sayang sayang saya :')

Monday, August 15, 2011

10 ciri-ciri lelaki hot (part 2)

dulu aku dah pernah buat entry ciri-ciri lelaki hot part 1 yang similar dengan entry ni.

untuk kesekian kalinya, aku nak bagitau lagi yang ciri-ciri yang tersebut di bawah ini adalah BUKAN ciri-ciri yang WAJIB dimiliki oleh SESEORANG LELAKI tau. dan bukan jugak bermaksud aku NAK lelaki yang bercirikan SEMUA di bawah ni.


1. lelaki yang ganteng dengan baju Melayu mereka
~ pergh. bila aku tulis ni serta merta terbayangkan incik Ashraf Muslim. kenapakah? haha. tapi siriesli i tell you, guy akan kelihatan lagi hot bila mereka berbaju melayu. tak kisahlah leher cekak musang ke cekak kambing ke, janji baju melayu. heh, ape tak cukup hot ke lelaki Melayu kita ni?




2. lelaki yang kemas + pembersih + wangi
~ kemas merangkumi semua termasuklah pakaian, biliknya, meja belajar/kerja/etc, almari. pembersih ni maksudnya yang reti jaga kebersihan sendiri la. manakala yang wangi pulak adalah harus sebab kalau busuk sapa nak dekat kan? ewww apelah lelaki busuk dan hamis tak hot okay! tapi kalau baru balik main rugby ke, balik jog ke, baru balik main masak-masak kat rumah jiran ke, takpelah kot nak hapak sikit pun.



3. lelaki yang mulut tidak kurang ajar/ longkang
kurang ajar di sini bermaksud suka suka hati je nak mencarut depan kami kami dan yang nak maki makian dengan cara yang tak sepatutnya. yang cakap lepas ikot dia nak je. dah tak kisah dan perasaan kami kami gades berhati tisu ni. lelaki macam tu langsung tak hot. lelaki yang tidak seperti itu, kami gades-gades amat gemarkan anda sebab anda super duper hot!



4. lelaki yang pandai hormatkan orang lain
~ ada sesetengah lelaki ni(bukan semua). dia je nak orang hormat dia tapi dia tak reti pulak nak hormat orang lain. orang lain ni termasuklah ibu bapa, awek, tunang, bining (jika ada), majikan, cleaner, orang bawahan(jika dia bos), dan jugak sape-sape yang wujud sekitar dia lebih lebih lagi golongan warga emas. dah kau tak hormat orang, lagi nak demand suruh orang hormat kau. ingat hot sangat la buat macam tu? eww tak hot pownnnnn



5. lelaki yang mampu nasihatkan orang lain even dia sendiri tengah ada masalah
~ sape yang takde masalah ye dak? ada setengah orang ni bila dia ada masalah sendiri dia rasa dia taknak/tak mampu nak tolong setelkan masalah orang lain. means, dia HEBAT & HOT! sebab cool je handle masalah sendiri dan tolong pikirkan masalah orang lain jugak. contohnya macam bapak i, selalu je nasihatkan i itu ini walaupun beliau sendiri sedang ada masalah-i-dont-know-what. (yess encik bapak i know u're reading this :p)



6. lelaki yang pandai buat pastry
~ ohemjayy lelaki yang terer buat pastry macam kek ke, pie ke, memang awesome dan tersangat hot lah. kalau dulu aku pernah tulis yang lelaki pandai masak adalah hot maka kali ni aku merasakan lelaki yang terer baking-membaking ni juga hot! tak kisahlah dia bake ape pun kan janji bernama pastry, maka anda adalah hot. ;)



7. lelaki yang pandai pegang baby
~ lelaki seperti ini biasanya akan nampak penyayang dan ada ciri-ciri bapak misaleyhhh! the way he kendong the babies, the way he talk and mumble with the toddlers, semua tuh akan menampakkan ciri-ciri lelaki hot tiada tandingan lah i tell you. bayangkan, lelaki muka legend, tapi pegang baby tanpa rasa kekok dan baby tuh tak nangis pun. tambah pulak kalau sempoi je cucikan berak baby & mandikan baby. ahhh comel! and yeahh u guys hot!



8. intelligence, bukan owh-i-know-everything
~ berilmu, maknanya kalau kita sembang dengan dia pun, setiap yang dipertuturkan tuh ada kebaikan, ada manfaat untuk kita. kalau kita mintak pendapat, dia boleh kasi yang bernas-bernas. kira yang boleh pakai la. means tak selalu sembang kosong. kan ke hot macam tu? ni tak, lain yang kita tanya, yang kita maksudkan, lain pulak yang dia paham or jawab. tak ke tensi macam tu? yang tu satu hal. ada pulak sesetengah ni, dia tak tahu tapi taknak ngaku yang dia tak tahu, lepas tuh nak sembang berapi konon dia tahu. kalau orang terengganu cakap, WAT BIJOKKK! haha



9. lelaki yang confident
~ real men are confident. orang selalu konpius KONPIDEN dengan ANGKUH * self-centeredness. orang yang confident ni, bila dia melangkah je semua orang akan perasan dengan kehadiran dia. ececey. confident ni bermaksud dia yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang dia sendiri ada. dia tak payah susah susah nak jatuhkan orang lain in order to build themselves up. nak up diri sendiri tapi dalam masa yang sama jatuhkan orang. hot ke macam tu? (yakin dengan filem buatan sendiri mampu pecah panggung? bolehlaaa bolehlaa ==')



10. lelaki yang pandai simpan rahsia
~ ohmaigod lelaki macam ni memang la tak hot. orang dah elok elok pesan jangan kasi bocor itu rahsia, dia buat lupa macam tu je. padahal dah janji taknak bocor kat orang lain. tiba-tiba je ehhhh camane orang lain boleh tahu yer rahsia kita tuh? apa jenis perangai ni tak comel langsung! owh lelaki tak hot yang macam ni, mintak simpang lah! (p/s: tapi lelaki yang suka/pandai gosip dengan saya, kinda hot jugak! ;P )




sekian saja.

nota lutut :

1. jangan percaya 100% benda yang anda baca di internet. kerana kadang kadang itu semua tipu dan rekaan semata-mata. (entry ini tidak terkecuali :P)

2. td hosmet aku call,lepas tu text cakap suara aku manje. awww malu la aku lina.sebab tu aku tak reply! :P

3. tak baik doakan orang supaya cepat ke kuburan dan berbatu nesan bagai, moga panjang umur.

p/s: gambar ehsan Google dan Facebook