sayang sayang saya :')

Tuesday, October 4, 2011

how to bake a rainbow cakeeee

hai hai harini untuk entry ni aku bukan nak bagi resepi ke apa cuma nak menayangkan hasil tangan aku yang latest je. ececey geli je kan?

aku dah post gambar kek ni kat fb aritu. ada je yang mintak video tutorial. nanti last entry ni aku share okay? kata encik bapak, manis gila. aku rasa aising dia je yang manis kot. kek tak manis pun. mula mula aku buat 1st layer tu, kecewa gila bila dia tak sempurna. overall macam dah masak tapi bila letak nak angkat pegi bekas lain, hancusss sehancuss hatiku ni. dah aku kan jakun tak pernah buat kek yang sebijik. selalu buat cupcakes je. takpe takpe aku pun buat layer lain siap baca ayat qursi lagi. alhamdulillah menjadi. layer yang last-last tuh, tetibaaa jadi keras macam biskut. tak kisahlah, janji kek aku laku! <3 berikut disajikan gambar-gambar untuk santapan umum.


yeah comot yeah yeah


kerja orang pemalas. okay fineeee!


selepas coating. ala nyah jangan la kutuk di dalam hati. dah memang aku tak reti pun. ni nasib baik boleh makan je. haha


tengok layer yang kedua tuh. pentipuuuu betol kedai yang jual pewarna tu. cakap kaler kuning. tetibaa je jadi takde kaler. dah la aku konon nak buat kaler purple bila mix kaler biru + merah. sekali jadi biru. dah biru dua kali. nyampah!


yang ni video tutorial tu.



lainkali nak buat lagi. oyeahhh!

pengunduran tapi ke hadapan

dah lama tak menaip kan? ada ke yang rindu rinduan dekat aku? aku ada banyaakkkk benda nak share tapi sangat tak sempat nak cerita kat sini. being random, boleh?

random #1


semester ni aku rasa macam penat sikit la. especially hari rabu which is kelas dari jam 730 pagi sampai 1030 malam. satu tekanan untuk aku yang tak liat nak bangun pagi even aku pernah buat entry tips untuk bangun awal. selalu je terbabas. tiap malam kalau tidur lebih dari jam 12, mesti pagi esok ngantok semacam je. huh tak cool langsung.

random #2

weekend lepas aku balik terengganu jumpa kesayangan-kesayanganku. and guess what? finally aku berjaya jugak buat rainbow cake yang dah lama gila mengidam nak buat. sebelum raya lagi duk berangan nak buat, tiap-tiap hari duk view tutorial kat youtube. owh terima kaseh buat encik bapak dan emak yang sudi sponsor beli barang. hihi.. next entry aku kasi tayang kek tersebut dan proses nak buat okay? owh thanks jugak untuk anda-anda yang merasa kek tersebut dan cakap sedap. terharu mak nyahh :P

random #3

ramai yang mempertikaikan kenapa aku dah lama tak update blog. kata mereka, aku dah ada kegemaran yang baru. owh tidak sama sekali. aku ada terlalu banyak kerja yang nak kena buat, terlalu banyak hal dan orang yang aku nak kena pikir. so? takde masa sangat nak menaip macam dolu-dolu. nanti kat facebook pun aku dah taknak layan sangat. cuma sekadar bukak untuk like status orang, cuci mata tengok beg kat online shop, tengok gambar-gambar, tengok update tiket bas balik cuti raya aji, tu je. so kalau aku online im chat, maaf la takde yang aku layan kecuali yang penting-penting je. kalau setakat hye dah makan ke or what else? hye buat ape? sorry sorry tak rasa nak layan.

random #4

sekarang aku dah ada diari bertulis yang baru. so blog ni terpaksa dianak-tirikan. yang ni je sebab utamanya aku lama tak update. blog ni semua orang baca kan. kalau diari tu aku sorang je. jadi lagi best menulis diari la. hihi

random #5

DAH JAOH HATI DENGAN RAMAI ORANG. YOU KNOW WHO YOU ARE :')

random #6


meet my roomate untuk sem 3 ni, ikah! owh shes my geng mata bengkak pada pagi tersebut. haha


rasanya yang tu jela aku nak taip harini. lapar la. tapi aku tengah crash diet sekarang. ptuiiiii sila lah muntah. haha.. owh btw saya mintak maaf kat korang yang sweet ni sudi je datang jenguk blog ni dan tinggal jejak kat shoutbox but sorry tak sempat lagi nak ber-blogwalking ke sana. insyaallah nanti free saya balas kunjungan okay? pehhh ayat tak leh blaaa. ptuiii lagi sekali. :P

till then, nak solat, nak take a nap, nak berbedak then pegi kelas. byeeee toodlesss! <3