sayang sayang saya :')

Friday, July 22, 2011

cara dan tips nak putuskan persahabatan


zaman sekarang bukan senang nak cari sahabat yang betol betol sahabat. yang bila dia gelak gedik gedik, korang takde nak meluat langsung. bila korang terpaksa pindah ke tempat belajar baru, terasa sangat kehilangan sahabat yang satu tuh. ehh intro ape ni tak sedap langsung lah. mari kita straight to the point baybeyhhh!



1. cubalah jatuh cinta dengan kawan baik korang sendiri

katakanlah korang tengah bersahabat baik punya dengan BFF korang ni. situasi di sini adalah BFF berlainan jantina yer. korang tahu korang akan mempertaruhkan persahabatan korang tuh demi cinta. persahabatan boleh putus bilamana korang kena reject selepas sesi luahan perasaan, ataupun sekiranya korang diterima tapi hubungan hanya berlangsung sekerat jalan. sob3



2. merampas awek atau boypren sahabat sendiri

setengah orang pikir yang kawan adalah much much penting daripada awek or boypren ni. bergantung lah kan nak pentingkan dorang macam mana ikot korang punya suka aku tak peduli lah. ada setengah orang ni sanggup membelakangkan brotherhood or sisterhood yang terbina bertahun tahun demi seorang awek or boypren. sungguh tak cool. putuskan persahabatan kerana itu. -_-



3. tunjuk perangai tak comel korang kepada sahabat korang itu


yang ni paling senang aku tak tulis pun mesti korang dah tahu. cara dia senang je. tiap tiap hari korang boleh cakap besar depan dia. bila korang bawak kereta mewah yang parent punya ke sekolah/kolej, korang boleh berlagak kaw kaw dengan kawan kau tuh. nak lagi comel korang boleh laga laga kan antara kawan korang yang nama Jemah dengan Jenab contoh korang bleh cakap kat Jemah, 'Jemah kau tau tak Jenab cakap kau tak lawa pun kalau jumpe depan depan. dalam FB bukan main lawa. edit kaw kaw letttewwww'. padahal kau tak tahu Jemah dan Jenab dah tahu perangai manis kau tuh. haha



4. kejarlah dan pentingkanlah pangkat serta kedudukan sosial

yang ni biasanya kaum lelaki lelaki je yang alami ni. guys biasala.. bila dia ada kedudukan sikit, ada nama sikit, jadi leader untuk certain group macam Alagapas Motor Club ke, Adabi Honda Gang ke, dia akan jadi macam kerek lah sikit kan dan secara tak langsung akan merenggangkan persahabatan dengan sahabat sahabat lama yang tidak se-Alagapas mahupun se-Adabi tersebut. kan kan kan.



5. ignore dia terus


cara yang paling senang. tunjuk jelah kat depan muka sahabat yang anda nak sangat putus tuh directly. bila nak pegi cafe, jangan ajak dia pegi sama sama. bila nak ke kelas, tak payah tunggu macam biasa. bila dia datang post something kat wall kita, kita jangan layan dia sorang je tapi orang lain kita layan. maka kalau dia reti bahasa, dia boleh paham la yang kita tak suka ada kawan macam dia dan awak awak dan awak boleh angkat kaki. sekian



p/s : psiko-problemoo akibat diganggu ex bf. blahhh la wey. blahhh. bagitaw kat bapak kita kangg. hurm. solution anyone? :|

Sunday, July 10, 2011

sarah hani turns 21 :')

assalamualaikum people!
maka hari ni saya sudah berumur 21 tahun. FOREVER 21 yawww!
alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T sebab keranaNya saya masih lagi boleh bernafas pada umur 21 ni, saya tidak sakit, saya boleh hirup udara segar tanpa dikenakan bayaran, masih mampu membuka mata dan memandang orang orang kesayangan saya yang masih bersama saya.. itu sudah cukup bagi saya.

pada umur 21 tahun ni, banyak impian hidup yang dah saya capai.

1. saya dah berjaya grad dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dan sekarang dah bertugas sebagai pendidik kat sebuah sekolah di Terengganu.

2. saya dah berjaya bukak sebuah bakery, kedai tak besar tapi okayla..

3. perniagaan aksesori secara online yang saya buat makin mendatangkan untung, alhamdulilah..

4. saya dah bebas dari cengkaman Ventholin, tak perlu risau lagi :p

5. akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dengan pilihan keluarga, jemputlah semua datang yer..

... the list goes on..



choyyyyyyyyyy percaya la sangat korang kan?
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHA!




mari sini aku nak bagitaw yang betol betol punye.
aku ni baru nak masuk sem 3 lah. bakery? bakery dalam mimpi! haha
perniagaan aksesori tuh sekadar suka suka time cuti sem ni kan. takdenye nak untung lebih lebih. Ventholin? sampai kapan pun aku tercengkam dek beliau (kot).

perkahwinan wak lu! nanti encik bapak dan puan emak aku baca ni sah sah kena nganjing nih! nganjing tahu nganjing? macam perli lah gitu. huhu

anyway, aku sudah 21 tahun yaww! dah boleh mengundi untuk keadilan dan kepentingan! aku dah boleh berdikari kat tempat orang! aku dah boleh survive kalau takde duit nak makan sekalipun! *semangat*

aku harap umur 20 tahun yang telah habis ni akan jadi penamat untuk aku huha huha tak tentu hala. pada umur 21 tahun ni aku nak jadi orang yang betol betol orang. yang lebih melangkah ke depan. yang lebih digemari orang. yang tak dibenci orang. yang tak pemalas dan suka bertangguh.

AMIN~~

selamat hari lahir, sarah hani!

*******************

terima kasih yang tak terhingga buat;
*ibu bapa
*adik beradik
*sedara mara sepupu sepapat
*my only BFFFFFF banyaknya F
*skandal sekalian (ececey)
*anak saya
*bekas bekas boyprenggg
*kawan kawan sekolah tadika
*sekolah rendah
*sekolah menengah
*kawan kawan UPSI
*kawan kawan kat FB (almost 300 out of 1400)

semua sekali yang wish those beautiful wishes, BIG THANKS, people! semoga kalian sentiasa dilindungi Allah S.W.T..

p/s : korang memang the best, betol betol bikin aku terharu :')


on my advance birthday dinner with family