sayang sayang saya :')
Friday, December 31, 2010
perutusan tahun baru 2011.ini bukan dari kata-kata PM.jangan tertipu dengan tajuk.ia cuma Azam Tahun Baru Sarah Honey.hehe
sepatutnya azam tahun baru dibuat mengikut kalendar ISLAM tapi saya terlambat dan buat mengikut kalendar bukan ISLAM tapi takpelah apa yang penting sila jangan jawab kerjasama okay kembali balik semula apa yang penting saya kena berusaha untuk memastikan azam tahun baru 2011 ni tercapai.
peh,penat kot baca satu ayat tanpa titik mahupun koma.tanpa membuang masa mari kita teruskan agenda kita pada malam ini.ini adalah azam tahun baru saya.
1. lose weight. jangan gelakkan aku lah aku tahu aku gemuk *kuciwakuciwa*
ah aku pun dah naik bosan dengan azam yang ni.tiap tahun pun berazam benda yang sama.tapi takpe.aku akan tetap berusaha tanpa perlu menghabiskan duit PTPTN ke London Weight Management.
2. menjadi anak yang patuh dan anak favourite kepada encik bapak dan puan emak kita.
3. saya nak dekan jugak untuk semester ni! saya nak! saya nak! saya nak jugak!
4. menjaga laptop tersayang dengan penuh kaseh dan sayang supaya beliau tidak masuk hospital lagi.
5. buang terus sifat suka bertangguh. bila dapat assignment,aku nak terus buat supaya nanti tak menggila tanpa mengira waktu bila lecturer dah mintak.
6. aku nak jana pendapatan melalui Nuffang tersayang memandangkan encik bapak dan puan emak tidak membenarkan aku buat part-time.
7. menabung dengan bersungguh-sungguh supaya akhir semester, poket aku tetap berisi duit yang banyak.
8. menaiktaraf pemikiran sendiri supaya aku tidak lagi berfikir macam kanak-kanak tak matang dan belum baligh.
9. meningkatkan kesihatan supaya aku tidak lagi bergantung hidup pada encik Ventholin.
10. perbaiki ibadah sendiri. sembahyang mesti mahu cukup dan tak miss baca Yassin tiap-tiap malam lagi dah.
11. mahu menjaga rambut dengan sebaiknya agar ia tidak busuk hapak kering dan berdawai.
12. saya nak buat lesen nanti cuti semester 2 ni.nak jugak! nak jugak!
13. eh? eh? tiba-tiba cakap saya.okayy tukar balik. aku nak buat part-time nanti cuti semester 2 ni.
14. teruskan berblogging supaya nanti musuh-musuh a.k.a stalker tegar aku tak boring tengok blog aku yang berdebu dalam suci.eh? suci dalam debu la.
15. saya nak belajar memasak. meskipun cita-cita saya adalah berkahwin dengan lelaki hot yang pandai masak, tai takpelah. encik bapak dan puan emak mesti tumpang suka bila anaknya pandai masak.haha
16. rancang tidur dengan baik dan mencukupi. bukan perjalanan je kena rancang okayy. takde terkurang takde terlebih.
17. encik bapak mahukan tahun baru saya ni tanpa gangguan dari boyfren.mampukah saya?
18. saya nak kurangkan rabun supaya nanti bila dalam kelas saya tak perlu terkapai-kapai mencari spek mata dalam beg.
19. famous blogger.ini adalah harapan baru saya untuk tahun ni.betul.
20. selain itu (okay ayat karangan pengajian am bahagian A) saya juga berazam untuk tidak melakukan perkara laknat yang bisa menjatuhkan maruah saya, agama dan ibu bapa.
21. menjadi manusia yang berdikari dan boleh hidop sendiri.
setakat ni itu saje azam aku untuk tahun baru yang penuh makna ni.
korang korang dan korang,doakan semoga aku mencapai segala ape yang aku azamkan yer?
terima kaseyyy!
p/s: 1/1/2011 jugak ialah hari jadi my mum.bakal buat entry khas untuk beliau.nantikan!
(makcik stalker tersayang,mesti kau suka ni.haha)