sayang sayang saya :')

Friday, February 18, 2011

how to become an early riser



ececey tengok tajuk macam iya-iya je kan?
konon entry aku kali ni tulis dalam English la.sebenarnya tak pun.
sini aku nak share some tips untuk bangun awal.
aku takde la sukses sangat bab bangun awal ni.sejak akhir-akhir ni je.masih mencuba-jaya lah orang kata.
camne pun,sharing tak salah kan?

1. cuba untuk tidur awal
~ walaupun korang belum ngantuk or rasa nak stay up tonton TV ke, surf internet ke,tapi cuba jugak untuk berada atas bed korang awal-awal.guling lah camne pun sebab lama-lama korang mesti tidur gak.ataupun korang boleh cuba baca buku yang banyak tulisannya.contoh macam aku,aku baca jurnal English.bosan.lama-lama terlelap gak.

2. manfaatkan sepenuhnya telipon bimbit anda
~ aku takde jam loceng.cuma guna alarm dalam fon jelah.yang ni semua tahu la kan.lagi satu,let say pagi keesokkannya korang ada something yang nak kena settle,or ayat lainnya,you have some good reason to wake up early,korang tulislah dekat note and set time for that.so bila note tuh ringing (ringing yer orang panggil?ah tak kesahlah), your brain will talk to you lah yang korang ada misi untuk di-settle pagi tuh.got it?

3. taruk telipon or your alarm clock far from your bed
~ yang ni aku belom pernah cuba as aku adalah seorang yang tidur separuh mati.hoho..untuk tips yang ni,rasionalnya lah kan,bila kita taruk dekat dengan telinga kita je,everytime dia bunyi,kita akan hit snooze or untuk lebih kejam,kita shut it off terus.so bila kita taruk fon tuh jauh-jauh mesti la bila dia bunyi,kita akan bangun untuk shut up kan dia kan?so you see?by then,you're up.now you just have to stay up.

4. pesan kat roomate or housemate supaya kejutkan korang
~ yang ni benda basic je nih.as for me,aku akan pesan jugak dekat kawan-kawan aku supaya kejutkan aku sampai bangun.kadang-kadang menjadi,kadang-kadang tak.padahal aku dah pesan dah kat dorang.buat je ape cara yang necessary until aku betul-betul bangun.tak kesah ah dengan cara yang kejam pon.tapi tu lah..dorang sayang sangat kat aku sampai tak tergamak nak kejutkan aku tidur.haha..anyway,it is utmost improtant for you guys,to have a similarly motivated buddy.

5. make waking up early a reward
~ Yes, it might seem at first that you’re forcing yourself to do something hard, but if you make it pleasurable,soon you will look forward to waking up early.A good reward is to make a hot cup of Milo or any kind of your fav drink.takpun kalau korang tak biasa makan pagi,takot sakit perut ke apa,try to find something that’s pleasurable for you, and allow yourself to do it as part of your morning routine.contohnya semak telipon bimbit ke.kot-kot ada mesej celcom nak bagi kredit free ke kan (pleasureable enough ehh?),or apa-apa je.as long as ia dinamakan REWARD untuk korang yang dah berjaya ni! hehe



bangun awal pagi is really a tough work for me ever since dulu lagi.nevertheless,kita kena realize lah yang bangun pagi ni banyakkkkkkkkk manfaatnya.sekian

photo credit: google
credit: google jugak.




Friday, February 11, 2011

bila Pendidikan Khas diperlekeh-lekehkan..


mood ketika aku tulis entry ni adalah sikit-sikit rasa nak marah dan kuciwaaaaa.

situasi 1 (saudara mara)

saudara mara: eh ko amik kos ape kat UPSI tuh?

aku sendiri: aku amik Pendidikan Khas.

saudara mara: yang nanti ngajar budak cacat ke? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

aku sendiri: ..............


situasi 2 (rakan sebaya)

rakan sebaya: ko amik Pendidikan Khas ke?

aku sendiri: yelah nokssss..

rakan sebaya: kenapa tak amik kos lain?ada ke amik Pendidikan Khas.low classsss

aku sendiri: ..................


situasi 3 (rakan sebaya budak kos Sejarah, Math etc.)

budak kos lain: ko amik lah part ni.ko kan tak busy sangat.

aku sendiri: kenapa pulak aku tak busy?

budak kos lain: ala,ko kan amik Pendidikan Khas je.takde la busy gile macam kitorang ni.

aku sendiri: ....................


situasi 4 (kawan yang memiliki vespa a.k.a besi buruk)

budak vespa tersebut: eh sarah amik Pendidikan Khas yer?nanti ngajar budak cacat lah?HAHAHAHAHA

aku sendiri: ha'ah.kenapa gelak?

budak vespa tersebut: takde lah.ngajar budak cacat.HAHAHAHAHAHAHAHA

aku sendiri: ....................


weyh korang.aku terasa hati siotttttt...korang bantai gelak menghina aku yang amik pendidikan Khas ni yer?korang ingat aku punya kos ni cikai-cikai jeke?
yelah.aku tak hebat macam korang.amik kos yang HEBAT-HEBAT kan kan kan.
tapi cuba korang pikir dan renungkan ini:

- mereka yang khas khas itu datangnya dari Allah.korang gelakkan mereka,sama lah macam korang hina ciptaan Allah.korang nak ke Tuhan murka?taknak kan kan kan

- korang try bayangkan lah.kalau adik or anak korang dilahirkan menjadi khas khas ini.siapa yang nak didik mereka menjadi manusia berdikari kalau bukan kami kami student kos Pendidikan Khas ni?

- korang..aku dan kawan-kawan pun student normal jugak.kalau ko busy,aku pun busy.maka marilah kita sama-sama memahami.boleh kan?heeee

- silalah hormat perasaan orang lain jugak.jangan dihina dengan gelak tawa korang yang gila annoying tuh.benci sangat aku dengar.tak suke yawwwwww!

PENDIDIKAN KHAS (SPECIAL EDUCATION) IS NOT MY LAST RESORT.
MY LECT PESAN,IF YOU REALLY LOVE SPECIAL EDUCATION,JUST GO FOR IT.




Top 7 Tempat Pembuangan Bayi

seperti yang kita sedia maklum,kisah pembuangan bayi ni memang dah lama bertakhta dalam dada-dada akhbar kan?
entah bila la akan setel.
mana-mana pergi pun takkan pernah habis kisah buang bayi ni.
sampai dalam forum untuk subjek Wacana Pendidikan aku pun,lecture dah taknak dengar topik buang bayi ni.
baiklah kita stretttttt tu de poinggggg!

kat bawah ni adalah senarai top 7 tempat pembuangan bayi di Malaysia kita yang tercinta dan tersayang ever ni.

#1 : kawasan perumahan


(kenapa?kenapa?kenapa?)


#2 : Masjid



#3 : Tempat pembuangan sampah


(cukuplah gambar bayi dibuang.sayu dan sedih untuk menatapnya)


#4 : Tepi jalan


(semoga kita dijauhkan dari dosa membunuh makhluk comel ciptaanNya ni)


#5 : Sungai


(terlalu comel untuk dibuang)


#6 : Semak


(boleh bayang tak makhluk yang comel ni dicampak dalam semak?please tolong jangan bayang!)


#7 : Tandas


(teramat comel untuk dibundlekan)



(adik bongsu aku semasa kelahirannya)


sanggupkah anda melihat bayi-bayi sekalian yang lahir ke dunia tapi tidak diberi kesempatan untuk hidup dan membesar comel secomel-comelnya seperti ini?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


eh eh eh silap taruk gambar sendiri.awwwww3 malu.
baiklah semula semula.


sanggupkah anda melihat bayi-bayi sekalian yang lahir ke dunia tapi tidak diberi kesempatan untuk hidup dan membesar comel secomel-comelnya seperti ini?



tanya aku?aku tak sanggup..
serahkan kepada mereka yang memerlukan.
atau cara yang paling berkesan,jauhi sebarang tindakan yang menyebabkan keberterusan gejala ini.tepuk dada tanyalah iman,jangan tanya selera ya kawan kawan.

idea asal entry : dekat sini

credit gambar : encik google yang hensem

p/s: Valentine dah dekat.mungkin lambakan bayi yang dibuang akan bertambah. koranggggg Valentine haram okay!