orang : apelah dia pandang kat awek tu? aku lagi cun, aku lagi kaya.
kau : tapi kau miskin hati nak buat pe?


orang : blog haram jadahnya macam tuh? orang bodoh je baca!
kau : mana kau tahu blog dia blog haram jadah? kau pun bodoh jugak yer?


dan sebagainya...

bersarkastik ni seronok okay. ce korang try. nak nak bila berurusan dengan manusia keras kepala, yang suka cakap besar dan yang suka bangga bangga diri tak agak agak nih. till then, byebye! assalamualaikum :)


(sedang berusaha untuk bersarkastik :P)

Tuesday, May 10, 2011

Lullaby baru aku daripada Puan Fynn Jamal



then she by Fynn Jamal
lagu ini. lirik ini.
kalau hayati dia betol-betol.
dalam sungguh maknanya.
mungkin bagi yang tak mengalami, rasa itu cuma kosong tiada apa.
tapi untuk aku, dalam sungguh-sungguh.

then she cries herself to sleep
like the 1000 nights before
though she knows she's in too deep
she is strong for millions more
then she sings a melody
of her heartbreaks and burning thorns
and she hums them truthfully
there the silence heard her mourns

IS THERE ANYONE OUT THERE?
WOULD YOU LIE TO HER YOU CARE?

oh cruel, cruel nights
she thinks you are her only friend
don't you give ways for the lights
she found comfort in your hands
then she smiles to greet her dreams
if only life would be as kind
with bunny rains and milky streams
cheery kisses and chocolate buns
then she prays to never wake up
cause her shivers wont stop the dawn
she fills her tears in a cup
and drinks them all while she mourns

is there anyone out there?
would you lie to her you care?

oh cruel, cruel world
she thinks you are her only friend
don't you give ways for the lights
she found comfort in your hand

is there anyone out there?
would you lie to her you care?

YANG FAHAM, FAHAMLAH.

if you asked me to take it all back,
then im gonna take it all back.

you've got nothing to say,
and so, you've got nothing to hide.
it's okay then.
fullstop.

Friday, January 28, 2011

just a quick apdeit!


wajah aku untuk 20 tahun akan datang.asyik muka membajet comel je kan?nah amik kau muka tua aku.haha

I wanted to pop in here today and say that I am still alive.
terima kasih tuhan kerana panjangkan umur saya.

lokasi : saya akan berada di Terengganu untuk seminggu mulai 1hb mac until when-when.
eh tidak.until 6hb mac.so for those who nak belanja aku makan sila jumpa PA aku untuk urusan temujanji yer.haha

study : bakal pulang ke kampung dengan kerja sekolah yang agak banyak.
dalam proses untuk menyiapkan mereka semua.jadual kuliah untuk semester ini yang agak menggumbirakan aku.sebab tiada kelas jam 8 pagi.

study 2 : sedang menyeronokkan diri dengan belajar sign language.owh btw,aku amik major masalah pendengaran.triple the fun lahh!

random : sedang berbahagia.hati agak tenteram.tolong jangan dengki ye.
segala sakit please main jauh-jauh.

health : kesihatan? so-so..masih bergantung harap kepada Ventholin,tapi jarang-jarang je.

love : kasih sayang?semakin cukup.
balik kampung ni nak topup kasih sayang la ni.
haha

financial : owh ya.PTPTN dah masuk.maka saya boleh bergumbiraaaa
tapi sikit je sebab dah tolak yuran kan.hampas.

facebook : got 207 waiting friend requests.saje je nak bagitau.nak menunjuk-nunjuk.owh yes.im saving you from saying it.haha

hobi terbaru : semakin hari semakin menggilai drama korea.sampai bapak aku pun saspek.haha
aku pun tak paham jugak.mungkin sebab hero yang hensem.hoho
sampai aku pun dah berkira-kira untuk tukar default name FB from Sarah Honey to Noona Sarahoney,which means, kak sarahoney.haha
geli je kan?

blogspot : semakin jarang update due to semakin jarang mengadap laptop untuk on9.lagi suke memencilkan diri dalam bilik.

familylove : adik botakku diserang lelah.takpe bibeh,tunggu kakakmu yang comel ni balik kita perang lelah bersama-sama okayy?

Bee Eff Eff : diha call aku,nangis-nangis.ingatkan kenapa.rupanya nak bagitau memory card dia bermasalah.owh diha.kenapa kau sangat lawak?haha

lagi mahu aku tulis ape?

till then,i love you orang-orang kesayanganku!

Thursday, January 13, 2011

senarai terima kaseh saya untuk bulan ini.mungkin ada untuk bulan depan?mungkin tidak?


TERIMA KASEH YA ALLAH.
sebab masih panjangkan umur saya.alhamdulillah~

TERIMA KASEH ayah saya.
sebab selalu mesej saya tanpa mengira masa.bapak,pakai lah upax jugak.boleh saya add dalam list 8pax.owh saya lupa bapak dah overage.haha

TERIMA KASEH emak saya.
kerana selalu mendoakan kesejahteraan saya.dan juga doakan saya murah rezeki.ya,murah walaupun duit kempis je dalam purse tu.masih boleh mengisi perut.

TERIMA KASEH pakcik driver bas.
kerana bawak saya dan student lain dengan penuh hati-hati,walaupun ada pakcik yang tak pernah balas 'sama-sama' owh mungkin pakcik penat.

TERIMA KASEH ex saya.
sebab buat saya lebih kenal siapa awak yang sebenar-benarnya.(owh,begini mulut awak yer?)

TERIMA KASEH awak.
sebab kacau saya sokmo(selalu)dan bikin saya sengih sokmo(selalu).

TERIMA KASEH abang gagos(gagah) saya.
sebab selalu membangangkan diri dan bikin saya bangang juga.haha

TERIMA KASEH classmate saya yg baik.
sebab selalu tunggu saya depan lif walaupun saya lewat.dan masih boleh tersenyum selepas itu.

TERIMA KASEH roomate saya yang kurus.
sebab kejutkan saya sembahyang subuh kalau tak saya kena selimut dengan kulit babi dah.

TERIMA KASEH classmate saya yang lain.
sebab sudi rindukan saya.terasa diriku begitu berharga.

TERIMA KASEH telefon saya.
sebab masih sudi bersama saya walaupun selalu buat saya geram bila taknak masuk charger.

TERIMA KASEH kawan PLKN saya yang hebat.
awak memang terbaek sebab kenal saya seadanya saya.

TERIMA KASEH laptop saya yang comel.
sebab sudi teman saya yang selalu kesunyian.awak akan nampak lebih comel bila awak kekal dengan keadaan awak sekarang ni.

TERIMA KASEH kolej kediaman saya.
sebab buat hari minggu saya ni meriah gila.sampai kan saya tak boleh sembah tuhan saya dengan tenang sebab terpaksa dengar speaker jerit-jerit lagu I Got The Feeling.

TERIMA KASEH PTPTN.
saya benci awak.awak lambat masuk dalam akaun saya.saya benci awak.kalau ikot hati saya,nak je saya lupakan awak.tapi saya terpaksa.dan saya redha sahaja.

=_=

Monday, January 10, 2011

suara dan kata-kata

apa rasanya bila kita hilang kebebasan untuk berkata-kata?

apa rasanya bila kita punya suara tapi tak mampu untuk memberitahu?

apa rasanya bila kita tidak boleh memberitahu semahu-mahunya?

apa rasanya bila kita terpaksa menyekat keinginan suara untuk keluar menyatakan isi hati kita?

apa rasanya bila kita bila kita bila kita bila kita..

titik.

Thursday, December 23, 2010

20 ciri-ciri lelaki hot

walaupun aku sedar diri bahawa aku bukan perempuan hot untuk layak menulis tentang ciri-ciri lelaki hot,ahhh tak kira aku nak tulis jugak.

1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.


2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.


3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)


4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)


5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu


6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)


7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.


8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe


9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.


10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!


okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha

sila terjah kat sini yer CIRI PEREMPUAN HOT DI MATA ENCIK APIH EL NINO

Tuesday, December 14, 2010

Anak temani mayat ibu lebih dua hari

SIBU 14 Dis. - Seorang budak perempuan berusia empat tahun ditemui terbaring di sisi mayat ibunya yang telah mula membengkak dan berbau dipercayai mati dibunuh lebih dua hari.

Mangsa, Magdeline Chadon, 36, dari Kapit ditemui pada pukul 1 petang tadi di rumah sewanya di Jalan Hua Kiew dengan kecederaan di belakang leher dan telinga kanan dengan ulat telah mengerumuni luka tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian disedari tuan rumah yang mengunjungi rumah tersebut dan terdengar tangisan kanak-kanak sedangkan rumah berkunci dan lampu masih menyala.

''Tuan rumah ini bertindak memecah masuk dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan terbaring lemah tak bermaya di sisi mayat ibunya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, tuan rumah yang terperanjat dengan keadaan itu bertindak segera dengan menghubungi polis.

Katanya, mangsa telah empat bulan bercerai dan jirannya mendakwa terdengar pertengkaran apabila bekas suaminya mengunjungi rumah tersebut.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan seorang pengawal keselamatan pukul 4.30 petang ini bagi membantu siasatan.

Mangsa dan anaknya itu, kata Shafie, dihantar ke Hospital Umum Sibu. Malah kanak-kanak tersebut dipercayai berlapar ketika menemani mayat ibunya.

''Kanak-kanak tersebut muntah ketika cuba diberi makanan dan doktor percaya ibunya telah meninggal lebih dua hari. Malah kanak-kanak itu enggan bercakap seolah-olah berada dalam trauma," katanya lagi.

Polis katanya, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan sedang mencari motif pembunuhan tersebut.

Keadaan kanak-kanak malang itu, katanya, telah dimaklumkan kepada jabatan kebajikan untuk tindakan.

p/s: di-expose oleh encik bapak pagi tadi time tengah breakfast.

sumber: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Monday, December 13, 2010

Muse - Invincible



shall be my 2010 spirit song!

"Follow through
Make your dreams come true
Don't give up the fight
You will be all right
Cause there's no one like you
In the universe"


p/s: entry makin berkurangan semenjak dua menjak ni.
followers yang disayangi sila RINDUkan saya!

Thursday, December 2, 2010

karangan untuk encik bapak saya yang disayangi.


bapak,saya nak bagitau ni.
tapi bapak jangan marah saya please.
sekarang jam 3:12 am tapi saya tetap tak dapat tidur.
saya dah tutup lampu bilik jam 12:00 tadi.
saya dah cuba untuk tidur dengan ulang dengar mp3 surah yassin + ayat Qursi + doa taubat.
tapi malangnya saya tetap tak leh nak lelap.
nak kata saya terlebih tidur siang tadi,saya tak tidur petang pun.
bangun pagi pun takde la lewat sangat.
tapi sekarang saya bukak lampu balik dan on laptop.
saya buat air milo.dah siap sendawa kenyang dah ni pun.
konon bila kenyang saya boleh tidur la.
saya bukan sengaja nak berjaga malam.
saya tahu esok saya exam.
ada 1 last paper jam 9:oo am.
saya mintak maaf.
saya bukan degil tak nak dengar cakap bapak.

sekian dulu karangan saya untuk bapak.
semoga saya boleh jawab exam esok dengan penuh ke-NIKMAT-an dan ke-SEDAP-an serta ke-SENANG-an.
doakan saya.
terima kaseh baba.

Monday, November 29, 2010

kriteria blog pilihan hati


assalamualaikum dan selamat hari selasa.

hihi.suci murni tak intro aku?
cakap yes cepat!

hari ni aku nak share kriteria blog yang jadi pilihan hati aku untuk baca,follow dan terjah setiap hari.

1. blog yang kontroversi macam blog FIDA AISHAH walaupun kadang-kadang aku tak paham apa yang beliau tulis.haha

2. blog carut-carut macam blog ENCIK FAIZ . suka part dia dengan LISA SURIHANI tuh.kwang3

3. aku tak suka blog yang bercerita tentang sukan-sukan ni.sebab aku bukan minat sukan pun.tapi aku baca jugak sebab dia ni ENCIK FAIZOL MAT dan dia ni PAKZUE kawan aku.support member-member kan.hehe

4. blog pasal teknik buat blog.boleh dimanfaatkan di lain hari.huhu.. klik SINI

5. blog yang bercerita pasal bahagia. macam blog CIK PINK GAJAH

6. blog yang banyak gambar daripada tulisan. aku kadang-kadang malas betul nak membaca.jadi kalau ada entry blog yang banyak gambar berbanding tulisan,maka aku akan melekat kat blog dia.hehe

banyak lagi sebenarnya.cuba tengok kat sidebar aku la.kolum fav cikedis tuh.haaaaa yang tu la.hehe

~korang lak?suke tak baca blog aku?huhu

Friday, November 26, 2010

kuiz tipu di facebook.

tadi gatal tangan main kuiz kat mukabuku.
nama kuiz tuh,What Kind of Guy Will Fall For You?


-part bawak bunga tuh paling menipu.i tak minat la bunga-bunga ni.haha
-part masakkan dinner,jugak penipu.kan aku future-teacher-insyaALLAH,kan aku kerja separuh hari je?sah-sah aku yang kena masak! cis!

haha

sekian dulu dari saya.
kita kembali ke angkasapuring.

malam sunyi,sabtu.

minggu yang tough untuk aku dah berakhir.
4 papers dah selamat di-muntah-kan oleh saya.
macam-macam benda berlaku dalam hidup aku minggu ni.
berkaitan perasaan (ahh-geli-tak-ley-bla)
dan juga emosi.owh,aku yang main dengan perasaan or orang yang main perasaan aku?
ahhhh
jangan percaya.aku tipu je ape aku tulis ni.
ape perasaan-perasaan?
aku hati batu.
sekeras lantai koridor rumah aku.
hati kering.
sekering baju kak dayah dan kak yeh di jemuran.

pesan aku,jangan main-main sama perasaan aku yang keras lagi kering nih.
sebab aku senang sungguh nak ber-basah pipi.
se-ber-jeruk-nya jemuran kak dayah dan kak yeh di jemuran ketika tanjung malim dilanda hujan.

tolong yer?
terima kaseh.

Wednesday, November 24, 2010

okay, aku faham dah

aku kira air paip itu sejuk sungguh.

takpe.aku cool aje.aku beranikan diri basahkan kepala.

ahhhhh...mau gigil aku dibuatnye.

aku cuba telan air liur.

sakit siot.ahhhh.. air liur aku bertukar jadik duri berbisa ke?

lidah aku dijamah pula nasik goreng kampung yang aku beli kat sebelah kedai abang kacak.

huh! ape la tukang masak ni.

aku yang masak guna perencah nasik goreng adabi pun lagi sedap dari ini.

aku berfikir panjang.

lepas maghrib aku tido tak sedarkan diri.

aku ingat aku pengsan dah.tapi tak.

aku pun hembus nafas.

aikk kenapa panas nih?

owh~~~~~~

aku nak demam rupanya.patot la...

Thursday, November 18, 2010

warna mata dan personaliti


HITAM:
Anda adalah seorang yg baik hati serta seorang yg berjiwa penyayang. Tiada sebab untuk membenci diri anda.


PERANG:
Anda adalah seorang yang amat bijak dan kadangkala anda boleh melakukan perkara yg diluar jangkaan tetapi anda tahu bagaimana untuk 'have fun'.


HAZEL:
Anda adalah seorang yg ceria dan amat disukai oleh rakan-rakan anda. Rakan-rakan anda juga amat menyayangi diri anda.


BIRU:
Anda adalah seorang yg sungguh berjiwa seni dan susngguh kreatif. Anda juga tidak pernah rasa takut atau segan untuk menampilkan bakat yang anda miliki.


HIJAU:
Anda adalah seorang yg amat tegas serta berani untuk mempertahankan hak serta perkara yg anda mahukan.


KELABU:
Anda adalah seorang yg pemalu serta anda lebih suka untuk bersendirian.


VIOLET:
Anda mempunyai mata yang sungguh menawan. Rakan-rakan anda sering tertarik dengan perwatakan anda.


HETEROCHROMIA:
Anda lain daripada yang lain serta sungguh unik

info sikit sangat la kan?huh tak puas hati aku! tapi dah lewat malam gini malas pulak rasanya nak google lagi.haha

from terengganu to terengganu,stuck on tengah-tengah antara itu.dan akhirnya..

jam 12:35 am,mengadap baba yg tgh tgk muvi.
sambil tulis blog.
duk sengih sorang-sorang.
bahagia kot.macam org sakit jiwe gitu! hua3
lelah aku rasanya macam dah fully recovered.KOT?
mintak-mintak la..
letih siot lelah-lelah nih.haha
lelah-lelah go away!
dun come here another day!

aaaahhhh rindu kat adik-adik la.
grrrr rindu kat awak lah!
huhhhhhh rindu kt upsi lah.
cis.ini tipu.jgn percaya.
langsung tak rindu.dah lupe dah upsi tuh ape.

p/s: terpikir nak buat research kt google bout warna mata dan personaliti.next time kot?

p/s 2: teringat! rindu-rinduan! korang.jgn geli yer.hati agak berbunga at the moment! haha

p/s 3: tajuk panjang lah pulak! tak sempat nak pikir tajuk.haha

untuk followers dan readers!

rumah manis rumah!
dah lama tak ber-BW.
sowi readers yg tinggal salam kat chatbox.tak sempat nak jenguk umah korang.
sowi readers yg dtg tinggal link,tak sempat nak gi intai tanah anda.
sowi kak d,lambat amik award.nanti sarah amik yer,btw,tanx!
sowi dah lama tak up traffic blog korang.
sowi yer.i promise u,lepas exam dan bila jiwa tenang,tiap pagi tiap malam aku singgah!

skrg,nak post blog spnjg duk kat kampung!
gambar beraya haji bakal di upload.mungkin minggu depan lah.
dan akan selit jugak dalam blog sikit-sikit.
sekadar untuk menggelikan tekak readers.huhu
xoxo

Thursday, November 11, 2010

aaaaahhhhhhhhhhh! *h*t !!!

semenjak dua menjak ni macam dah takde idea a pulak nak menaip.
tengok,sampai aku post gambar GADIS yang ntah macam entry kat bawah ni.huhu
sebab uk kat umah,jiwa tak bape nak kusut kot.
lain la kalau duk kat uni.ada je benda yang nak tulis.
walaupun benda tuh ntah pape.
pernah sekali sampai rumate pown perli tengok aku duk menaip blog tak abis-abis.
haha

biasala..kalau jiwa kacau atau mood yang agak kurang senang,mesti banyak je perkataan-perkataan terkeluar dalam minda nih.huhu

just now,aku dan ratus-ratus budak UPSI tengah bengang sebab server untuk daftar kos masih tak okay2..dah hampir 2 hari kot,still tak dapat nak akses benda alah MYSIS tuh.kang aku berpaling tadah pergi kat MYDAD @ MYBRO @ MYMUM @ MYTOKKI @ MYTOKWAN kang kang kang..haaaaaa

tadi aku call lecturer aku,tanya dia pasal benda ni,sempat pulak dia tanya tunang aku sehat ke tak.apelaaaaa
haha
tuh mesti dia tengok status aku kat FB tuh.awwwwww malu saya dibuatnya.haha
Encik Sarib,tolong aaaaa buat something.kami nak daftar kos secepat mungkin nih! kalau tak takot tak sempat je nak amik KOD TANGAN! pleaseeeeeee!

p/s: imy,saberi anak pakcik sulaiman kampung beladau kepong.

awwww geli mat betol!

AWAS! gambar yang bakal anda tatap ini berkemungkinan besar boleh menyebabkan anda rasa geli-geli tekak dan loya anak tekak.
tapi tak kira,nak tunjuk jugak!
gadis,you!
geli mak!
haha

SAKSIKAN~



POSE DALAM AIR siot!
readers,takde yang cair ke?huhu

p/s: tringat pulak kat subjek Pembangunan Sahsiah time buat presentation bout transeksual ni.haha

Tuesday, November 9, 2010

to encik anonymous

encik anonymous,awak betol.

"mudah dapat,mudah hilang"

biasalah.budak-budak.

tak sampai sebulan kot.

huhu..

no komen (ayat artis)

Sunday, November 7, 2010

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.