sayang sayang saya :')

Friday, July 22, 2011

cara dan tips nak putuskan persahabatan


zaman sekarang bukan senang nak cari sahabat yang betol betol sahabat. yang bila dia gelak gedik gedik, korang takde nak meluat langsung. bila korang terpaksa pindah ke tempat belajar baru, terasa sangat kehilangan sahabat yang satu tuh. ehh intro ape ni tak sedap langsung lah. mari kita straight to the point baybeyhhh!



1. cubalah jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri

katakanlah korang tengah bersahabat baik punya dengan BFF korang ni. situasi di sini adalah BFF berlainan jantina yer. korang tahu korang akan mempertaruhkan persahabatan korang tuh demi cinta. persahabatan boleh putus bilamana korang kena reject selepas sesi luahan perasaan, ataupun sekiranya korang diterima tapi hubungan hanya berlangsung sekerat jalan. sob3



2. merampas awek atau boypren sahabat sendiri

setengah orang pikir yang kawan adalah much much penting daripada awek or boypren ni. bergantung lah kan nak pentingkan dorang macam mana ikot korang punya suka aku tak peduli lah. ada setengah orang ni sanggup membelakangkan brotherhood or sisterhood yang terbina bertahun tahun demi seorang awek or boypren. sungguh tak cool. putuskan persahabatan kerana itu. -_-



3. tunjuk perangai tak comel korang kepada sahabat korang itu


yang ni paling senang aku tak tulis pun mesti korang dah tahu. cara dia senang je. tiap tiap hari korang boleh cakap besar depan dia. bila korang bawak kereta mewah yang parent punya ke sekolah/kolej, korang boleh berlagak kaw kaw dengan kawan kau tuh. nak lagi comel korang boleh laga laga kan antara kawan korang yang nama Jemah dengan Jenab contoh korang bleh cakap kat Jemah, 'Jemah kau tau tak Jenab cakap kau tak lawa pun kalau jumpe depan depan. dalam FB bukan main lawa. edit kaw kaw letttewwww'. padahal kau tak tahu Jemah dan Jenab dah tahu perangai manis kau tuh. haha



4. kejarlah dan pentingkanlah pangkat serta kedudukan sosial

yang ni biasanya kaum lelaki lelaki je yang alami ni. guys biasala.. bila dia ada kedudukan sikit, ada nama sikit, jadi leader untuk certain group macam Alagapas Motor Club ke, Adabi Honda Gang ke, dia akan jadi macam kerek lah sikit kan dan secara tak langsung akan merenggangkan persahabatan dengan sahabat sahabat lama yang tidak se-Alagapas mahupun se-Adabi tersebut. kan kan kan.



5. ignore dia terus


cara yang paling senang. tunjuk jelah kat depan muka sahabat yang anda nak sangat putus tuh directly. bila nak pegi cafe, jangan ajak dia pegi sama sama. bila nak ke kelas, tak payah tunggu macam biasa. bila dia datang post something kat wall kita, kita jangan layan dia sorang je tapi orang lain kita layan. maka kalau dia reti bahasa, dia boleh paham la yang kita tak suka ada kawan macam dia dan awak awak dan awak boleh angkat kaki. sekian



p/s : psiko-problemoo akibat diganggu ex bf. blahhh la wey. blahhh. bagitaw kat bapak kita kangg. hurm. solution anyone? :|