sayang sayang saya :')

Wednesday, June 29, 2011

aku rindukan tokwan

tokwan. dia nenek aku sebelah bapak kandung. nama dia Hajah Sarah Binti Haji Majid. nama sama je dengan aku kan. tokwan! tokwan! gimipai! gimipai! tokwan, perempuan yang paling rapat dengan hidup aku selepas umi. dulu aku pernah tinggal dengan tokwan. dari usia aku tadika sampai la aku darjah 4. tokwan aku pikir orang senang. kaya harta itu tidak tapi cukuplah sederhana. kaya budi dan hati itu pasti.

aku ingat lagi masa aku tadika. kawan-kawan yang lain takde pun bawak duit saku. tapi tokwan bagi aku 20sen or 5osen tiap tiap hari. generous kan tokwan aku? aku tak pernah belanja pun so tabung aku yang bentuk menara tabung haji kaler ijau putih tu akan penuh setiap bulan.

dulu ada kedai runcit kat sebelah rumah aku. tiap petang mesti tokwan bagi duit suh aku pergi beli apollo roka yang aku suke tuh. tak payah bodek banyak banyak. buat muka kesian je mesti terus dapat. huhu

tokwan aku dia ngajar budak budak kat kampung ngaji Quran. kat rumah mesti ada stok rotan panjang. saiz apa kau nak? seingat aku ada dua saiz disediakan. haha. pernah je dia rotan aku sebab tak sembahyang. padan muka aku wuwuwu.

tokwan aku suka bebenor hisap rokok daun. bila aku dan cucu cucu yang lain terpengaruh dengan iklan bahaya rokok ni nasihat kat tokwan macam ni, "tokwan bahaya hisap rokok,tuh yang batuk tak berenti tuh!". tokwan jawab balik "aku tak hisap pun batuk jugak, baik aku hisap je!" okay3 baiklah. -_-

i rindu i punya tokwan. :(

how sarcastic are you? (baca : eh kau sarkastik tak) LOL

sarcasm;
is “a sharp, bitter, or cutting expression or remark; a bitter jibe or tauntwhich Abdulrahman Anis cannot use properly ." Though irony is usually the immediate context,most authorities sharply distinguish sarcasm from irony;however, others argue that sarcasm may or often does involve irony or employs ambivalence.Sarcasm has been suggested as a possible bullying action in some circumstances.

kau paham apa yang aku copy paste dari wikipedia ni? aku tak paham pun. ape jela yang matsalleh ni tulis. saje copy konon nak bagi nampak cool je entry aku ni.LOL -_-

ape yang aku paham tentang sarkastik ni, adalah suatu pengucapan or kata kata yang maksud dia lain dengan apa yang diucapkan. macam sindir pedas pedas gitu. ayat boleh jadi tajam menikam kalbu atau ayat yang lembut halus tapi mencengkam jiwa. paham tak korang?

dan di bawah ni aku sajikan korang dengan dialog-dialog yang dipetik dari merata tempat rujukan dan juga hasil pengalaman sendiri. nikmatilah ia! :)

orang : kau ni mmg gila lembab apa pun tak boley!
kau : sorry aku tak biasa deal dengan orang-orang bodoh. cakap slow-slow sikit boleh?


orang : euu apa nak jadi la dengan minah tuh, gedik sial nak kat boyfren org!
kau : jadi la pape pun jangan jadi macam kau sudah. sibuk nak judge orang kan?


orang : awak caring dengan saya sikit boleh?
kau : saya bukan tak nak caring. mungkin awak kurang penting bagi saya kot?


orang : apelah dia pandang kat awek tu? aku lagi cun, aku lagi kaya.
kau : tapi kau miskin hati nak buat pe?


orang : blog haram jadahnya macam tuh? orang bodoh je baca!
kau : mana kau tahu blog dia blog haram jadah? kau pun bodoh jugak yer?


dan sebagainya...

bersarkastik ni seronok okay. ce korang try. nak nak bila berurusan dengan manusia keras kepala, yang suka cakap besar dan yang suka bangga bangga diri tak agak agak nih. till then, byebye! assalamualaikum :)


(sedang berusaha untuk bersarkastik :P)

baking the fifth and girlfriends.

last weekend aku buat cuppies (or should i call them muffins?) yang kelima i think. ke yang keenam? ahh mana mana pun boleh. hasil tak menggembirakan aku langsung sebab tak comel bila coklat dia kurang menjadi. tapi aku jadi gembira balik sebab tengok mereka mereka yang kosong tanpa coklat tuh smooth je. ouh btw kali ni aku try coklat yang colour purple. konon nak bajet dia jadi comel la. tapi hampeh. sebab bila masuk gambar, aku konpius dia colour purple ke, biru? -_-


mereka yang kosong tanpa sentuhan si coklate konpius


hai. saya la cuppies yang konfius tersebut. saya la tu!

perlukan resepi? kau google la nokss! senang je. HAHAHA

*****************************************************

semalam bukak folder gambar gambar sekalian. dan terjumpa ini.



dan ini bersama-sama,



i miss you guys so f***ing much.

(and hasni too,if you're reading this <3 )

wordless wednesday #1



aku dan yan. muka kena mekap baekkk punye dengan akak-akak senior time hari-mari-membuli-adik-adik-junior-kita. geram aku tapi gumbiraaa.

p/s: sape yang belum start buat wordless wednesday ni? let's get wordless everibadi!

Thursday, June 23, 2011

Aziz Hazmi dan pesanan pesanan penting.


aziz hazmi : yes, she caught my eye.

sarah hani : yes, he caught my eye.

sebenarnya aku tengah godek godek blogspot dan wordpress encik aziz hazmi, AH for short. sedap kot. macam makan kepsi. dia banyak menulis tentang life dia. eh bukan setakat menulis okayyy! dia buat vidiyo. dan dia adalah vlogger+blogger! bukan setakat tentang diri sendiri je, tentang mama dia yang sedang sakit kat rumah sakit. tentang hanis zalikha. and yang paling latest, tentang fatin liyana. ouh how noob i am. dah lama kot yang tentang fatin liyana ni. tapi apakan daya. aku kan noob. selalu jadi yang last untuk tahu isu apa-apa (melainkan gossip semasa dan kisah cinta bersama BFF saya). haha *kesian

AH ni sweet gila okay! nama panjang dia agak la panjang, Tengku Hazmi Taqiuddin Bin Tengku Ab Aziz. ah aku nak cari calon laki ada tengku tengku jugak la sebab nak bagi nama anak aku macam ni. tapi tak boleh la kalau AH jadi laki aku. eh, what the @#$^&!**!?

dalam banyak banyak entry dia yang dekat blogspot tuh, saya paling cinta entry ni UNTUNGLAH KALAU SAYA ADALAH LELAKI PILIHAN WANITA. comel je ko ni menulis kan AH? :')

ah tetiba rasa macam nak buat entry ciri ciri lelaki hot part 2. sebab AH comel sesangat. hahaha

jadi untuk noob noob yang noober than me (haha), yang belum kenal or pernah dengar tentang AH ni, marilah berkenalan dengan dia. dia tak sombong langsung, very humble. ouh dan dia hensem,tahu? *gatal miang* tak caya try la komen2 kat status fan page dia. okaylah aku nak sambung kerja kerja peng-godek-an kat blog dia ni. ni aku bagi link untuk korang ber-godek bersama sama.

blogspot dia : http://azizhazmipage.blogspot.com

wordpress dia : http://burgerdua.wordpress.com

FB fan page dia : http://www.facebook.com/azizhazmipages

p/s: bila kita tertekan dengan life kita, or kerja kita, or hidup kita, adalah sangat tidak patut untuk kita lepaskan beban atau tekanan kita terhadap orang lain terutamanya orang yang disayangi dan menyayangi kita. tak comel perangai macam tu.

p/s 2: saya gembira dan terharu dan lega bila ada blogger membalas email saya dan menjawab segala pertanyaan saya tersebut. terima kaseyy encik A.E.N! :')

Monday, June 13, 2011

kenapa saya sayanggg terengganu? part 2

eh tibe tibe ada part 2 kan? part 1 mana? haha. sebenarnya aku baru je terfikir nak buat cerita kenapa saya sayanggg terengganu ni tadi. jadi korang korang boleh la nak anggap entry aku yang ini sebagai kenapa saya sayanggg terengganu part 1 . hehe

maka malam ini saya nak menulis tentang PANTAI! sesuatu yang sangat sangat saya rindu bila saya berada di Tanjung Malim. ahh nyah malas lah nak taip banyak-banyak.


ini budak demam lepas mandi pantai



anje anje adik bongsu nim!



see how lovey-dovey luqman and coya & harith is!



fav of mine


*******************************************

nyah terharu gila amat tahu bila ada yang tulis entry khas untuk nyah. rasa nak nitiskan air mata la camni. terima kaseh la buat cik fiena yang tulis short entry untuk nyah. FYI beliau adalah kawan baru nyah kat FB. dia cakap dia ingatkan nyah sombong. padahal amik kau, nyah baik sopan santun peramah kadang kadang over youuu! kan kan kan. haha. kalau nak tumpang rasa ke-terharu-an nyah boleh la jenguk blog cik fiena ni di blog LALALALA ni. support new blogger yawww!


this is her. dia ada 3 akaun FB. haha

p/s : Be good with the good but don't be bad with the bad. till then, bye2!

Saturday, June 11, 2011

orang lain tulis, aku nak tulis jugak! HAHA!

semalam semua orang pun tahu lah. Terengganu kesayangan ramai dah menang Piala FA. tahniah! i bangga tau nyah. selama ni tak pernah pernah aku tengok, minat dan teruja pasal bola bola nih. semalam pun time tengah match, aku tak tengok sangat pun. tengok time adik lelaki dan encik bapak aku bising-bising je. kalau tak bising aku baca blog Hanis Zalikha je. dan Maria Elena jugak.

situasi kat rumah aku, aku, encik bapak semestinya la sokong Terengganu. manakala puan emak, Kelantan la dah beliau orang jati Kelantan. and adik lelaki aku, dia redha je mana mana team yang menang sebab aku tengok time Kelantan nak sumbat gol, dia WOOOOOOO-ing. time Terengganu nak sumbat gol, dia AHHHHHH-ing. maknanya dia sokong dua dua la kan? haha

malam lepas game tuh, merendek bersama encik bapak dan saksikan kemeriahan kat bandar Kuala Terengganu. berarak la, macam biasa. haha

lepas tu lepas tu. ada je fan page yang di create oleh ntah sape lah. bunyi macam ni

Kami sokong daudsu diberikan pangkat Datuk

Kami suka daudsu jaring gol sendiri

Thank you daudsu anda pahlawan

korang ni tak baik tau. kesian daudsu. dia comel ape? :p


pape pun semua player semalam ganteng ganteng nyah suke! nyah suke!


UPDATE!

daripada FB page KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

AL-FATIHAH: Pihak pentadbir mendapat maklum bahawa empat org penyokong kita yg dalam perjalanan pulang dari Bukit Jalil, KL ke Kelantan telah terlibat dlm satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kuala Krai - Gua Musang dan telah kembali ke kehadrat Ilahi. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. Amin. Al-Fatihah

Thursday, June 9, 2011

penganggur yang cemerlang.

ehhh lamanya tak update? ada yang rindu aku tak? haha
hurm cuti semester selama sebulan lebih dah aku habiskan dengan penuh cemerlang tahu? *bangga*

sekarang aku tengah buat bisnes online jual aksesori perempuan. for now aku cuma amik pre-order untuk necklace and ring je. baru seminggu lebih aku berbisnes. haha. tapi macam hampa je sebab sambutan biasa-biasa je. tapi partner aku cik asyiqin cakap saborr saborr awal-awal memang macam ni. nanti tak lama tak menang tangan la nak layan customers tersayang. baiklah. saya tunggu detik tak menang tangan tersebut. detik tersebut, cepatlah datang! haha

ni antara rerantai yang aku jual and korang boleh order la. ada banyak lagi tapi macam malas nak upload malam ni. nanti-nanti okay? ;)


Vintage Owl Necklace (bronze and silver)
RM 27 inc postage ;)


Camera Retro Necklace (bronze and black)
RM 27 inc postage ;)
*yang ni agak laku yer kawan-kawan*



Black lips cute korea long necklace wholesale
RM 27 inc postage ;)
*yang ni my fav. tapi aku pun tak paham kenapa nama dia 'black' sedangkan dia berwarna pink. haha*


Owl Necklace Torny
RM 29 inc postage ;)


untuk gadis-gadis,bolehla order satu for urself. and for da boys, belikan la satu untuk gadis-gadis korang! hee

***********************************************

ouh selain itu saya jugak sedang mengada-ngade masuk contest shawl kat facebook sekarang ni. dan mempertaruhkan gambar yang saya bajet comel sangat dah. haha. pemenang dikira melalui undi LIKE terbanyak dan nanti akan ada juri yang pilih pemenang tempat pertama, kedua and ketiga.

jadi dikesempatan ini saya nak mintak tolong anda-anda yang sedang membaca untuk LIKE gambar saya. vote lah konon-konon kan. hehe
mula-mula korang kena LIKE page Shawls AyuCinta dulu dekat SINI

lepas tuh lepas tuh korang baru boleh LIKE kat gambar aku pulak di SINI


ni la gambar tersebut. kesian aku, aku sorang je gambar black n white. orang lain semua berwarna. =='

ololor aku dah jaoh ketinggalan ni. cepatlah tolong aku kejar! haha

p/s: yang bukan dalam friendlist aku un boleh LIKE jugak tahu. okay sekian dulu terima kasseyy!

Wednesday, June 1, 2011

eh,tak sukanya aku!

hey someone.
i hope you read this. perhaps u will.
you know what?
you don't really need to send me something like this;

"i know you still mad at me. and i admit that i still mad at you too."

what's you point huh? to tell me that you still mad at me? do i look really care bout it???

ouh for you to know, i dont want to hear anything bout it anymore!
i won't accept you as my boyfren, and so, i will never accept you back as my BFF, even as a fren!

"renggang, tak selesa, tak bercakap, putus semuanya."
aku peduli apa?

yaaa kejam. i know. i memang kejam pun. so kau boleh belah. tak payah susah-susah nak ingatkan aku balik segala apa yang terjadi. kau paham la kan? kau kan pandai. boleh pikir sendiri.

and satu lagi, bila kau baca ni harap kau tak payah nak emo emo sangat la. aku dah tak kisah dengan semua tuh. dah takde dalam hidup aku lagi dah. tak payah nak text text aku bagai sebab aku takkan balas walau sekeping pun!

kau dah berambus maka kau boleh berambus untuk selamanya. jangan muncul-muncul lagi dah. terima kasseyyy!

p/s: tapi terima kaseh la jugak. disebabkan kau,at last aku ada juga somthing untuk di update. ada guna jugak la kau text aku semalam kan. haha. kbye!