sayang sayang saya :')

Monday, August 8, 2011

5 harapan palsu di bulan Ramadhan


Ramadhan kali ni aku untung sangat sangat sebab ada kat rumah dan berpuasa sebulan kat rumah. okay, tolak la 7 hari. tak macam tahun lepas punya Ramadhan, puasa nun jaoh dari rumah. sedih okay, kafe makanan tak sedap lepas tuh kedai makan yang diyakini pulak asyik fully booked je. lepas tuh kalau lewat balik kelas, tak sempat la nak beli makanan kat bazar. eh eh berbalik kepada tajuk.

harapan-harapan palsu ni bukan baru je wujud tapi dah lama dah, sejak aku kecik dan dan pandai puasa dan cuma baru hari ni ada kesedaran diri untuk tulis.

harapan-harapan palsu tersebut adalah;


1. dapat seteguk air sebelum waktu berbuka : sebagai kakak sulung dan ada ramai adik-adik kecik, aku selalu je buat susu untuk adik-adik aku. ketika buat air susu tu, aku berharap aku lupa yang aku ni tengah puasa lalu boleh minum sikit susu tuh. haha euw euw. tapi hampeh je sebab tak pernah-pernah aku dapat peluang sedemikian.


2. dapat kunyah sesuatu sebelum waktu berbuka : yang ni lebih kurang je dengan yang atas tu. bila adik balik dari nursery selalu umi belikan jajan takpun biskut. selalu aku main suap suap la kan konon nak manje ptuiiiii! harapan aku adalah aku lupa aku sedang berpuasa dan terus nganga mulut lagi dan lagi minta di suap biskut terbabit. namun harapan hanya tinggal harapan bila aku ingat balik yang aku tengah puasa.


3. dipelawa bapa untuk ke bazar Ramadhan setiap hari : harapan sebegini kadang kadang tak palsu, tapi selalu palsu je nak nak pulak time ABC. tahu ABC? Allah Bagi Cuti (haha, okay okay this is lame). tiap tiap jam 6 petang atau lebey-lebey, mesti berharap bapa akan buat dialog sebegini ' along siap cepat, ikot bapa bapak ke bazar Ramadhan sekarang!'


4. turun berat badan : kalau tak turun banyak, turun sikit pun jadi la. setiap tahun inilah harapan saya. dan setiap tahun jugak ianya menjadi harapan palsu. bulan ni belum timbang lagi tapi aku dapat instinct bahawa berat aku semakin bertambah. yes aku betol betol merasakannya. owh why baby why? sob3


5. khatam al-Quran : harapan yang ni aku harap tak menjadi palsu la Ramadhan tahun ni. setakat ni baru je habis 1 juzuk (-_-) agak-agak sempat ke tak eh nak khatam ni? haraplah harapan aku yang satu ni tak jadi palsu macam harapan-harapan lain.