tokwan. dia nenek aku sebelah bapak kandung. nama dia Hajah Sarah Binti Haji Majid. nama sama je dengan aku kan. tokwan! tokwan! gimipai! gimipai! tokwan, perempuan yang paling rapat dengan hidup aku selepas umi. dulu aku pernah tinggal dengan tokwan. dari usia aku tadika sampai la aku darjah 4. tokwan aku pikir orang senang. kaya harta itu tidak tapi cukuplah sederhana. kaya budi dan hati itu pasti.
aku ingat lagi masa aku tadika. kawan-kawan yang lain takde pun bawak duit saku. tapi tokwan bagi aku 20sen or 5osen tiap tiap hari. generous kan tokwan aku? aku tak pernah belanja pun so tabung aku yang bentuk menara tabung haji kaler ijau putih tu akan penuh setiap bulan.
dulu ada kedai runcit kat sebelah rumah aku. tiap petang mesti tokwan bagi duit suh aku pergi beli apollo roka yang aku suke tuh. tak payah bodek banyak banyak. buat muka kesian je mesti terus dapat. huhu
tokwan aku dia ngajar budak budak kat kampung ngaji Quran. kat rumah mesti ada stok rotan panjang. saiz apa kau nak? seingat aku ada dua saiz disediakan. haha. pernah je dia rotan aku sebab tak sembahyang. padan muka aku wuwuwu.
tokwan aku suka bebenor hisap rokok daun. bila aku dan cucu cucu yang lain terpengaruh dengan iklan bahaya rokok ni nasihat kat tokwan macam ni, "tokwan bahaya hisap rokok,tuh yang batuk tak berenti tuh!". tokwan jawab balik "aku tak hisap pun batuk jugak, baik aku hisap je!" okay3 baiklah. -_-
i rindu i punya tokwan. :(