sayang sayang saya :')

Monday, August 29, 2011

oh macam ni rasanya jatuh dari langit ciptaan sendiri

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAKIT!

- selamat hari raya. gembiralah pada yang sedang bergumbiraaaa.

Sunday, August 21, 2011

hidup :(



WARNING!
I feel I must warn you, that this entry might be particularly boring. If you don’t feel like reading about everyday things, a random one, I suggest to skip this one.

sekarang aku rasa macam aku tengah ada konflik dengan diri sendiri. aku rasa menyampah pun ada dengan diri aku sekarang ni. perasaan pun ntah pape. aku sendiri pun tak tahu apa yang aku tak puas hati. betol betol meluat dengan diri sendiri. kadang-kadang nak emo sorang-sorang. pehh tak cool lah aku ni.

lagi satu perangai yang aku makin benci dengan diri sendiri ni, bila aku menulis entry dengan niat nak suruh orang datang baca. to be honest, dulu aku tulis entry bukan untuk orang. untuk bloggers lain datang baca entries aku. tapi sekarang? susah payah pikir nak tulis apa, nak kasi orang yang datang blog aku ni tak boring, nak suruh orang komen, follow, tinggal jejak dekat shoutbox, macam-macam lagi. kenapa aku perlu perasaan yang macam tuh? sepatutnya blog ni jadi blog peribadi, betol-betol peribadi. aku akan catat every steps yang aku buat in my life. supaya nanti lagi 5 6 tahun, aku boleh baca balik semua ni. supaya aku ingat jatuh bangun aku, apa yang aku ada dan miliki hari ni, segala silap dan betol aku. sepatutnya macam tu, kan?

aku pun tak suke dengan perangai aku yang makin suka bertangguh dan MALAS. yang ni paling tak cool padahal awal tahun ni aku dah berazam nak buang sikap suka bertangguh ni. tapi tapi tapi? :(

dan lagi satu. aku cukup tak suka bilamana aku terpaksa jaga penulisan aku. aku takut banyak pihak akan tersinggung kalau aku tulis bukan-bukan dan terlampau ikot hati. aku benci gila amat! betol. sebab tu aku banyak bermonolog dalaman. diari bertulis? sudah tak praktikal pada waktu sebegini. aku rindu aku yang dulu. yang kisah tak kisah je bila bab hati dan perasaan. yang tak gelabah tak tentu pasal.

kenapa dengan aku sekarang? kenapa? kenapa?

nota lutut :

aku BUKAN + TAKNAK + TAKSUKA + TAKRELA apabila
DIPENGARUHI + MEMPENGARUHI + TERPENGARUH oleh
SESIAPA SAHAJA..

i don't live to please you.. ;)

Monday, August 15, 2011

10 ciri-ciri lelaki hot (part 2)

dulu aku dah pernah buat entry ciri-ciri lelaki hot part 1 yang similar dengan entry ni.

untuk kesekian kalinya, aku nak bagitau lagi yang ciri-ciri yang tersebut di bawah ini adalah BUKAN ciri-ciri yang WAJIB dimiliki oleh SESEORANG LELAKI tau. dan bukan jugak bermaksud aku NAK lelaki yang bercirikan SEMUA di bawah ni.


1. lelaki yang ganteng dengan baju Melayu mereka
~ pergh. bila aku tulis ni serta merta terbayangkan incik Ashraf Muslim. kenapakah? haha. tapi siriesli i tell you, guy akan kelihatan lagi hot bila mereka berbaju melayu. tak kisahlah leher cekak musang ke cekak kambing ke, janji baju melayu. heh, ape tak cukup hot ke lelaki Melayu kita ni?




2. lelaki yang kemas + pembersih + wangi
~ kemas merangkumi semua termasuklah pakaian, biliknya, meja belajar/kerja/etc, almari. pembersih ni maksudnya yang reti jaga kebersihan sendiri la. manakala yang wangi pulak adalah harus sebab kalau busuk sapa nak dekat kan? ewww apelah lelaki busuk dan hamis tak hot okay! tapi kalau baru balik main rugby ke, balik jog ke, baru balik main masak-masak kat rumah jiran ke, takpelah kot nak hapak sikit pun.



3. lelaki yang mulut tidak kurang ajar/ longkang
kurang ajar di sini bermaksud suka suka hati je nak mencarut depan kami kami dan yang nak maki makian dengan cara yang tak sepatutnya. yang cakap lepas ikot dia nak je. dah tak kisah dan perasaan kami kami gades berhati tisu ni. lelaki macam tu langsung tak hot. lelaki yang tidak seperti itu, kami gades-gades amat gemarkan anda sebab anda super duper hot!



4. lelaki yang pandai hormatkan orang lain
~ ada sesetengah lelaki ni(bukan semua). dia je nak orang hormat dia tapi dia tak reti pulak nak hormat orang lain. orang lain ni termasuklah ibu bapa, awek, tunang, bining (jika ada), majikan, cleaner, orang bawahan(jika dia bos), dan jugak sape-sape yang wujud sekitar dia lebih lebih lagi golongan warga emas. dah kau tak hormat orang, lagi nak demand suruh orang hormat kau. ingat hot sangat la buat macam tu? eww tak hot pownnnnn



5. lelaki yang mampu nasihatkan orang lain even dia sendiri tengah ada masalah
~ sape yang takde masalah ye dak? ada setengah orang ni bila dia ada masalah sendiri dia rasa dia taknak/tak mampu nak tolong setelkan masalah orang lain. means, dia HEBAT & HOT! sebab cool je handle masalah sendiri dan tolong pikirkan masalah orang lain jugak. contohnya macam bapak i, selalu je nasihatkan i itu ini walaupun beliau sendiri sedang ada masalah-i-dont-know-what. (yess encik bapak i know u're reading this :p)



6. lelaki yang pandai buat pastry
~ ohemjayy lelaki yang terer buat pastry macam kek ke, pie ke, memang awesome dan tersangat hot lah. kalau dulu aku pernah tulis yang lelaki pandai masak adalah hot maka kali ni aku merasakan lelaki yang terer baking-membaking ni juga hot! tak kisahlah dia bake ape pun kan janji bernama pastry, maka anda adalah hot. ;)



7. lelaki yang pandai pegang baby
~ lelaki seperti ini biasanya akan nampak penyayang dan ada ciri-ciri bapak misaleyhhh! the way he kendong the babies, the way he talk and mumble with the toddlers, semua tuh akan menampakkan ciri-ciri lelaki hot tiada tandingan lah i tell you. bayangkan, lelaki muka legend, tapi pegang baby tanpa rasa kekok dan baby tuh tak nangis pun. tambah pulak kalau sempoi je cucikan berak baby & mandikan baby. ahhh comel! and yeahh u guys hot!



8. intelligence, bukan owh-i-know-everything
~ berilmu, maknanya kalau kita sembang dengan dia pun, setiap yang dipertuturkan tuh ada kebaikan, ada manfaat untuk kita. kalau kita mintak pendapat, dia boleh kasi yang bernas-bernas. kira yang boleh pakai la. means tak selalu sembang kosong. kan ke hot macam tu? ni tak, lain yang kita tanya, yang kita maksudkan, lain pulak yang dia paham or jawab. tak ke tensi macam tu? yang tu satu hal. ada pulak sesetengah ni, dia tak tahu tapi taknak ngaku yang dia tak tahu, lepas tuh nak sembang berapi konon dia tahu. kalau orang terengganu cakap, WAT BIJOKKK! haha



9. lelaki yang confident
~ real men are confident. orang selalu konpius KONPIDEN dengan ANGKUH * self-centeredness. orang yang confident ni, bila dia melangkah je semua orang akan perasan dengan kehadiran dia. ececey. confident ni bermaksud dia yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang dia sendiri ada. dia tak payah susah susah nak jatuhkan orang lain in order to build themselves up. nak up diri sendiri tapi dalam masa yang sama jatuhkan orang. hot ke macam tu? (yakin dengan filem buatan sendiri mampu pecah panggung? bolehlaaa bolehlaa ==')



10. lelaki yang pandai simpan rahsia
~ ohmaigod lelaki macam ni memang la tak hot. orang dah elok elok pesan jangan kasi bocor itu rahsia, dia buat lupa macam tu je. padahal dah janji taknak bocor kat orang lain. tiba-tiba je ehhhh camane orang lain boleh tahu yer rahsia kita tuh? apa jenis perangai ni tak comel langsung! owh lelaki tak hot yang macam ni, mintak simpang lah! (p/s: tapi lelaki yang suka/pandai gosip dengan saya, kinda hot jugak! ;P )




sekian saja.

nota lutut :

1. jangan percaya 100% benda yang anda baca di internet. kerana kadang kadang itu semua tipu dan rekaan semata-mata. (entry ini tidak terkecuali :P)

2. td hosmet aku call,lepas tu text cakap suara aku manje. awww malu la aku lina.sebab tu aku tak reply! :P

3. tak baik doakan orang supaya cepat ke kuburan dan berbatu nesan bagai, moga panjang umur.

p/s: gambar ehsan Google dan Facebook

Tuesday, August 9, 2011

wordless wednesday #3

hari ini adalah hari ke-10 kita berpuasa.

di suatu petang yang mendung, kedengaran 2 orang lelaki DEWASA yang tengah buat kerja welding pasang tempat parking berhampiran rumah aku. lalu mereka berbual-bual.



............................................................... -_-

Monday, August 8, 2011

5 harapan palsu di bulan Ramadhan


Ramadhan kali ni aku untung sangat sangat sebab ada kat rumah dan berpuasa sebulan kat rumah. okay, tolak la 7 hari. tak macam tahun lepas punya Ramadhan, puasa nun jaoh dari rumah. sedih okay, kafe makanan tak sedap lepas tuh kedai makan yang diyakini pulak asyik fully booked je. lepas tuh kalau lewat balik kelas, tak sempat la nak beli makanan kat bazar. eh eh berbalik kepada tajuk.

harapan-harapan palsu ni bukan baru je wujud tapi dah lama dah, sejak aku kecik dan dan pandai puasa dan cuma baru hari ni ada kesedaran diri untuk tulis.

harapan-harapan palsu tersebut adalah;


1. dapat seteguk air sebelum waktu berbuka : sebagai kakak sulung dan ada ramai adik-adik kecik, aku selalu je buat susu untuk adik-adik aku. ketika buat air susu tu, aku berharap aku lupa yang aku ni tengah puasa lalu boleh minum sikit susu tuh. haha euw euw. tapi hampeh je sebab tak pernah-pernah aku dapat peluang sedemikian.


2. dapat kunyah sesuatu sebelum waktu berbuka : yang ni lebih kurang je dengan yang atas tu. bila adik balik dari nursery selalu umi belikan jajan takpun biskut. selalu aku main suap suap la kan konon nak manje ptuiiiii! harapan aku adalah aku lupa aku sedang berpuasa dan terus nganga mulut lagi dan lagi minta di suap biskut terbabit. namun harapan hanya tinggal harapan bila aku ingat balik yang aku tengah puasa.


3. dipelawa bapa untuk ke bazar Ramadhan setiap hari : harapan sebegini kadang kadang tak palsu, tapi selalu palsu je nak nak pulak time ABC. tahu ABC? Allah Bagi Cuti (haha, okay okay this is lame). tiap tiap jam 6 petang atau lebey-lebey, mesti berharap bapa akan buat dialog sebegini ' along siap cepat, ikot bapa bapak ke bazar Ramadhan sekarang!'


4. turun berat badan : kalau tak turun banyak, turun sikit pun jadi la. setiap tahun inilah harapan saya. dan setiap tahun jugak ianya menjadi harapan palsu. bulan ni belum timbang lagi tapi aku dapat instinct bahawa berat aku semakin bertambah. yes aku betol betol merasakannya. owh why baby why? sob3


5. khatam al-Quran : harapan yang ni aku harap tak menjadi palsu la Ramadhan tahun ni. setakat ni baru je habis 1 juzuk (-_-) agak-agak sempat ke tak eh nak khatam ni? haraplah harapan aku yang satu ni tak jadi palsu macam harapan-harapan lain.

Sunday, August 7, 2011

punca pakwe & makwe putus




cerita clash clash putus putus ni dah terbiasa sangat la dengar. nak nak dekat facebook tu. cehh sikit sikit facebook. meh kita baca punca keretakan yang mungkin timbul.


1. tak faham life style : ni biasa lah bila pakwe nak keluar pegi minum-minum ke..main futsal ke ngan kawan-kawan..makwe kejenye asik bising je...itu ini sume tak boleh....makwe jenis ni nak pakwe die message die 24 jam agaknya..nak kuar makan pon dengan die...pendek kate sume ngan die...same gak lah ngan pakwe jenis tak faham makwe...makwe nak lepak gosip-gosip ngan kawan-kawan pon tak boleh...nak shopping pakwe mesti nak follow....ni jenis pakwe ngan makwe yang tak boleh nak faham life style masing-masing.....belum kawen kot? rileks sudah...


2. pakwe panas baran : sume orang pon akan marah dan pernah marah...tapi ni kes pakwe yang panas baran..mende kecik pon nak marah..kalau mende besar?ni jenis pakwe yang tak leh nak handle saat-saat genting...payah pakwe macam ni...aku nasihatkan makwe-makwe tinggalkan je la pakwe jenis macam ni....sebab ape?? sebab cerai talak sume kat tangan pakwe so kau orang makwe-makwe kalau dapat yang jenis panas baran yang tak leh kawal emosi memang naye lah kan?? yeah2...langkah berjaga-jaga tu....dan pakwe kene ingat ni..lelaki paling hebat adalah mereka yang boleh kawal kemarahannya....ok?


3. kantoi menipu : kes menipu dan ditipu ni biasa..mane-mane kapel pon aku rase tak lari ngan suke menipu dan pernah ditipu..haha..kalau takut kene tipu mahupun jenis tak pandai menipu aku nasihatkan tak payah kapel...takut nanti kene tekanan pulak sebab kau boleh jamin ke kau jujur dan pakwe kau tak menipu? or makwe kau betul-betul jujur?? bleh caye ke kalau pakwe kau cakap "gudnite sayang..tido dulu..."...tah tah die pergi bukit bintang?


4. makwe kikis duit : makwe-makwe ni memang tak lari dari sifat mata duitan... suke duit, suke shopping, suke beg,suke kasut....ah sume tu makwe-makwe punye keje...lame-lame pakwe pon fade up jugak kan?? tapi tak banyak pon aku rasa orang clash sebab kes ni....dah sayang..bagi je la ape yang makwe kau nak..ye dak?? time kapel boleh la dude.....try tengok lepas kawen?


5. perasan hot : tak kira la makwe ke pakwe yang perasan hot...orang jenis camni die perasan diri die tu laku je 24 jam buatkan susah nak appreciate pasangan die...selalu je ingat yang pasangan die tak kan tinggalkan die sebab die ade rupa yang tetarik menarik kau memang the bom la kononnya..ingat sikit makwe pakwe..jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..tak semestinya kau cun,hot, macho kau senang dapat pasangan yang boleh faham kau..susah beb..sebab tu kadang-kadang kite tengok pasangan tu sorang cun/ hemsem and sorang lagi sebaliknya...mesti pernah jumpe kan???so jaga baik-baik kalau dah dapat yang betul-betul leh faham kau.


6. tentangan keluarga : dah macam cerita p.ramlee la plak kan masuk tentangan keluarga ni..kes ni ada je berlaku kat kawan-kawan aku....keluarga tak setuju..tak sekufu katanya..ade yang kononnya nak keturunan yang nama mesti depan ade tengku, ade raja...motif mak abah kau nak camtu??esok mati ade pangkat la??.....tapi dalam islam memang suruh carik yang sekufu..cume jangan sampai salah faham sampai membezakan darjat plak...


7. kerjaya : pakwe makwe clash bile tak ada kerjaya yang stabil...selalunya kalau pakwe jenis yang tak pandai nak handle mase depan aku nasihatkan makwe-makwe fikir banyak kali....kalau makwe jenis yang tak ade kerjaya aku rase ok lagi sebab makwe bukan wajib bagi nafkah ke ape...tapi kalau pakwe?.....lagi pon part kejaya ni zaman sekarang due-due belah family pon dah pandang kerjaya makwe dan pakwe tu....kalau boleh mesti nak due-due stabil..tak kan lah makwe kau tu doktor pakar sakit puan tapi kau kerja sapu sampah?? bukan aku nak menghina..tapi perbezaan macam ni tak elok zaman sekarang ni sebab nanti dah kawen awek kau tu mula lah nak rase berpangkat dalam keluarga dan tak respect si pakwe ni tadi...so nak salahkan sape?


8. give up dan fade up: pasangan yang clash sebab fade up adalah pasangan yang tak ada prinsip 'give n take'..kiranya sebelah pihak je yang letak kan effort untuk bahagiakan relationship tu..so makin lama kalau tak ada kerjasama....letih la jugak kan?lalu wujudkan perasaan fade up dan give up.....jadi kalau pakwe or makwe lari...secara tak langsung kite tak leh salahkan pakwe or makwe yang meninggalkan....sebaliknya cek diri sendiri....kau dah cukup toleransi ker?


9. long distance : boleh dikatakan majority pakwe makwe clash sebab ni.... tapi bukan sebab jauh ni sume sebab belum cukup build trust dalam diri memasing....so masing-masing pon tak leh nak handle emosi bile berada dalam jarak yang agak jauh....ramai yang amik keputusan clash sebab rase tak selamat dan malas nak amik risiko....makwe pakwe ade je fikir yang diorang takut kalau bagi komitmen tapi at last yang jauh tu betray die dalam senyap...so sume tu bisikan dalaman je tu..kalau due2 pon setia dan trust..tak de masalah aku rase....


10. terlalu banyak persamaan : ni same jugak dengan kes tak ada keserasian....kalau pakwe ngan makwe tu macam banyak sangat persamaan pon tak boleh jugak..kalau due-due jenis kuat merajuk..sape plak nak pujuk? kalau due2 jenis emosi..sape plak nak handle keadaan? kalau due2 jenis cepat http://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gifmarah....habis lah ye dak? so macam tak ada konsep saling melengkapi dan selalu gaduh..ramai yang clash bile dah terlalu kerap bergaduh dan rasa dah tak ada chemistry....


ehhhh ni semua bukan aku yang tulis okay. aku mana la reti nak buat karangan sedap panjang panjang macam ni kan? haha. ni semua dari nombor 1 sampai nombor 10, aku kopi pehh je dari SINI SINI SINI

BLOG NI aku baru je jumpa tadi. wahh macam best! eh memang best pun. lagi seminggu boleh la khatam ni. heh3


dan lagi 2 point kat bawah ni hanya tokok tambah je dari aku. baca je, jangan sampai termakan hasutan aku sudah la. haha



11. pakwe kaki pukul/ketua kongsi gelap : pakwe dah macam gangster, pantang silap sikit, dilempangnya makwe tu se das dua. bukan takat lempang je, sepak, terajang, semua la dia kasi hadiah kat makwe yang lemah itu. ehhh ingat aku main main? ni cerita betol tau. yes kurang ajar gila kan pakwe dia tu, dia ingat dia sape nak lempang anak dara orang? kena tahan kat lokap baru padan muka tu. yang makwe pun sama, tadah je kan. yela..dah sayang.. sayang jadahnya macam tu, tuh baru pakwe makwe, nanti kalau kawin acaneee?


12. pakwe / makwe dah ada orang lain : yang ni takleh nak cakap apa la kan. takkan la korang nak pegi melutut merayu pulak kat dia, owh it's a BIG no no no okay. dah dia nakkan orang lain, bagi dia pegi jelah. nampak sangat la pakwe or makwe korang tu tak serius pun selama dengan korang. kalau tak takkan la senang senang nak let go pegi dekat orang lain pulak kan? lagipun pakwe atau makwe yang macam ni mesti pentipu pentipu punya orang, memag tak patot simpan pun. heh!

eh dah cukuplah.

p/s: menikmati detik detik terakhir untuk makan di siang hari pada bulan Ramadhan bersama Milo suam suam kuku & biskut jagung. ehhhh?

p/s 2: aku mimpi mak aku marah guna kuali nipis nak goreng ayam. tapi aku rasa ni gara-gara aku goreng ayam terlebih garing la. takde maksud pape kan? ngeh ngeh

Saturday, August 6, 2011

facebook : banyak buruk dari baik (kot?)


bila korang gaduh dengan kawan-kawan ke, dengan boifreng ke, dengan gerlfreng ke, dengan mama & papa ke, dengan colleague ke, dengan bos ke, dengan tunang ke, dengan bining dan laki ke, jangan la nak luahkan perasaan tuh dekat dinding FB korang tuh.

tak payah lah nak update status yang ntah pape annoying dan menyakitkan hati tuh. nak maki maki, nak post kata kata kesat, menyakitkan hati, nak sindir sindir bagai dan blablabla tuh. tak payah. konon buat macam tu nak suruh orang yang kau tuju status tuh baca la kan? jangan. sebab cara korang tuh takkan setel masalah pun. lagi memburukkan lagi keadaan ada la.

dan lagi satu, jangan korang tak tahu. ada banyak pihak yang tunggu nak tepuk tangan bila dorang baca tentang status-status tuh. tahu? ala Melayu kan caring tersangat. macam syaitan la jugak, suka sangat tengok umat Muhammad ni gaduh situ perang sana.

so it's a BIG no no no okay.

solution? apa kata korang slow down dulu. tenangkan jiwa dulu kan. muhasabah diri dulu ke. pape pun jangan nak guna perkataan kasar terutama kat perempuan sebab sebagai perempaun, 'hey lelaki, cakap elok elok boleh? jangan nak kasar kasar sangat macam bercakap dengan tiub basikal okay!' tade masalah yang takleh setel what?

kalau aku, diam jelah lagi bagus. semakin dilayan semakin tak elok.

*pesanan untuk diri sendiri jua. :')

p/s: orang nak benci? takde hal punya. orang yang sayang lagi ramai kan kan kan. aku pun sayang sangat semua orang nak nak yang duk benci benci aku tuh. :)

<3

Friday, August 5, 2011

Pertandingan : Siapa yang bakal jadi 100th Follower Special Edition ?


hai assalamualaikum korang!

sejak akhir-akhir ni aku dah jadi menyampah dah dekat FB. makanya aku taknak sayang FB dah, nak sayang blog pulak. dan malam ni aku rasa macam rajin je nak join satu contest ni.

syarat-syarat dia senang je okayyy!

silalah baca kat blog encik penganjur contest ni kat SINI

encik penganjur nak peserta contest dia promote dia. sebenarnya saya tak kenal la encik, dah encik tak taruk gambar encik sangat, ce letak sekeping dua gambar tuh. baru lah lebih dekat dengan para peserta ni. ;)

entry faveret pulak, baru je jap tadi duk menggodek, maklum lah baru berkenalan kan. haha. paling suke entry INI . dan point yang ke 12 adalah yang terBETOL! haha. normal lah kan perempuan. saya berani potong timun la kalau ada perempuan yang bantah. kekeke

ehhh cakap banyak pun tak guna kan? jom lah join ramai-ramai! untung kot kot kau menang ke, dapat topup RM 30. aku nak!

dengan ini saya telah menTAG dua insan bertuah pada malam ini iaitu;

cik CHUI

cik LIEYNA


kepada penganjur contest : anda perlu pilih saya sebagai pemenang agar cinta saya yang beralih arah dari FB ke blog ni tak sia-sia. haha kiddin' ;)

Wednesday, August 3, 2011

being random

sekarang bulan puasa kan? cukup kecewa kerana cita cita nak berpuasa penuh hancur sudah. sob3. sekarang masih lagi berada di rumah manis rumah. unemployed. makin membesar, yes. sering dihidangkan makanan enak enak dan lepaking macam orang muda bersama dedi almost every night after teraweh.

family
adik kesayangan yang paling disayang sayang dah daftar masuk sekolah pasti hari ni. yayyness! she's looking gojess, i mean damn gojess with her new uniform. tudung labuh yaww!



health

diserang hendap oleh lelah. grrr tak suke tak suke. bergantung harap kepada Ventholin Inhaler dan juga pil Breathmol. eh yeke nama dia macam tu? saya hentam je. haha

saya
sedang mengalami Last Song Sindrome. ni lah dia lagu bertuah tersebut hoyeah ulala! . sedang tandus untuk update entry entry bermanfaat. semakin nak muntah mengadap facebook. oh ya, semakin menyampah dengan handphone yang tak sihat. desperately need a new one. tak dapat nokia 3310, dapat blackberii pon okay sangat dah.

its ol about pingtisss!
time duit tak brape nak ada ni, macam2 desires plak yang datang kan? nak kasut toms, nak beg polkadot, nak kain cotton polkadot, nak pashmina banyak banyak, nak tu, nak ni. ahh damn batol keinginan ni. haraplah bangun tidur pagi esok, cash berkepal kepal muncul kat bawah bantal. sob3

p/s: hari tu ada buat makan makan sikit kat rumah. saya buat my very first puding triffle ever! dan opkoss cupcake. guess this is my 6ixth series of baking. or shud i call baking the 6ixth? 6ixth sense? ahh boleh la.





till then, assalamualaikum!

p/s: eh eh perasan tak blog aku dah berwajah baru? oooooo perempuan rupanya aku ni. haha :P

wordless wednesday #2

ada sesape kat sini yang tak kenal Fynn Jamal? ni aku nak kasi kenal. eh,wordless wednesday taknak letak gambar tapi nak taruk video boleh? :p



p/s: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN, BULAN KEBERKATAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA!