sayang sayang saya :')

Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Friday, July 22, 2011

cara dan tips nak putuskan persahabatan


zaman sekarang bukan senang nak cari sahabat yang betol betol sahabat. yang bila dia gelak gedik gedik, korang takde nak meluat langsung. bila korang terpaksa pindah ke tempat belajar baru, terasa sangat kehilangan sahabat yang satu tuh. ehh intro ape ni tak sedap langsung lah. mari kita straight to the point baybeyhhh!



1. cubalah jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri

katakanlah korang tengah bersahabat baik punya dengan BFF korang ni. situasi di sini adalah BFF berlainan jantina yer. korang tahu korang akan mempertaruhkan persahabatan korang tuh demi cinta. persahabatan boleh putus bilamana korang kena reject selepas sesi luahan perasaan, ataupun sekiranya korang diterima tapi hubungan hanya berlangsung sekerat jalan. sob3



2. merampas awek atau boypren sahabat sendiri

setengah orang pikir yang kawan adalah much much penting daripada awek or boypren ni. bergantung lah kan nak pentingkan dorang macam mana ikot korang punya suka aku tak peduli lah. ada setengah orang ni sanggup membelakangkan brotherhood or sisterhood yang terbina bertahun tahun demi seorang awek or boypren. sungguh tak cool. putuskan persahabatan kerana itu. -_-



3. tunjuk perangai tak comel korang kepada sahabat korang itu


yang ni paling senang aku tak tulis pun mesti korang dah tahu. cara dia senang je. tiap tiap hari korang boleh cakap besar depan dia. bila korang bawak kereta mewah yang parent punya ke sekolah/kolej, korang boleh berlagak kaw kaw dengan kawan kau tuh. nak lagi comel korang boleh laga laga kan antara kawan korang yang nama Jemah dengan Jenab contoh korang bleh cakap kat Jemah, 'Jemah kau tau tak Jenab cakap kau tak lawa pun kalau jumpe depan depan. dalam FB bukan main lawa. edit kaw kaw letttewwww'. padahal kau tak tahu Jemah dan Jenab dah tahu perangai manis kau tuh. haha



4. kejarlah dan pentingkanlah pangkat serta kedudukan sosial

yang ni biasanya kaum lelaki lelaki je yang alami ni. guys biasala.. bila dia ada kedudukan sikit, ada nama sikit, jadi leader untuk certain group macam Alagapas Motor Club ke, Adabi Honda Gang ke, dia akan jadi macam kerek lah sikit kan dan secara tak langsung akan merenggangkan persahabatan dengan sahabat sahabat lama yang tidak se-Alagapas mahupun se-Adabi tersebut. kan kan kan.



5. ignore dia terus


cara yang paling senang. tunjuk jelah kat depan muka sahabat yang anda nak sangat putus tuh directly. bila nak pegi cafe, jangan ajak dia pegi sama sama. bila nak ke kelas, tak payah tunggu macam biasa. bila dia datang post something kat wall kita, kita jangan layan dia sorang je tapi orang lain kita layan. maka kalau dia reti bahasa, dia boleh paham la yang kita tak suka ada kawan macam dia dan awak awak dan awak boleh angkat kaki. sekian



p/s : psiko-problemoo akibat diganggu ex bf. blahhh la wey. blahhh. bagitaw kat bapak kita kangg. hurm. solution anyone? :|

Wednesday, May 4, 2011

saya bukan menulis tentang osama laden yer. bukan juga tentang harga minyak yang dah naik lagi.

assalamualaikum semua!
perghhhh dah 4 mingu aku tak update blog!
konon-konon ah aku bizi sesangat kan? padahal tak ponnn.. dah kering idea nak tulis lagipun korang bukan nak baca blog aku ni haa.. >_<
so sebagai balasan (tetibe?) saya sediakan entry panjangggggg untuk korang yang rindu-rindu kat nyah. perasan kot?

owh sebelum terlupa aku dah balik terengganu negeriku~~
final exam dah habis dan KBYE! kepada semester dua!
aku sukeeee~~~
final dah settle, result tak tahu lah ape cerita.
carrymarks pun so-so je. tak meletop macam HZ punya. hee

aku dah tak berjumpa rumah almost 3 months dan aku tak sangka adik-adik cenonetku yang bertiga ni dah membesar dengan mendadak.
susu apekah yang mereka minum? beras apekah yang puan emak aku tanak? atau mungkin jenama apakah cikedis yang dorang telan? aku pun tak tahu lah.. -_-

perubahan mendadak tersebut lagi ketara kelihatan kat adik aku Soefya a.k.a Coya nih.


dia tak nak pergi taska pagi-pagi dan bagi juta juta alasan yang lawak gile utk ngelat dari kena pegi taska. bila aku tanya, dia jawab 'sebab takot along balik'
means, dia takot aku tinggalkan dia lagi dan balik kolej semula.
sob3 terharu jelah kan? then bila dia stay kat rumah, ngadap youtube jelah kejenya. bila bosan mulalah nak kacau aku dengan soalan sama yang juta juta kali jugak dia tanya; 'along bila nak buat kek? along pandai tak buat kek? (padahal yer2 dia tahu aku pandai)
rindu nak makan kek aku buat lah tu. haha

all in all, Coya dan Harith ni banyak gile terkena penangan filem Hantu Kak Limah Balik Umah tu. dan lagi satu Ngangkung tuh. -_-
sabor jelaaa.. huhuhu

owh yer. aku nak buat part-time la selama 4 bulan cuti sem nih. aku siap buat status mencapub lagi kat fb yang berbunyi begini;
wahai majikan sekitar terengganu ini, sila tawarkan saya keje sambilan dgn gaji yg sedap pliz. saya nak keje 4 bulan je pun. saya punya banyak kemahiran. rugi tau tak amik sy bekerja. haha. sekian terima kassey. kbye!
tapi hampeh je. orang komen melalut. takde bagi idea bernas langsung! huhu
aku perlukan wang dong. ambil aku bekerja plis! gaji nak mahal. saya ada spm tauuuu.. ngeee~ kbye!

ehh ada lagi.aku dah cakap entry aku ni panjang kan. hee
aku nak jumpa gundik-gundik sekalian. rindu gilooo kat kamu-kamu Tuan Noor Nadiha dan Ain Nia Aman. aku tahu korang pun rindu gilooo gak kat aku sebab tuh la tiap-tiap hari text and stalk fb aku kan kan kan? haha
nanti kayh kita ketemu. velanje saya veli makanan voleh? (sek mu pitis vanyok kan. haha). bawak aku jumpa Encik Pantai dan Pakcik Mydin pujaan hati kita bertiga. tapi pliz lah saya taknak makan kepsi dah. bohsangggg! ;P



ni aku nak mengadu nasib ni. talipon cabuk aku kan, dia rosak.. sedih aku. dahla rosak 2 minggu sebelum final exam hari tuh. geram i. dia tak tahu ke saya ada darah cina tau. huhh~~
nasib baik la ada kawan yang baik hati nak pinjamkan talipon dia kat aku. terima kassey yan. ko baik cantik menawan pandai bijak pakai spek mata tinggi memang perghhh la! huhu.. sekarang merempat menagih simpati pinjam talipon encik bapak lah pulak. owh talipon pinjam, pliz be good to me sayang. hoho

ni lagi satu nak mengadu nasib. saya dah gain weight 5 kilosssss berbanding semester lepas you ollsss. sob3
saborrr jelaa.. benci mak. mak benci macam ni nokss..
mak kecewa dengan diri sendiri. mak tak salahkan cermin. mak tahu cermin tak menipu.
mak sedih. mak tak tahu nak cakap apa dah. =="

okay ini perenggan last dah. bagus kan aku? boldkan topic sentence bagi setiap perenggan. jadahnye? hoi sarah ko ingat ni nak buat karangan muet ke ape?
sob2 sedih dengan diri sendiri.dah tak berapa nak centre dah.
kbye!

Thursday, January 13, 2011

senarai terima kaseh saya untuk bulan ini.mungkin ada untuk bulan depan?mungkin tidak?


TERIMA KASEH YA ALLAH.
sebab masih panjangkan umur saya.alhamdulillah~

TERIMA KASEH ayah saya.
sebab selalu mesej saya tanpa mengira masa.bapak,pakai lah upax jugak.boleh saya add dalam list 8pax.owh saya lupa bapak dah overage.haha

TERIMA KASEH emak saya.
kerana selalu mendoakan kesejahteraan saya.dan juga doakan saya murah rezeki.ya,murah walaupun duit kempis je dalam purse tu.masih boleh mengisi perut.

TERIMA KASEH pakcik driver bas.
kerana bawak saya dan student lain dengan penuh hati-hati,walaupun ada pakcik yang tak pernah balas 'sama-sama' owh mungkin pakcik penat.

TERIMA KASEH ex saya.
sebab buat saya lebih kenal siapa awak yang sebenar-benarnya.(owh,begini mulut awak yer?)

TERIMA KASEH awak.
sebab kacau saya sokmo(selalu)dan bikin saya sengih sokmo(selalu).

TERIMA KASEH abang gagos(gagah) saya.
sebab selalu membangangkan diri dan bikin saya bangang juga.haha

TERIMA KASEH classmate saya yg baik.
sebab selalu tunggu saya depan lif walaupun saya lewat.dan masih boleh tersenyum selepas itu.

TERIMA KASEH roomate saya yang kurus.
sebab kejutkan saya sembahyang subuh kalau tak saya kena selimut dengan kulit babi dah.

TERIMA KASEH classmate saya yang lain.
sebab sudi rindukan saya.terasa diriku begitu berharga.

TERIMA KASEH telefon saya.
sebab masih sudi bersama saya walaupun selalu buat saya geram bila taknak masuk charger.

TERIMA KASEH kawan PLKN saya yang hebat.
awak memang terbaek sebab kenal saya seadanya saya.

TERIMA KASEH laptop saya yang comel.
sebab sudi teman saya yang selalu kesunyian.awak akan nampak lebih comel bila awak kekal dengan keadaan awak sekarang ni.

TERIMA KASEH kolej kediaman saya.
sebab buat hari minggu saya ni meriah gila.sampai kan saya tak boleh sembah tuhan saya dengan tenang sebab terpaksa dengar speaker jerit-jerit lagu I Got The Feeling.

TERIMA KASEH PTPTN.
saya benci awak.awak lambat masuk dalam akaun saya.saya benci awak.kalau ikot hati saya,nak je saya lupakan awak.tapi saya terpaksa.dan saya redha sahaja.

=_=

Wednesday, December 8, 2010

Day 11 - Another picture of you and your friends



yang ni aku bersama BFF nombor satu and BFF nombor 2.
Diha and Aieyn

gambar ni sehari sebelum aku berangkat pergi UPSI.
family aku buat makan-makan la sikit kat rumah.
tanx untuk mak saya yang susah-susah masak.
tanx untuk korang berdua yang sudi datang makan and jumpa aku buat kali terakhir sebelum aku gi perak darul takbest.haha
love both of you lah!

Monday, November 29, 2010

happy bornday,encik boyfren!


encik boyfren.
sweet moonbeam.pillow.bedtime stories.
1st thought in da a.m. and da last of every nite.
gossip partner(part-time only :p)
my butterscotch who always keep me full.haha
my shrink-monster.
my future-hubby(insyaallah)
my yogurt drink.
(oops! why do they all have to be food-nick?haha)


hari ini genap 20 tahun kamu dilahirkan oleh puan ibu.
aku doakan yang terbaek untuk kamu didunia juga di akhirat.
semoga kamu dapat skor yang terbaek untuk exam(saya juga!)
semoga semoga semoga segala cita-cita tercapai.
juga,semoga jodoh berkekalan. awww3 :p

(rumate saya cakap,saya curang mesej ngan lelaki lain di hadapan bear! haha)

antara aku,megi tomyam dan dotdotdot

baru lepas gayut ngan BFF aku,si diha.
dia dah selamat setel mendaftar kat POLISAS.
then mintak diri untuk blah,eskot parent dia pulang.
maka berlakulah adegan air mata mereka beberapa beranak.
huhu! pasni aku nak nganjengg sepuas-puasnya! haha
(suddenly,rindu sama makhluk ini!)

selamat menyesuaikan diri kat tempat baru!

aku lapar.bangkit tidur agak lewat membuatkan aku malas-gila-nak-mati untuk turun cafe and tapau makanan balik bilik.
aku paksa diri untuk rajin.
rebus air guna kayu api lebihan semalam.
nasib baik la aku ada simpan kayu api yang aku pungut kat ladang kelapa sawit tuh semalam.
lau tak,tak berasap a dapur aku arini.
(jangan percaya,dusta semata-mata)

okay.sekin dulu untuk entry ini.
terima kaseh kerana sudi membaca,
ahakz!

Thursday, November 25, 2010

selamat hari beranak,BFFs kesayangan!


tuan noor naDIHA binti tuan ngah
my partner-in-crime.
my best-best-best-girlfriend.
my sugar plum.
my pillow-partner.
my driver to anywhere on earth.
my cocaine.
my gossip girl.
my forever n hereafter BFF.
one and only.

~babe,happy birth-birth-birthday!
lambat sungguh nak tua yer?haha
wishing u da best of luck.
may GOD bless u,always..

kita tak amik masa yang lama pun untuk get to know each other kan?
everything yang ada dalam hati dan kepala ko,dah terkeluar ikot mulut aku dah.
we got that so-called-chemistry.
wherever i go,u're the only BFF i need.
wherever u go,please let me stay in ur deep heart.
i love you lah si comel yang bongek!
muah3 kat suis air-cond! haha

..............................................

amik kesempatan ini untuk wish birthday kat my super-new friend,encik someone.
***
hoping for the better YOU,someday.
tanx for those lullabies!
will keep it safe in my heart,until when-when

26 november.can u stay?

just another entry-sakit-jiwa from me.
taknak view pun takpe.


26 november.jangan pergi boleh?

nanti aku bosan.

dah takde pengacau tegar.

kang aku rindu sape susah?

aaahhhh

bencinye.

kenapa perlu aku rasa ini?

shuhhhh3 perasaan yang salah.

sila main jauh-jauh.

Wednesday, November 10, 2010

the times we've shared

a day wif BFF
hang out.
gossip girls.
photographs.
celebrating birthdays.
laughter.
happy.
flashback.
lame.
enjoy.
joyful moments together.
a BIG BIG BIG tanx.
tanx dad for giving me da permission ^~^




Friday, October 8, 2010

sahabat.BFF.BFF yg betol2 BFF.

duduk kat sini xbest.
aku rindukan cara persahabatan macam yang dulu.
rindukan layanan kawan yang dulu.
macam kawan2 skolah bukit jawa.
kawan2 skolah padang midin.
xlupa kawan2 skolah ss.
rindu semua tuh..

juga rindu pada BFF aku.
yg slalu ada untuk gosip dengan aku.
yang selalu ada bila aku ada masalah.
yg slalu ada untuk teman aku ke tandas time tengah2 malam.