dah lama tak menaip kan? ada ke yang rindu rinduan dekat aku? aku ada banyaakkkk benda nak share tapi sangat tak sempat nak cerita kat sini. being random, boleh?
random #1
semester ni aku rasa macam penat sikit la. especially hari rabu which is kelas dari jam 730 pagi sampai 1030 malam. satu tekanan untuk aku yang tak liat nak bangun pagi even aku pernah buat entry tips untuk bangun awal. selalu je terbabas. tiap malam kalau tidur lebih dari jam 12, mesti pagi esok ngantok semacam je. huh tak cool langsung.
random #2
weekend lepas aku balik terengganu jumpa kesayangan-kesayanganku. and guess what? finally aku berjaya jugak buat rainbow cake yang dah lama gila mengidam nak buat. sebelum raya lagi duk berangan nak buat, tiap-tiap hari duk view tutorial kat youtube. owh terima kaseh buat encik bapak dan emak yang sudi sponsor beli barang. hihi.. next entry aku kasi tayang kek tersebut dan proses nak buat okay? owh thanks jugak untuk anda-anda yang merasa kek tersebut dan cakap sedap. terharu mak nyahh :P
random #3
ramai yang mempertikaikan kenapa aku dah lama tak update blog. kata mereka, aku dah ada kegemaran yang baru. owh tidak sama sekali. aku ada terlalu banyak kerja yang nak kena buat, terlalu banyak hal dan orang yang aku nak kena pikir. so? takde masa sangat nak menaip macam dolu-dolu. nanti kat facebook pun aku dah taknak layan sangat. cuma sekadar bukak untuk like status orang, cuci mata tengok beg kat online shop, tengok gambar-gambar, tengok update tiket bas balik cuti raya aji, tu je. so kalau aku online im chat, maaf la takde yang aku layan kecuali yang penting-penting je. kalau setakat hye dah makan ke or what else? hye buat ape? sorry sorry tak rasa nak layan.
random #4
sekarang aku dah ada diari bertulis yang baru. so blog ni terpaksa dianak-tirikan. yang ni je sebab utamanya aku lama tak update. blog ni semua orang baca kan. kalau diari tu aku sorang je. jadi lagi best menulis diari la. hihi
random #5
DAH JAOH HATI DENGAN RAMAI ORANG. YOU KNOW WHO YOU ARE :')
random #6
meet my roomate untuk sem 3 ni, ikah! owh shes my geng mata bengkak pada pagi tersebut. haha
rasanya yang tu jela aku nak taip harini. lapar la. tapi aku tengah crash diet sekarang. ptuiiiii sila lah muntah. haha.. owh btw saya mintak maaf kat korang yang sweet ni sudi je datang jenguk blog ni dan tinggal jejak kat shoutbox but sorry tak sempat lagi nak ber-blogwalking ke sana. insyaallah nanti free saya balas kunjungan okay? pehhh ayat tak leh blaaa. ptuiii lagi sekali. :P
till then, nak solat, nak take a nap, nak berbedak then pegi kelas. byeeee toodlesss! <3