sayang sayang saya :')

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, July 22, 2011

cara dan tips nak putuskan persahabatan


zaman sekarang bukan senang nak cari sahabat yang betol betol sahabat. yang bila dia gelak gedik gedik, korang takde nak meluat langsung. bila korang terpaksa pindah ke tempat belajar baru, terasa sangat kehilangan sahabat yang satu tuh. ehh intro ape ni tak sedap langsung lah. mari kita straight to the point baybeyhhh!



1. cubalah jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri

katakanlah korang tengah bersahabat baik punya dengan BFF korang ni. situasi di sini adalah BFF berlainan jantina yer. korang tahu korang akan mempertaruhkan persahabatan korang tuh demi cinta. persahabatan boleh putus bilamana korang kena reject selepas sesi luahan perasaan, ataupun sekiranya korang diterima tapi hubungan hanya berlangsung sekerat jalan. sob3



2. merampas awek atau boypren sahabat sendiri

setengah orang pikir yang kawan adalah much much penting daripada awek or boypren ni. bergantung lah kan nak pentingkan dorang macam mana ikot korang punya suka aku tak peduli lah. ada setengah orang ni sanggup membelakangkan brotherhood or sisterhood yang terbina bertahun tahun demi seorang awek or boypren. sungguh tak cool. putuskan persahabatan kerana itu. -_-



3. tunjuk perangai tak comel korang kepada sahabat korang itu


yang ni paling senang aku tak tulis pun mesti korang dah tahu. cara dia senang je. tiap tiap hari korang boleh cakap besar depan dia. bila korang bawak kereta mewah yang parent punya ke sekolah/kolej, korang boleh berlagak kaw kaw dengan kawan kau tuh. nak lagi comel korang boleh laga laga kan antara kawan korang yang nama Jemah dengan Jenab contoh korang bleh cakap kat Jemah, 'Jemah kau tau tak Jenab cakap kau tak lawa pun kalau jumpe depan depan. dalam FB bukan main lawa. edit kaw kaw letttewwww'. padahal kau tak tahu Jemah dan Jenab dah tahu perangai manis kau tuh. haha



4. kejarlah dan pentingkanlah pangkat serta kedudukan sosial

yang ni biasanya kaum lelaki lelaki je yang alami ni. guys biasala.. bila dia ada kedudukan sikit, ada nama sikit, jadi leader untuk certain group macam Alagapas Motor Club ke, Adabi Honda Gang ke, dia akan jadi macam kerek lah sikit kan dan secara tak langsung akan merenggangkan persahabatan dengan sahabat sahabat lama yang tidak se-Alagapas mahupun se-Adabi tersebut. kan kan kan.



5. ignore dia terus


cara yang paling senang. tunjuk jelah kat depan muka sahabat yang anda nak sangat putus tuh directly. bila nak pegi cafe, jangan ajak dia pegi sama sama. bila nak ke kelas, tak payah tunggu macam biasa. bila dia datang post something kat wall kita, kita jangan layan dia sorang je tapi orang lain kita layan. maka kalau dia reti bahasa, dia boleh paham la yang kita tak suka ada kawan macam dia dan awak awak dan awak boleh angkat kaki. sekian



p/s : psiko-problemoo akibat diganggu ex bf. blahhh la wey. blahhh. bagitaw kat bapak kita kangg. hurm. solution anyone? :|

Friday, February 18, 2011

how to become an early riser



ececey tengok tajuk macam iya-iya je kan?
konon entry aku kali ni tulis dalam English la.sebenarnya tak pun.
sini aku nak share some tips untuk bangun awal.
aku takde la sukses sangat bab bangun awal ni.sejak akhir-akhir ni je.masih mencuba-jaya lah orang kata.
camne pun,sharing tak salah kan?

1. cuba untuk tidur awal
~ walaupun korang belum ngantuk or rasa nak stay up tonton TV ke, surf internet ke,tapi cuba jugak untuk berada atas bed korang awal-awal.guling lah camne pun sebab lama-lama korang mesti tidur gak.ataupun korang boleh cuba baca buku yang banyak tulisannya.contoh macam aku,aku baca jurnal English.bosan.lama-lama terlelap gak.

2. manfaatkan sepenuhnya telipon bimbit anda
~ aku takde jam loceng.cuma guna alarm dalam fon jelah.yang ni semua tahu la kan.lagi satu,let say pagi keesokkannya korang ada something yang nak kena settle,or ayat lainnya,you have some good reason to wake up early,korang tulislah dekat note and set time for that.so bila note tuh ringing (ringing yer orang panggil?ah tak kesahlah), your brain will talk to you lah yang korang ada misi untuk di-settle pagi tuh.got it?

3. taruk telipon or your alarm clock far from your bed
~ yang ni aku belom pernah cuba as aku adalah seorang yang tidur separuh mati.hoho..untuk tips yang ni,rasionalnya lah kan,bila kita taruk dekat dengan telinga kita je,everytime dia bunyi,kita akan hit snooze or untuk lebih kejam,kita shut it off terus.so bila kita taruk fon tuh jauh-jauh mesti la bila dia bunyi,kita akan bangun untuk shut up kan dia kan?so you see?by then,you're up.now you just have to stay up.

4. pesan kat roomate or housemate supaya kejutkan korang
~ yang ni benda basic je nih.as for me,aku akan pesan jugak dekat kawan-kawan aku supaya kejutkan aku sampai bangun.kadang-kadang menjadi,kadang-kadang tak.padahal aku dah pesan dah kat dorang.buat je ape cara yang necessary until aku betul-betul bangun.tak kesah ah dengan cara yang kejam pon.tapi tu lah..dorang sayang sangat kat aku sampai tak tergamak nak kejutkan aku tidur.haha..anyway,it is utmost improtant for you guys,to have a similarly motivated buddy.

5. make waking up early a reward
~ Yes, it might seem at first that you’re forcing yourself to do something hard, but if you make it pleasurable,soon you will look forward to waking up early.A good reward is to make a hot cup of Milo or any kind of your fav drink.takpun kalau korang tak biasa makan pagi,takot sakit perut ke apa,try to find something that’s pleasurable for you, and allow yourself to do it as part of your morning routine.contohnya semak telipon bimbit ke.kot-kot ada mesej celcom nak bagi kredit free ke kan (pleasureable enough ehh?),or apa-apa je.as long as ia dinamakan REWARD untuk korang yang dah berjaya ni! hehe



bangun awal pagi is really a tough work for me ever since dulu lagi.nevertheless,kita kena realize lah yang bangun pagi ni banyakkkkkkkkk manfaatnya.sekian

photo credit: google
credit: google jugak.




Thursday, December 23, 2010

20 ciri-ciri lelaki hot

walaupun aku sedar diri bahawa aku bukan perempuan hot untuk layak menulis tentang ciri-ciri lelaki hot,ahhh tak kira aku nak tulis jugak.

1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.


2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.


3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)


4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)


5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu


6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)


7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.


8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe


9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.


10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!


okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha

sila terjah kat sini yer CIRI PEREMPUAN HOT DI MATA ENCIK APIH EL NINO

Wednesday, December 15, 2010

How To Capture a Screen Shot of your Desktop

hello sarah datang lagi!
hehe

entry ni aku buat khas untuk ENCIK YEB.
beliau ada tanya aku camne nak print screen or nak capture a screen shot.

caranya ada dua,yang saya tahu la.dulu selalu buat cara 1,tapi lama-lama explore-explore sendiri,saya kini lebih suka guna cara 2. selamat mencuba!

CARA 1

1. tekan button [prtSc SysRq] dekat keyboard PC or laptop anda.


2. bukak any image editing program macam Microsoft Paint.

3. kemudian paste-kan screen yang anda dah capture di Step 1 tadi tu dengan klik Ctrl + v

4. taraaa! dah keluar kan? akhir sekali,pergi ke File Menu,then save as. SIAP!


CARA 2

1. pastikan laptop or PC anda dilengkapi dengan Program Picasa. kalau takde,boleh download dekat TEKAN SINI TEKAN SINI!

2. okay bila dah ada Picasa ni,everytime korang nak print screen,korang just open dulu Picasa ni.

3. tekan button [PrtSc SysRq] macam dekat langkah 1 tuh.

4. anda akan mendapati screen yang anda capture tuh,automatik masuk dalam Picasa Album.

5. siap!!!!


terima kaseh kerana sudi bertanya dan membaca.
kalau tak paham,boleh bertanya dekat kolum komen yang telah disediakan.hehe