sayang sayang saya :')

Showing posts with label sembang. Show all posts
Showing posts with label sembang. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

how sarcastic are you? (baca : eh kau sarkastik tak) LOL

sarcasm;
is “a sharp, bitter, or cutting expression or remark; a bitter jibe or tauntwhich Abdulrahman Anis cannot use properly ." Though irony is usually the immediate context,most authorities sharply distinguish sarcasm from irony;however, others argue that sarcasm may or often does involve irony or employs ambivalence.Sarcasm has been suggested as a possible bullying action in some circumstances.

kau paham apa yang aku copy paste dari wikipedia ni? aku tak paham pun. ape jela yang matsalleh ni tulis. saje copy konon nak bagi nampak cool je entry aku ni.LOL -_-

ape yang aku paham tentang sarkastik ni, adalah suatu pengucapan or kata kata yang maksud dia lain dengan apa yang diucapkan. macam sindir pedas pedas gitu. ayat boleh jadi tajam menikam kalbu atau ayat yang lembut halus tapi mencengkam jiwa. paham tak korang?

dan di bawah ni aku sajikan korang dengan dialog-dialog yang dipetik dari merata tempat rujukan dan juga hasil pengalaman sendiri. nikmatilah ia! :)

orang : kau ni mmg gila lembab apa pun tak boley!
kau : sorry aku tak biasa deal dengan orang-orang bodoh. cakap slow-slow sikit boleh?


orang : euu apa nak jadi la dengan minah tuh, gedik sial nak kat boyfren org!
kau : jadi la pape pun jangan jadi macam kau sudah. sibuk nak judge orang kan?


orang : awak caring dengan saya sikit boleh?
kau : saya bukan tak nak caring. mungkin awak kurang penting bagi saya kot?


orang : apelah dia pandang kat awek tu? aku lagi cun, aku lagi kaya.
kau : tapi kau miskin hati nak buat pe?


orang : blog haram jadahnya macam tuh? orang bodoh je baca!
kau : mana kau tahu blog dia blog haram jadah? kau pun bodoh jugak yer?


dan sebagainya...

bersarkastik ni seronok okay. ce korang try. nak nak bila berurusan dengan manusia keras kepala, yang suka cakap besar dan yang suka bangga bangga diri tak agak agak nih. till then, byebye! assalamualaikum :)


(sedang berusaha untuk bersarkastik :P)

Thursday, June 9, 2011

penganggur yang cemerlang.

ehhh lamanya tak update? ada yang rindu aku tak? haha
hurm cuti semester selama sebulan lebih dah aku habiskan dengan penuh cemerlang tahu? *bangga*

sekarang aku tengah buat bisnes online jual aksesori perempuan. for now aku cuma amik pre-order untuk necklace and ring je. baru seminggu lebih aku berbisnes. haha. tapi macam hampa je sebab sambutan biasa-biasa je. tapi partner aku cik asyiqin cakap saborr saborr awal-awal memang macam ni. nanti tak lama tak menang tangan la nak layan customers tersayang. baiklah. saya tunggu detik tak menang tangan tersebut. detik tersebut, cepatlah datang! haha

ni antara rerantai yang aku jual and korang boleh order la. ada banyak lagi tapi macam malas nak upload malam ni. nanti-nanti okay? ;)


Vintage Owl Necklace (bronze and silver)
RM 27 inc postage ;)


Camera Retro Necklace (bronze and black)
RM 27 inc postage ;)
*yang ni agak laku yer kawan-kawan*



Black lips cute korea long necklace wholesale
RM 27 inc postage ;)
*yang ni my fav. tapi aku pun tak paham kenapa nama dia 'black' sedangkan dia berwarna pink. haha*


Owl Necklace Torny
RM 29 inc postage ;)


untuk gadis-gadis,bolehla order satu for urself. and for da boys, belikan la satu untuk gadis-gadis korang! hee

***********************************************

ouh selain itu saya jugak sedang mengada-ngade masuk contest shawl kat facebook sekarang ni. dan mempertaruhkan gambar yang saya bajet comel sangat dah. haha. pemenang dikira melalui undi LIKE terbanyak dan nanti akan ada juri yang pilih pemenang tempat pertama, kedua and ketiga.

jadi dikesempatan ini saya nak mintak tolong anda-anda yang sedang membaca untuk LIKE gambar saya. vote lah konon-konon kan. hehe
mula-mula korang kena LIKE page Shawls AyuCinta dulu dekat SINI

lepas tuh lepas tuh korang baru boleh LIKE kat gambar aku pulak di SINI


ni la gambar tersebut. kesian aku, aku sorang je gambar black n white. orang lain semua berwarna. =='

ololor aku dah jaoh ketinggalan ni. cepatlah tolong aku kejar! haha

p/s: yang bukan dalam friendlist aku un boleh LIKE jugak tahu. okay sekian dulu terima kasseyy!

Monday, May 16, 2011

breaks me down.

salam..
melayan akustik We The Kings malam-malam ni macam sedap jugak kan? tak terasa nak melayan megadeth lah. eh aku layan megadeth? nak tido boleh sangat tapi rasa sayang pulak nak tido sebab dah tahu dah esok mesti bangun lewat jugak. =="

hidup dan perasaan. (acceyh tetibe) agak susah bile kita tak boleh nak bagi peluang kedua untuk diri sendiri. like what? contoh la yer aku bagi. like to fall in love again after everything's collapsed. or maybe to fix everything that's gone wrong. yaa you can't fix everything but at least we can try very hard. i mean VERY. for our own good what?

tapi tak semua orang boleh kan? susah.. very the susah..

nevertheless, just try to hold on.
sampai bila? sampai tiba masa untuk melepaskannya.

(the person i wrote this for maybe tak baca pun but i really hope someday he/she will)

till then, assalamualaikum..


-gambar yang langsung takde kena mengena dengan entry tapi sebab macam malas je nak google pix or godek-godek photobucket, taruk gambar sendiri jelah..

Wednesday, May 4, 2011

saya bukan menulis tentang osama laden yer. bukan juga tentang harga minyak yang dah naik lagi.

assalamualaikum semua!
perghhhh dah 4 mingu aku tak update blog!
konon-konon ah aku bizi sesangat kan? padahal tak ponnn.. dah kering idea nak tulis lagipun korang bukan nak baca blog aku ni haa.. >_<
so sebagai balasan (tetibe?) saya sediakan entry panjangggggg untuk korang yang rindu-rindu kat nyah. perasan kot?

owh sebelum terlupa aku dah balik terengganu negeriku~~
final exam dah habis dan KBYE! kepada semester dua!
aku sukeeee~~~
final dah settle, result tak tahu lah ape cerita.
carrymarks pun so-so je. tak meletop macam HZ punya. hee

aku dah tak berjumpa rumah almost 3 months dan aku tak sangka adik-adik cenonetku yang bertiga ni dah membesar dengan mendadak.
susu apekah yang mereka minum? beras apekah yang puan emak aku tanak? atau mungkin jenama apakah cikedis yang dorang telan? aku pun tak tahu lah.. -_-

perubahan mendadak tersebut lagi ketara kelihatan kat adik aku Soefya a.k.a Coya nih.


dia tak nak pergi taska pagi-pagi dan bagi juta juta alasan yang lawak gile utk ngelat dari kena pegi taska. bila aku tanya, dia jawab 'sebab takot along balik'
means, dia takot aku tinggalkan dia lagi dan balik kolej semula.
sob3 terharu jelah kan? then bila dia stay kat rumah, ngadap youtube jelah kejenya. bila bosan mulalah nak kacau aku dengan soalan sama yang juta juta kali jugak dia tanya; 'along bila nak buat kek? along pandai tak buat kek? (padahal yer2 dia tahu aku pandai)
rindu nak makan kek aku buat lah tu. haha

all in all, Coya dan Harith ni banyak gile terkena penangan filem Hantu Kak Limah Balik Umah tu. dan lagi satu Ngangkung tuh. -_-
sabor jelaaa.. huhuhu

owh yer. aku nak buat part-time la selama 4 bulan cuti sem nih. aku siap buat status mencapub lagi kat fb yang berbunyi begini;
wahai majikan sekitar terengganu ini, sila tawarkan saya keje sambilan dgn gaji yg sedap pliz. saya nak keje 4 bulan je pun. saya punya banyak kemahiran. rugi tau tak amik sy bekerja. haha. sekian terima kassey. kbye!
tapi hampeh je. orang komen melalut. takde bagi idea bernas langsung! huhu
aku perlukan wang dong. ambil aku bekerja plis! gaji nak mahal. saya ada spm tauuuu.. ngeee~ kbye!

ehh ada lagi.aku dah cakap entry aku ni panjang kan. hee
aku nak jumpa gundik-gundik sekalian. rindu gilooo kat kamu-kamu Tuan Noor Nadiha dan Ain Nia Aman. aku tahu korang pun rindu gilooo gak kat aku sebab tuh la tiap-tiap hari text and stalk fb aku kan kan kan? haha
nanti kayh kita ketemu. velanje saya veli makanan voleh? (sek mu pitis vanyok kan. haha). bawak aku jumpa Encik Pantai dan Pakcik Mydin pujaan hati kita bertiga. tapi pliz lah saya taknak makan kepsi dah. bohsangggg! ;P



ni aku nak mengadu nasib ni. talipon cabuk aku kan, dia rosak.. sedih aku. dahla rosak 2 minggu sebelum final exam hari tuh. geram i. dia tak tahu ke saya ada darah cina tau. huhh~~
nasib baik la ada kawan yang baik hati nak pinjamkan talipon dia kat aku. terima kassey yan. ko baik cantik menawan pandai bijak pakai spek mata tinggi memang perghhh la! huhu.. sekarang merempat menagih simpati pinjam talipon encik bapak lah pulak. owh talipon pinjam, pliz be good to me sayang. hoho

ni lagi satu nak mengadu nasib. saya dah gain weight 5 kilosssss berbanding semester lepas you ollsss. sob3
saborrr jelaa.. benci mak. mak benci macam ni nokss..
mak kecewa dengan diri sendiri. mak tak salahkan cermin. mak tahu cermin tak menipu.
mak sedih. mak tak tahu nak cakap apa dah. =="

okay ini perenggan last dah. bagus kan aku? boldkan topic sentence bagi setiap perenggan. jadahnye? hoi sarah ko ingat ni nak buat karangan muet ke ape?
sob2 sedih dengan diri sendiri.dah tak berapa nak centre dah.
kbye!

Friday, April 1, 2011

random update!

hai semuaaaaaa!
dah lama tak menulis-nulis.amatlah bizi lately.
okay tipu. tak bizi mana pun.cuma dah jaoh hati untuk berblogging. >_<

study: so far,so good.rasa macam ada improvement sikit bab-bab esaimen ni berbanding dengan sem lepas.sem ni dah tak kalut buat esaimen last minute dah.(tepuk-tepuk)

kesihatan: kena gigit dengan abg Jat hotel Brisdale.jadi kesihatan takde ah okay sangat.demam?takde.sakit kepala?biasa.berat badan?sayasemakingemukdaninisemuaorangpuntahuokaysayaredho.huhhh

family: adik kesayangan aku yang ummur 4 tahun sudah pandai membaca dan search sendiri lagu fav dia kat Youtube yawwwwww! nanti balik along belikan buku cerita okayyhhh! owh btw tahniah lagi sekali untuk adik aku yang dapat 10 A's SPM aritu. (tepuk-tepuk)

life: sem depan dah nak kena pindah masuk rumah sewa dah.bukan kena halau.sesaje nak keluar,okay3 ayat cover.haha

cinta: perlu ke aku cerita tentang ini jugak? hahaha

fulus: saya rasa sem depan saya kena buat partime job sambil study.saya tak suke hidup tanpa duit.susah yang amat.

objectless: saya teringin sangat-sangat nak ke pulau pangkor.tapi tapi tapi...
mungkin saya cuma perlu makan durian sahaja bagi menghilangkan rasa terkilan tersebut.DURIAN anyone???

okay sekian sahaja.entry ini cuma untuk pihak-pihak tertentu yang mungkin nak tahu tentang saya sahaja.tak mengharapkan traffic tinggi lagi.babai

Saturday, March 19, 2011

dari kekasih kepada kekasih

"kehadapan adindaku sarah honey yang kini berada di Perak Darul Ridzuan,
diharap adinda sarah sihat-sihat sahaja.kanda Jat disini sentiasa merindui adinda.
kanda Jat harap adinda tidak marah lagi kepada kanda Jat.kanda Jat mohon seribu kemaafan daripada dinda andainya warkah kanda Jat ini mengganggu ketenteraman adinda di sana.lagi sekali kanda Jat berharap adinda lupakan sahaja peristiwa pada ahad lalu.kanda Jat tahu adinda marah benar sehingga memaki bapuk klinik yang tersilap bagi injection pada adinda(kanda tengok dekat status FB adinda).sekian sahaja warkah ringkas dari kanda Jat.semoga adinda cepat sembuh."


~yang jauh di mata,
KANDA PEPIJAT HOTEL BRISDALE,KL.

DASAR PEPIJAT!
KENAPA PERLU KAU GIGIT AKU?KENAPA AKU?
KENAPA TANGAN DAN MUKA AKU?
TAHU TAK BETAPA AKU MERANA UNTUK SEMINGGU NI?
KAU TAHU KULIT AKU SANGAT SENSETIPP?
KAU TAHU BETAPA SUSAH HATI AKU SKRG NI?
KAU TAHU DAH BERAPA BIJI PIL AKU TELAN?
KAU TAHU BANYAK MANA MASA AKU HABISKAN UNTUK SAPU UBAT-UBAT SEKALIAN?
KENAPA PERLU DARAH AKU YG KAU SEDUT?
SKRG AKU DAH KEHILANGAN KEYAKINAN DIRI UTK BERDEPAN DGN ORG RAMAI!
AKU BENCI KAU PIJAT! BENCI GILA SAMA KAU!
EMANG DASAR BINATANG!

Friday, January 28, 2011

just a quick apdeit!


wajah aku untuk 20 tahun akan datang.asyik muka membajet comel je kan?nah amik kau muka tua aku.haha

I wanted to pop in here today and say that I am still alive.
terima kasih tuhan kerana panjangkan umur saya.

lokasi : saya akan berada di Terengganu untuk seminggu mulai 1hb mac until when-when.
eh tidak.until 6hb mac.so for those who nak belanja aku makan sila jumpa PA aku untuk urusan temujanji yer.haha

study : bakal pulang ke kampung dengan kerja sekolah yang agak banyak.
dalam proses untuk menyiapkan mereka semua.jadual kuliah untuk semester ini yang agak menggumbirakan aku.sebab tiada kelas jam 8 pagi.

study 2 : sedang menyeronokkan diri dengan belajar sign language.owh btw,aku amik major masalah pendengaran.triple the fun lahh!

random : sedang berbahagia.hati agak tenteram.tolong jangan dengki ye.
segala sakit please main jauh-jauh.

health : kesihatan? so-so..masih bergantung harap kepada Ventholin,tapi jarang-jarang je.

love : kasih sayang?semakin cukup.
balik kampung ni nak topup kasih sayang la ni.
haha

financial : owh ya.PTPTN dah masuk.maka saya boleh bergumbiraaaa
tapi sikit je sebab dah tolak yuran kan.hampas.

facebook : got 207 waiting friend requests.saje je nak bagitau.nak menunjuk-nunjuk.owh yes.im saving you from saying it.haha

hobi terbaru : semakin hari semakin menggilai drama korea.sampai bapak aku pun saspek.haha
aku pun tak paham jugak.mungkin sebab hero yang hensem.hoho
sampai aku pun dah berkira-kira untuk tukar default name FB from Sarah Honey to Noona Sarahoney,which means, kak sarahoney.haha
geli je kan?

blogspot : semakin jarang update due to semakin jarang mengadap laptop untuk on9.lagi suke memencilkan diri dalam bilik.

familylove : adik botakku diserang lelah.takpe bibeh,tunggu kakakmu yang comel ni balik kita perang lelah bersama-sama okayy?

Bee Eff Eff : diha call aku,nangis-nangis.ingatkan kenapa.rupanya nak bagitau memory card dia bermasalah.owh diha.kenapa kau sangat lawak?haha

lagi mahu aku tulis ape?

till then,i love you orang-orang kesayanganku!

Friday, December 31, 2010

perutusan tahun baru 2011.ini bukan dari kata-kata PM.jangan tertipu dengan tajuk.ia cuma Azam Tahun Baru Sarah Honey.hehe


sepatutnya azam tahun baru dibuat mengikut kalendar ISLAM tapi saya terlambat dan buat mengikut kalendar bukan ISLAM tapi takpelah apa yang penting sila jangan jawab kerjasama okay kembali balik semula apa yang penting saya kena berusaha untuk memastikan azam tahun baru 2011 ni tercapai.

peh,penat kot baca satu ayat tanpa titik mahupun koma.tanpa membuang masa mari kita teruskan agenda kita pada malam ini.ini adalah azam tahun baru saya.

1. lose weight. jangan gelakkan aku lah aku tahu aku gemuk *kuciwakuciwa*
ah aku pun dah naik bosan dengan azam yang ni.tiap tahun pun berazam benda yang sama.tapi takpe.aku akan tetap berusaha tanpa perlu menghabiskan duit PTPTN ke London Weight Management.

2. menjadi anak yang patuh dan anak favourite kepada encik bapak dan puan emak kita.

3. saya nak dekan jugak untuk semester ni! saya nak! saya nak! saya nak jugak!

4. menjaga laptop tersayang dengan penuh kaseh dan sayang supaya beliau tidak masuk hospital lagi.

5. buang terus sifat suka bertangguh. bila dapat assignment,aku nak terus buat supaya nanti tak menggila tanpa mengira waktu bila lecturer dah mintak.

6. aku nak jana pendapatan melalui Nuffang tersayang memandangkan encik bapak dan puan emak tidak membenarkan aku buat part-time.

7. menabung dengan bersungguh-sungguh supaya akhir semester, poket aku tetap berisi duit yang banyak.

8. menaiktaraf pemikiran sendiri supaya aku tidak lagi berfikir macam kanak-kanak tak matang dan belum baligh.

9. meningkatkan kesihatan supaya aku tidak lagi bergantung hidup pada encik Ventholin.

10. perbaiki ibadah sendiri. sembahyang mesti mahu cukup dan tak miss baca Yassin tiap-tiap malam lagi dah.

11. mahu menjaga rambut dengan sebaiknya agar ia tidak busuk hapak kering dan berdawai.

12. saya nak buat lesen nanti cuti semester 2 ni.nak jugak! nak jugak!

13. eh? eh? tiba-tiba cakap saya.okayy tukar balik. aku nak buat part-time nanti cuti semester 2 ni.

14. teruskan berblogging supaya nanti musuh-musuh a.k.a stalker tegar aku tak boring tengok blog aku yang berdebu dalam suci.eh? suci dalam debu la.

15. saya nak belajar memasak. meskipun cita-cita saya adalah berkahwin dengan lelaki hot yang pandai masak, tai takpelah. encik bapak dan puan emak mesti tumpang suka bila anaknya pandai masak.haha

16. rancang tidur dengan baik dan mencukupi. bukan perjalanan je kena rancang okayy. takde terkurang takde terlebih.

17. encik bapak mahukan tahun baru saya ni tanpa gangguan dari boyfren.mampukah saya?

18. saya nak kurangkan rabun supaya nanti bila dalam kelas saya tak perlu terkapai-kapai mencari spek mata dalam beg.

19. famous blogger.ini adalah harapan baru saya untuk tahun ni.betul.

20. selain itu (okay ayat karangan pengajian am bahagian A) saya juga berazam untuk tidak melakukan perkara laknat yang bisa menjatuhkan maruah saya, agama dan ibu bapa.

21. menjadi manusia yang berdikari dan boleh hidop sendiri.

setakat ni itu saje azam aku untuk tahun baru yang penuh makna ni.
korang korang dan korang,doakan semoga aku mencapai segala ape yang aku azamkan yer?
terima kaseyyy!

p/s: 1/1/2011 jugak ialah hari jadi my mum.bakal buat entry khas untuk beliau.nantikan!
(makcik stalker tersayang,mesti kau suka ni.haha)

Thursday, December 30, 2010

farewell 2010


assalamualaikum semua.
pergh macam dah lama siot tak blogging-blogging ni.
bercuti rehat kejap.ngee~

esok dah masuk tahun baru.
tahun aku yang 2010 ni,banyak yang amat peristiwa-peristiwa besar berlaku dalam hidup aku.mari kita saksikan sinopsisnya.ahakz

JANUARI-MEI
~ lepas STPM aku kerja. as a proud, gojas and very hardworking cleaner. ape?taknak caya? hina sangat ke cleaner? ha? ha? ha? hahahaha.. pengalaman pertama aku kerja kot..suka yang amat sebab lemak-lemak banyak terhapus time nih. then aku sibuk dengan urusan nak MEDSI dan temuduga pendidikan..

JUN
~ alhamdulillah aku dapat tempat dekat UPSI.. then sesi menghabiskan duit-duit gaji la kan. turut berlangsung sesi bersama kawan-kawan sekolah lama dan sesi dating dengan gundik-gundik.

JULAI
~ daftar masuk UPSI. excited? gembira? sedih? semua ada lah. yang penting,masuk sini memang dah agak merubah hidup aku jugak la... but still,masih mai-main.

OGOS-NOVEMBER
~ berpuasa jaoh dari keluarga.agak menyedihkan. then agak menggila dengan assignment.biasala.budak STPM kan,mana biasa dengan assignment semua ni.kerja sekolah tahu la. then,final. masih main-main.

DISEMBER
~ cuti semester 1,result dah keluar. tak okay sebab tak dapat dekan macam orang lain. poket yang agak kempis sebab takde hasil. percintaan? sarah honey tak pernah lulus dengan warna terbang (flying colors).

well, its time to say goodbye, 2010.
tahun yang bermakna buat aku dan mereka juga.
a ton of secrets.
a ton of happiness.

btw,hello 2011.
and grades,get well soon so that aku boleh lulus dengan warna terbang.
life, please be nice.

Thursday, December 23, 2010

20 ciri-ciri lelaki hot

walaupun aku sedar diri bahawa aku bukan perempuan hot untuk layak menulis tentang ciri-ciri lelaki hot,ahhh tak kira aku nak tulis jugak.

1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.


2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.


3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)


4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)


5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu


6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)


7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.


8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe


9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.


10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!


okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha

sila terjah kat sini yer CIRI PEREMPUAN HOT DI MATA ENCIK APIH EL NINO

Sunday, December 19, 2010

objectless, randomness


hari ni,aku berblogging kembali setelah berapa hari aku bercuti.bukan apa.aku malas la.then,padan muka aku.traffic pun dah menurun,pageviews tak sampai 100.hahaha

sebenarnya sebenarnya aku sayang nak tulis entry baru.sebab aku takot entry kat bawah-bawah ni teralih ke older pages.ala,entry pasal ENCIK B.A ni lah! hampess betol aku ni kan?hahaha..so aku akan pencen seketika dari buat 30 days blogging challenge.

hari ni aku kembali dengan semangat baru.(sambil buat muka perasan semangat)

aku sedang finish-ing baca blog MARIA ELENA.pergh dia memang best ah! dia boleh tulis apa sahaja yang dia mahu.cool heh?tak macam aku,tak boleh tulis merapu meraban.sebab i ada stalker tua dan muda.seriously i tell you,STALKER.bukan nak perasan ke apa.tapi betol lah.owh makcik-makcik dan pakcik-pakcik,when will you set me free? suka sangat nak tengok aku tak jadi manusia kan? ciss bedebah i tak suka!

aku tengah tunggu beg MISSTEENS sampai rumah ni.awwwww

till then.adik kesayangan dah bangkit dari tidur.need to layan dia talking crap.haha

muahhh3 i sayang u oll.mak bapak,adik beradik,sedara mara,BFF,BF,ex-BF,kawan-kawan,readers,semua sekali i sayang.i cuma tak sayang you-you je,stalkers cabukk! lepas ni bolehla tulis status baru kat FB pulak ya,dammit!

haha okay dah-dah mencarut.betul-betul nak bye ni.

p/s: berterima-kaseh kpd cik FATIN ZOL untuk entry beliau yang maseh ingat pada aku.aku sayanggg ko aten,always and forever!

p/s 2: yes,i broke up with bear.don't worry bout me.im chill.

Tuesday, December 14, 2010

proses penyambungan jari

lagi entry pasal jari.malam ni korang disajikan dengan jari je yer?
kenyang dengan jari.yuksss!











taraaaaa! hebat kan? jari tersambung pergh!
(mak geli nokk.korang layankan jela)
haha

Wednesday, December 8, 2010

Day 11 - Another picture of you and your friends



yang ni aku bersama BFF nombor satu and BFF nombor 2.
Diha and Aieyn

gambar ni sehari sebelum aku berangkat pergi UPSI.
family aku buat makan-makan la sikit kat rumah.
tanx untuk mak saya yang susah-susah masak.
tanx untuk korang berdua yang sudi datang makan and jumpa aku buat kali terakhir sebelum aku gi perak darul takbest.haha
love both of you lah!

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

aku excited kot nak buat task hari ke-10 ni!
tengok muka aku,aku senyum nih!
teruja punya pasal.hehe

jom lah kita strettt to der pointt!

WHEN I’M HAPPY
1. Happy- Mocca
2. Teenage Dream- Katy Perry
3. Your Love is My Drug – Ke$ha
4. Whistle For The Choir- The Fratellis
5. Hey Soul Sister- versi Alyysa Bernal

WHEN I’M SAD
1. Look What You've Done- Jet
2. Kiss The Rain- Yiruma
3. Love The Way You Lie- Eminem ft Rihanna
4. semua lagu-lagu Maher Zain

WHEN I’M BORED
aku layan semua video lagu bila aku boring!

WHEN I’M HYPED
1. Long Before Rock n Roll- Mando Diao
2. You Can't Steal My Love- Mando Diao
3. Like It’s Her Birthday- Good Charlotte.

WHEN I’M MAD
aku tak menyempat nak dengar lagu lah bila time aku marah ni.rasa nak pergi pukul orang je.haha

tadi teruja sangat.bila dah habis.hilang dah ke-teruja-an tadi.haha

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days

apa yer?ada banyak kot tapi semuanya macam lame things.
takpelah.tulis jela kan?

1. saya buat cuppies yang kelima.agak bangga bila my fav litle sister asyik ulang alik ke dapur bukak peti sejuk untuk merembat cuppies yang ada.tak sampai 2 hari,cuppies yang dalam peti ais dan dalam tupperware dah licin! terima kaseh untuk ahli keluarga saya yang support kek saya buat.gembira dan bangga! ngeeeee~~

2. saya bangun awal pada pagi ni dan bapak saya upah nasik kerabu ayam plus milo ais!

3. saya belum habis fikir la!

sekian dulu untuk kali ini.sekian terima kaseh. -_-

Tuesday, December 7, 2010

cara tingkatkan keyakinan diri


assalamualaikum dan salam subuh semua!

hari ni aku belum tidur.dan aku berasa hebat serta merta.haha
okay jom aku nak share cara tingkatkan keyakinan diri,cara aku.

1. rabun
~ aku tak suruh korang merabunkan mata yang tak rabun tuh ya.jangan silap faham.okay stret to de point! okay rabun yang aku alami ni aku anggap macam kelebihan dan bukan kekurangan bagi aku.aku cuma pakai glasses time dalam kelas je.dulu aku selalu join pertandingan pidato dan blablabla kat depan orang ramai.aku boleh berdiri atas pentas untuk buat speech tanpa ada rasa nervous walau sikit pun *tepuk-tepuk*. sebenarnya aku bukan berani sangat pun. aku kan tak nampak audience yang tengah menonton aku so masalah seperti konflik hubungan mata and whatsoever tuh takkan berlaku la.sebabnya,perasaan malu or segan berada di depan khalayak ni cuma timbul bila kita takut orang pikir bukan-bukan dan pandang rendah kat kita. pendapat aku lah.

2. puji diri sendiri di dalam hati
~ tanamkan dalam hati bahaa kita lebih hebat dan bagus daripada orang lain. bukan niat untuk bongkak atau riak tetapi untuk latih diri sendiri rasa lebih yakin dan bersemangat untuk buat apa jua dengan berjaya! *aww semangatnya saya menaip*

3. pakaian
~ aku kurang gemar bermain warna ketika berpakaian.contohnya warna kuning.sebab aku rase aku nampak pelik dalam cermin. maka aku buat andaian bahawa orang pun akan tengok aku pelik.tips aku senang je.pakai baju yang korangg rase buat korang nampak elegan,kemas dan paling penting selesa.
contoh kalau pakai baju singkat,bila lalu tempat ramai orang or audien yang kurang sesuai contoh kat kampus,agak-agak camne ye.asyik nk tarik2 je.pastuh mula la gelisah semacam.okay,pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya,uhh nasih baik aku pakai baju kurung je pergi kelas.hehe..lagi 1,ini agak bongek dan lame serta pathetic.iaitu pkai bju yg agak mahal dan original.walaupun orang tak tanya kita berape harga,kita tetap akan rase yakin untuk melangkah.hua3..

okay.ini cara aku.cara korang pulak?

p/s: tips yang berguna untuk tingkatkan keyakinan. sila tengok di SINI!

Day 08 - Short term goals for this month and why

saya ingat nak skip saje task hari kelapan ni.membosankan je.haha

takpelah.buat jelah alang-alang kan.

1. saya nak habiskan segala barang-barang buat kek yang melambak dan menyemak kat dalam kabinet dapur tuh. mak dan bapak saya dah bising,beli barang buat kek tapi buatnye tak! haha..saya akan pastikan orang dalam rumah saya bagai ular sawa kekenyangan apabila perut mereka disumbat-sumbat dengan kek buatan saya nanti.

2. saya nak ajak diha pergi makan RFC yang baru bukak kat Terengganu ni.saya dah lama bercita-cita nak makan kat RFC since sebelum ni RFC cuma ada cawangan kat Kedah je.saya berharap mak dan bapak saya bagi keizinan untuk saya pergi nanti.kesian dekat saya.Tanjung Malim cuma ada KFC yang lemak berkolestrol je.

3. saya nak tulis sebanyak mungkin entry sebagai entry-entry terakhir untuk tahun 2010 ni.mungkin target saya adalah 500 entries? sekarang baru ada 233 entries.ala,goals je.kalau tak tercapai tak dapat doa pun.hehe

4. menjadi seorang yang single dan tidak lagi available.boleh ke tak agak-agak?

5. tidak bergaduh dan bertekak dengan mak mahupun bapak saya selama saya berada di rumah untuk cuti semester kali ini.

cukuplah dulu 5.haha

sekian.terima kaseh kerana sudi membaca.

aku dan cupcake yang kelima!

hello people! aku menaip lagi! ngeee~
petand tadi kan wakk..saya kan...
tetiba datang rajin.bukan rajin sebenarnya.tapi puan emak saya suruh saya buatkan cupcake untuk beliau.

yelah.sejak saya melanjutkan pelajran nun jauh di sana (ayat tak leh belah.sila muntah sekarang~), rumah saya dah lama tak berbau harum kek.
maka saya,sarah honey,sebagai anak yang taat kepada emak saya yang cantik,telah mengabdikan diri di dapur selama lebih kurang 2 jam kot.
jomlah tengok gambar.haha


okay adik-adik,ini sebelum bahan-bahan kek diadun yer.



manakala ini adalah rupa kek sebelum disolek.sebab lama tak buat,rupa kek agak hancusss dengan permukaan kek yang berkawah macam bulan.aaaahhhh mak kecewa nokkk!



walaupun tak nampak mata,tetap jugak nak apelod! haha



gambar gedik tak nak kalah! ngeh3



adik aku~ peminat setia cupcake aku nih! haha



dan ini lah dia wajah-wajah ceria cupcake aku yang tak sebeberapa.alah biarla.bukan nak jual kat kedai pun.buat cantik-cantik nanti jadi tahi jugak.haha~

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you



assalamualaikum!!!
ni haa...gambar untuk task hari ketujuh.
tapi ada explanation yer sikit.
orang yang memberi impak paling besar dalam hidup aku adalah emak dan bapak kepada 3 orang kanak-kanak dalam gambar ni.

disebabkan gambar mereka teramatlah mahal untu ditontonkan kepada umum,maka saya gantikan dengan gambar anak-anak mereka lah.boleh?
haha

lagipun,bak kata INCIK EMAN,aku tk nak cakap bayak pasal kedua orang tua aku sebab nk simpan untuk cabaran hari ke-24

yeahhhhh!

Monday, December 6, 2010

subuh sebenarnya jam berapa? kenapa pukul 4 pagi orang dah azan ni?

jam laptop aku tepat menunjukkan pukul 3:58 am.
aku tak tido lagi (yer aku tahu aku hebat)
aku lepak kat ruang tamu bertemankan umi dan adik bongsu aku dalam buaian ni,tengah syok bantai tidur.

aku agak terkezut wa cakap lu.
azan berkumandang sekarang nih!
aku panik.
jam laptop aku salah ke?
aku tengok jam dinding rumah aku.ehh,sama jugak.
aku bukak Salaat Time yang bapak aku install kat aku hari tuh.
ada lebih kurang 1 jam 45 minit 30 saat sebelum masuk waktu subuh ni.

ada yang tak kena ke?
aku jadi panik.kenapa permulaan hari ni aku rasa pelik?
owh berdebarnya aku~~~~~
ni tengah pikir,nak semayang ke tak ni.

p/s: panjangkan tajuk entry aku?sengaja je.haha