assalamualaikum dan selamat malam. aku ada banyak kerja ni tau tapi menyempat je nak tulis belog. RPH dah nak kena hantar hari isnin ni. tapi banyakkkk lagi yang belum buat. you guys dun have an idea what the hell RPH is? Rancangan Pengajaran Harian. huk aloh yang cikgu-cikgu tulis dalam buku besau-besau tuh.
okayh merujuk kepada tajuk di atas. tadi macam biasa la setiap hari sabtu ade kokurikulum. hari ni main-main cat untuk second projek Seni Rupa. so tadi ulang alik pergi sink dan meja untuk buat cetakan. guess what aku tertumpahkan cat baju yang duk berehat dekat tepi sink tuh. SEPARUH TIN kau tahu! nasib baik la Tengku Kamarullah iaitu classmate aku tuh berada di tempat kejadian dan bertindak pantas dengan angkat tin tersebut. kalau nak harap aku yang tengah kaget lagi saspen ni memang taklah, mau habis satu tin tu aku tengok je.
lepas tuh manik-manik peluh mula muncul di dahi aku dah. takot kau. nasib takde saksi selain Tengku Kamarullah tu. lepas tuh aku dengan penuh bangangnya, ambik penyapu dan bawak cat tersebut ke luar pintu. konon nak alirkan cat tersebut keluar lah. sekali perghhh amik kau. cat tuh bukanlah cat baju seperti yang aku sangka tetapi cat dinding! dem ape aku nak buat ni. dengan penuh rasa bersalah aku pun amik plastik hitam dan tutup cat yang tumpah tu. sama macam orang tutup mayat di tepi jalan yang eksiden kena langgar.
tanpa membuang masa aku pun amik turpentine untuk cuci tangan aku yang melekat melekit tuh. orang lain main cat baju je, kau melampau, habis turpentine sekali kau nak. rasakan sarah hani. rasakan. kemudian beberapa minit kemudian ade pakcik yang aku rasa dia cleaner kot, tengah cuci kesan cat yang aku tumpahkan tu. habis melekat kat celah mozek tu. aku nampak betapa susahnye dia nak cuci cat tuh. dan ketika itu tahap penyesalan aku di tahap yang amat kritikal.
nasib baik pakcik tuh muke cool je seolah-olah itu perkara biase bebeh! lepas tuh lepas tuh. kan cat tu tumpah terkena jugak batang paip berdekatan. dan bila classmate aku yang lain basuh tangan, tangan dorang pun terkena jugak cat macam aku kena tu. sambil tu dorang buat muka cuak ehh apehal cat ni melekat basuh dengan air tak tanggal ni? aku nak je pergi kat dorang dan cakap weyhhh ni kerja aku, aku yang tumpahkan weyhhhh... :'(
dan dikempatan ini aku nak mintak maap dari hati yang tulus dan ikhlas serta penuh rasa bersalah yang menebal di jiwa ini, kepada PAKCIK YANG BAIK HATI yang tolong cucikan cat di lantai tersebut & juga GADIS-GADIS CANTIK YANG TANGANNYE terkena jugak cat pink itu tadi. percayalah bahawa sesungguhnya saya tak berniat nak buat kalian berada dalam kesusahan seperti itu tapi perkara tersebut berlaku di luar kawalan saya. maafkanlah saya :'(
katakanlah korang yang mejadi mangsa aku tu terbaca kisah penuh penyesalan di atas, amiklah gambar saya di bawah ini lepas tuh print besor-besor dan lekatkan pada punching bag. dan tumbuklah sekuat hati saya tak kisah asalkan anda dapat memaapkan saya. sobs
p/s: aku tak bersalah sebenarnya, aku teraniaya. sape lah yang letak cat tu kat tempat yang senamg jatuh. saje je kan nak aku berada dalam penyesalan sebegini. tak baik tau korang.