saya sedang menulis entry dengan penuh feel dan teruja sambil menyaksikan puan emak saya yang sedang nyenyak tidur umpama bayi baru lahir sekarang.
mummy,kamu gojas sungguh even ketika tidur!
ini puan emak kesayangan saya.jeng jeng jeng kasi saspen.
puan emak merenung saya sambil berkata di dalam hati,bilalah kau nak belikan mak gelang emas besor-besor sampai ke lengan.bhahaha gurau je
ini lah puan emak saya bersama anak sulung perempuan kesayangan.kena ada perempuan sebab anak kesayangan puan emak adalah seorang lelaki.
puan emak, di hari lahir anda yang ke-18 (bukan nombor sebenar) ini,anak sulungmu yang pemalas tetapi rajin bila datang angin rajinnya mengucapkan;
* semoga puan emak dimurahkan rezeki.bukan hanya rezeki dari segi wang ringgit tetapi rezeki dikurniakan kesihatan tubuh badan.
* semoga puan emak berjaya dan mampu menghilangkan stress di tempat kerja baru.
* semoga hati puan emak sentiasa bahagia meskipun ramai yang tidak puas hati dengan kita.
* semoga puan emak dijauhkan dari sihir mensihir,ilmu hitam pekat manis dan segala gangguan syaitan serta jin.
* semoga puan emak tidak kesunyian selama anak sulung puan emak ni duduk di perantauan dan anak-anak yang lain di asrama.anak sulung puan mak akan menelepon selalu.promise.
* semoga rumahtangga kita,eh silap.semoga rumahtangga puan emak dan encik bapak sentiasa harmoni dan ceria.
* semoga nanti anak sulung puan emak ni berjaya mendapat dekan dengan cemerlang,berkat doa dan restu dari puan emak.
* semoga puan emak kekal awet muda sehingga usia-usia yang seterusnya.owh puan emak,anda tetap wanita tercantik nombor satu ever di mata saya,percayalah!
* semoga puan emak boleh buatkan saya pengat pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti bila saya balik rumah nanti cuti raya cina.
sampai disini sahaja.puan emak,i love you!
until when-when sumpah tak tipu.
puan emak,sila maafkan saya atas ke-kurang-ajaran saya selama kita berkenalan.okay silap ayat.selama saya hidup bersama-sama dengan puan emak ni.saya sayang emak walaupun saya selalu biarkan adik bongsu merangkak sendirian.
sayang sayang saya :')
Friday, December 31, 2010
perutusan tahun baru 2011.ini bukan dari kata-kata PM.jangan tertipu dengan tajuk.ia cuma Azam Tahun Baru Sarah Honey.hehe
sepatutnya azam tahun baru dibuat mengikut kalendar ISLAM tapi saya terlambat dan buat mengikut kalendar bukan ISLAM tapi takpelah apa yang penting sila jangan jawab kerjasama okay kembali balik semula apa yang penting saya kena berusaha untuk memastikan azam tahun baru 2011 ni tercapai.
peh,penat kot baca satu ayat tanpa titik mahupun koma.tanpa membuang masa mari kita teruskan agenda kita pada malam ini.ini adalah azam tahun baru saya.
1. lose weight. jangan gelakkan aku lah aku tahu aku gemuk *kuciwakuciwa*
ah aku pun dah naik bosan dengan azam yang ni.tiap tahun pun berazam benda yang sama.tapi takpe.aku akan tetap berusaha tanpa perlu menghabiskan duit PTPTN ke London Weight Management.
2. menjadi anak yang patuh dan anak favourite kepada encik bapak dan puan emak kita.
3. saya nak dekan jugak untuk semester ni! saya nak! saya nak! saya nak jugak!
4. menjaga laptop tersayang dengan penuh kaseh dan sayang supaya beliau tidak masuk hospital lagi.
5. buang terus sifat suka bertangguh. bila dapat assignment,aku nak terus buat supaya nanti tak menggila tanpa mengira waktu bila lecturer dah mintak.
6. aku nak jana pendapatan melalui Nuffang tersayang memandangkan encik bapak dan puan emak tidak membenarkan aku buat part-time.
7. menabung dengan bersungguh-sungguh supaya akhir semester, poket aku tetap berisi duit yang banyak.
8. menaiktaraf pemikiran sendiri supaya aku tidak lagi berfikir macam kanak-kanak tak matang dan belum baligh.
9. meningkatkan kesihatan supaya aku tidak lagi bergantung hidup pada encik Ventholin.
10. perbaiki ibadah sendiri. sembahyang mesti mahu cukup dan tak miss baca Yassin tiap-tiap malam lagi dah.
11. mahu menjaga rambut dengan sebaiknya agar ia tidak busuk hapak kering dan berdawai.
12. saya nak buat lesen nanti cuti semester 2 ni.nak jugak! nak jugak!
13. eh? eh? tiba-tiba cakap saya.okayy tukar balik. aku nak buat part-time nanti cuti semester 2 ni.
14. teruskan berblogging supaya nanti musuh-musuh a.k.a stalker tegar aku tak boring tengok blog aku yang berdebu dalam suci.eh? suci dalam debu la.
15. saya nak belajar memasak. meskipun cita-cita saya adalah berkahwin dengan lelaki hot yang pandai masak, tai takpelah. encik bapak dan puan emak mesti tumpang suka bila anaknya pandai masak.haha
16. rancang tidur dengan baik dan mencukupi. bukan perjalanan je kena rancang okayy. takde terkurang takde terlebih.
17. encik bapak mahukan tahun baru saya ni tanpa gangguan dari boyfren.mampukah saya?
18. saya nak kurangkan rabun supaya nanti bila dalam kelas saya tak perlu terkapai-kapai mencari spek mata dalam beg.
19. famous blogger.ini adalah harapan baru saya untuk tahun ni.betul.
20. selain itu (okay ayat karangan pengajian am bahagian A) saya juga berazam untuk tidak melakukan perkara laknat yang bisa menjatuhkan maruah saya, agama dan ibu bapa.
21. menjadi manusia yang berdikari dan boleh hidop sendiri.
setakat ni itu saje azam aku untuk tahun baru yang penuh makna ni.
korang korang dan korang,doakan semoga aku mencapai segala ape yang aku azamkan yer?
terima kaseyyy!
p/s: 1/1/2011 jugak ialah hari jadi my mum.bakal buat entry khas untuk beliau.nantikan!
(makcik stalker tersayang,mesti kau suka ni.haha)
Thursday, December 30, 2010
farewell 2010
assalamualaikum semua.
pergh macam dah lama siot tak blogging-blogging ni.
bercuti rehat kejap.ngee~
esok dah masuk tahun baru.
tahun aku yang 2010 ni,banyak yang amat peristiwa-peristiwa besar berlaku dalam hidup aku.mari kita saksikan sinopsisnya.ahakz
JANUARI-MEI
~ lepas STPM aku kerja. as a proud, gojas and very hardworking cleaner. ape?taknak caya? hina sangat ke cleaner? ha? ha? ha? hahahaha.. pengalaman pertama aku kerja kot..suka yang amat sebab lemak-lemak banyak terhapus time nih. then aku sibuk dengan urusan nak MEDSI dan temuduga pendidikan..
JUN
~ alhamdulillah aku dapat tempat dekat UPSI.. then sesi menghabiskan duit-duit gaji la kan. turut berlangsung sesi bersama kawan-kawan sekolah lama dan sesi dating dengan gundik-gundik.
JULAI
~ daftar masuk UPSI. excited? gembira? sedih? semua ada lah. yang penting,masuk sini memang dah agak merubah hidup aku jugak la... but still,masih mai-main.
OGOS-NOVEMBER
~ berpuasa jaoh dari keluarga.agak menyedihkan. then agak menggila dengan assignment.biasala.budak STPM kan,mana biasa dengan assignment semua ni.kerja sekolah tahu la. then,final. masih main-main.
DISEMBER
~ cuti semester 1,result dah keluar. tak okay sebab tak dapat dekan macam orang lain. poket yang agak kempis sebab takde hasil. percintaan? sarah honey tak pernah lulus dengan warna terbang (flying colors).
well, its time to say goodbye, 2010.
tahun yang bermakna buat aku dan mereka juga.
a ton of secrets.
a ton of happiness.
btw,hello 2011.
and grades,get well soon so that aku boleh lulus dengan warna terbang.
life, please be nice.
Thursday, December 23, 2010
20 ciri-ciri lelaki hot
walaupun aku sedar diri bahawa aku bukan perempuan hot untuk layak menulis tentang ciri-ciri lelaki hot,ahhh tak kira aku nak tulis jugak.
1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.
2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.
3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)
4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)
5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu
6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)
7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.
8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe
9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.
10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!
okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha
sila terjah kat sini yer CIRI PEREMPUAN HOT DI MATA ENCIK APIH EL NINO

Labels:
cute stuff,
geli anak tekak,
hidup dan mereka,
highlight news,
lelaki,
sembang,
tips
Sunday, December 19, 2010
objectless, randomness
hari ni,aku berblogging kembali setelah berapa hari aku bercuti.bukan apa.aku malas la.then,padan muka aku.traffic pun dah menurun,pageviews tak sampai 100.hahaha
sebenarnya sebenarnya aku sayang nak tulis entry baru.sebab aku takot entry kat bawah-bawah ni teralih ke older pages.ala,entry pasal ENCIK B.A ni lah! hampess betol aku ni kan?hahaha..so aku akan pencen seketika dari buat 30 days blogging challenge.
hari ni aku kembali dengan semangat baru.(sambil buat muka perasan semangat)
aku sedang finish-ing baca blog MARIA ELENA.pergh dia memang best ah! dia boleh tulis apa sahaja yang dia mahu.cool heh?tak macam aku,tak boleh tulis merapu meraban.sebab i ada stalker tua dan muda.seriously i tell you,STALKER.bukan nak perasan ke apa.tapi betol lah.owh makcik-makcik dan pakcik-pakcik,when will you set me free? suka sangat nak tengok aku tak jadi manusia kan? ciss bedebah i tak suka!
aku tengah tunggu beg MISSTEENS sampai rumah ni.awwwww
till then.adik kesayangan dah bangkit dari tidur.need to layan dia talking crap.haha
muahhh3 i sayang u oll.mak bapak,adik beradik,sedara mara,BFF,BF,ex-BF,kawan-kawan,readers,semua sekali i sayang.i cuma tak sayang you-you je,stalkers cabukk! lepas ni bolehla tulis status baru kat FB pulak ya,dammit!
haha okay dah-dah mencarut.betul-betul nak bye ni.
p/s: berterima-kaseh kpd cik FATIN ZOL untuk entry beliau yang maseh ingat pada aku.aku sayanggg ko aten,always and forever!
p/s 2: yes,i broke up with bear.don't worry bout me.im chill.
Friday, December 17, 2010
hey dunia! BEN ASHAARI datang rumah karangan aku!
tengok tajuk sangat tak boleh belah kan?
haha
apa? apa? apa?
korang tak percaya?
nah amik kau!
bukan setakat datang rumah karangan aku ni,tapi beliau siap jadi follower aku kot!
owh terima kaseh abang besar abang besar!
anda buat saya senyum dan sengih untuk sepanjang bulan.
hahahahahaha
kepada sapa-sapa yang belum kenal dengan abang besar ni,
sila berbuat demikian dengan segera ke sini BEN ASHAARI

Thursday, December 16, 2010
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
blogger kesayangan. blogger pujaan
siapa tak kenal?
cik HANIS ZALIKHA. cik HANIS ZALIKHA.
cik HANIS ZALIKHA. cik HANIS ZALIKHA.
cik HANIS ZALIKHA. cik HANIS ZALIKHA.
aku ulang sekali lagi beserta link okayyy?
CIK HANIS ZALIKHA lah!
~ flawless Barbie skin
~ perfect smile
~ miss body-licious!
~ perfect family life
~ the genius one
~ super exotic look
~ the funny one
~ beautiful dan ini semua orang tahu.
~ hey u Malaysian Dreamgirl!
dan itulah sebab-sebabnya.
sekian terima kasehh.hehe
Suai kenal blogger Bersama Encik Ben Ashaari
assalamualaikum..
ni first time aku nak join aktiviti yang Encik Ben anjurkan ni.
teruja plus plus
nervous tak bersebab pun plus plus jugak!
siapa tak kenal Encik Ben?Blogger otai dan rajin kot!
okay kita strettt to da soalan dan task nya yer?
1. Letak header blog BEN ASHAARI
~DONE
2. Bila mula buat blog ?
~tahun 2009.tapi 2009 tu buat saja-saja,sekadar suka-suka.tahun 2010 baru mula post entry bagai-bagai..hehe
3. Jumlah follower sekarang ini ..
~144 orang followers yang amat amat amat saya sayangi.malunya nak bagitau dunia sebab terlampau sikit kalau nak banding dengan bloggers lain.
4. Berapa trafik harian ?
~100 plus plus
5. Sehari brapa entri ?
~3 hingga 6 mengikut kelapangan dan idea yang singgah dalam minda
6. Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
~saya paling suka BELOG HANIS ZALIKHA
mari-mari readers saya,kita pakat join usaha murni ENCIK BEN disamping menambahkan lagi ramai kawan-kawan maya.
Day 16 - Another picture of yourself
Wednesday, December 15, 2010
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
aku takde iPod la.sedih kan?
cis,langsung tak sedih ah! bhahahaha
mp3 henpon cabuk aku pun okay ape? :p
1. Muse – Hysteria
2. The Changcuters - I Love U Bibeh
3. OST Adamaya - Yang Terindah
4. Dashboard Confessional - So Long Sweet Summer
5. Thanks for the memories - Fall Out Boy
6. Decode - Paramore
7. Move on – Jet
8. Speechless - Lady Gaga
9. Tesla - Love Song
10. The Fratellis - Whistle For The Choir
Day 14 - A picture of you and your family
gambar yang tidak lengkap 1 family.
dah takde gambar lain kot.
takkan nak taruk gambar raya yang dah lama tu?
owh sarah u're so lame lah.huhu
time ni cuti sem aku.
memandangkan kat Tanjung Malim takde pantai,maka aku paksa umi bawak kitorang pergi Batu Burok.
owh pasir-pasir owh air masin owh ikan di laut
aku rinduuuuuukan kamu!
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
dear kamu-yang-telah-lukakan-saya,
tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan isi hati dan perasaan saya dekat kamu.saya sakit hati tahu? kamu ni buat saya macam spare part saje.bila kamu gaduh-gaduh dengan madu saya,kamu mula lah mesej-mesej saya.
apa kamu ingat saya ni ape?
madu simpanan?ha?ha?ha?
saya taknak marah kamu sebab kamu dah besar panjang.
pakai kasut pun saiz sembilan.
baju saiz L.
makan 1 pinggan setengah.
jadi kamu sudah boleh fikir sendiri.
okaylah.tulis banyak pun tak guna.
sekian.
kirim salam sama mak bapak kamu di kampung.
p/s: surat ini ada kaitan dengan yang hidup sahaja.tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia kerana takde maknanya saya nak tulis surat kepada yang tidak dapat membaca.

Day 12 - How you found out about blog and why you made one
setelah agak lama aku men-skip-kan diri untuk buat task ni,hari ni aku kembali,yayyy!
How do i found about blog?
aku pun dah lupa la...dah lama kot aku buat blog ni.start buat dah lama cuma time tuh tak reti dan tak paham lagi blog apa benda alah blog ni.
And why i made one?
pada asalnya,aku buat saje-saje.untuk suke-suke.
orang buat,aku pun nak jugak lah!
aku kan suka ikot-ikot orang.
tapi tidak untuk eja-eja pelat macam budak tak reti mengeja okay!
haha
sekian dulu untuk task hari ke 12.
owh bosan.sapa baca sampai habis mesti menyesal gila ni.

How To Capture a Screen Shot of your Desktop
hello sarah datang lagi!
hehe
entry ni aku buat khas untuk ENCIK YEB.
beliau ada tanya aku camne nak print screen or nak capture a screen shot.
caranya ada dua,yang saya tahu la.dulu selalu buat cara 1,tapi lama-lama explore-explore sendiri,saya kini lebih suka guna cara 2. selamat mencuba!
CARA 1
1. tekan button [prtSc SysRq] dekat keyboard PC or laptop anda.
2. bukak any image editing program macam Microsoft Paint.
3. kemudian paste-kan screen yang anda dah capture di Step 1 tadi tu dengan klik Ctrl + v
4. taraaa! dah keluar kan? akhir sekali,pergi ke File Menu,then save as. SIAP!
CARA 2
1. pastikan laptop or PC anda dilengkapi dengan Program Picasa. kalau takde,boleh download dekat TEKAN SINI TEKAN SINI!
2. okay bila dah ada Picasa ni,everytime korang nak print screen,korang just open dulu Picasa ni.
3. tekan button [PrtSc SysRq] macam dekat langkah 1 tuh.
4. anda akan mendapati screen yang anda capture tuh,automatik masuk dalam Picasa Album.
5. siap!!!!
terima kaseh kerana sudi bertanya dan membaca.
kalau tak paham,boleh bertanya dekat kolum komen yang telah disediakan.hehe

Tuesday, December 14, 2010
tag tag tag dan tag!
saya kena tag lagi...wawawawa
TAG 1: random questions
FROM: QUESERASYERA
BENDA YANG PENTING DLM HIDUP:
~banyaakkkkk...memandangkan sekarang tengah ngadap laptop,maka laptop lah jawapan saya.
BENDA TERAKHIR YANG DIBELI DENGAN DUIT SENDIRI:
~shawl rock n roll! yeah!
TEMPAT DAN TEMA PERKAHWINAN:
~agagaga sayatak pikir lagi lah!
NOVEL/BUKU/MAJALAH YANG BARU ANDA BELI:
~perg,saya pemalas,mana layan buku-buku ni! haha
MANA LEBIH MESRA, IBU/AYAH? :
~both lahh!
ORANG YANG ANDA BETUL-BETUL NAK JUMPA DALAM HIDUP:
~too many to be listed!
ADAKAH ANDA BASUH BAJU ANDA SENDIRI? :
~yes3 siap basuh baju orang lain sekali lagi.
JELASKAN 3 OERKARA TENTANG ORANG YANG TAG ANDA:
~saya baru kenal dengan dia.
~dia kawan kepada miasarah
~dia comel dan baik :)
sis skip yer.sebab malas lah.haha
anyway,tanxxxxxxx~ xoxo
TAG 2: HOT + SPICY
FROM: NAJWA HAZWANI
1. Adakah anda rasa anda HOT?
~saya tak hot,saya suam-suam kuku jer.ahakz
2. Upload gambar wallpaper yang anda guna sekarang?
print screen siap.hoho
3. Cerita pasal gambar nih?
~gambar nih dah lama kot pakai.time buat 30 days blogging challenge.
4. Kali terakhir makan pizza?
~dah lama dah..dengan BFF saya harituh.sob3
5. lagu terakhir anda dengar?
~apa yer?lagu yang dekat blog CIK RYNA
6. apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?
~bermesej dengan kawan bincang pasal tiket bas nak balik upsi nanti.haha
7.selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?
~along yang comel.okay yang comel tuh aku tipu.haha
8. tag lagi 5 orang
sape-sape yang nak buat silakan :)
9. Siapa orang no 1 dengan anda?
***
10. Katakan sesuatu dengan no 5?
***
11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
***
12. Bagaimana pula dengan no 2?
***
13. Katakan cinta kepada no 4.
***
14. Berikan 4 fakta orang yang kamu tag?
readers saya memang best-best dan comel-comel serta hot-hot!
okay dah siap! haha

penjagaan bayi yang sempurna
entry kali ini amat sesuai untuk ibu dan bapa di luar sana serta pasangan-pasangan bahagia yang bakal mendirikan rumah tangga dan juga menimang baby seperti KAK YAYAH. hahahaha
btw,gambar-gambar ini saya amik dari blogger famous, CIK EPAL YANG COMEL
susah tau sebab beliau disable right-click.ape lagi,gunakan kepakaran print screen yang ada lah! haha okay jom layan!
okay sekian dulu untuk kali ni.nak lagi?
boleh boleh,sila kunjungi TEKAN SINI TEKA SINI!
btw,gambar-gambar ini saya amik dari blogger famous, CIK EPAL YANG COMEL
susah tau sebab beliau disable right-click.ape lagi,gunakan kepakaran print screen yang ada lah! haha okay jom layan!
bapaknya selambe je kot sumbat anak dalam washing machine.kucing pun boleh mati,ni kan pulak baby! haha
baby: wa tak layan ah mainan-mainan nak ransang pertumbuhan gigi neh,ape barang.mak wa ajar gigit kasut woo~
baby: wa nak jadi macam ENCIK BEN ASHAARI kot,exercise macam tu,wa sengih je beb!
baby: mak bungkus wa macam nak gi campak depan rumah kebajikan je! haha
baby: bapak,cepat aaaa,checkmate dah tu!
baby: bapak,ini sudah lebih!
okay sekian dulu untuk kali ni.nak lagi?
boleh boleh,sila kunjungi TEKAN SINI TEKA SINI!
Anak temani mayat ibu lebih dua hari
SIBU 14 Dis. - Seorang budak perempuan berusia empat tahun ditemui terbaring di sisi mayat ibunya yang telah mula membengkak dan berbau dipercayai mati dibunuh lebih dua hari.
Mangsa, Magdeline Chadon, 36, dari Kapit ditemui pada pukul 1 petang tadi di rumah sewanya di Jalan Hua Kiew dengan kecederaan di belakang leher dan telinga kanan dengan ulat telah mengerumuni luka tersebut.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian disedari tuan rumah yang mengunjungi rumah tersebut dan terdengar tangisan kanak-kanak sedangkan rumah berkunci dan lampu masih menyala.
''Tuan rumah ini bertindak memecah masuk dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan terbaring lemah tak bermaya di sisi mayat ibunya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, tuan rumah yang terperanjat dengan keadaan itu bertindak segera dengan menghubungi polis.
Katanya, mangsa telah empat bulan bercerai dan jirannya mendakwa terdengar pertengkaran apabila bekas suaminya mengunjungi rumah tersebut.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan seorang pengawal keselamatan pukul 4.30 petang ini bagi membantu siasatan.
Mangsa dan anaknya itu, kata Shafie, dihantar ke Hospital Umum Sibu. Malah kanak-kanak tersebut dipercayai berlapar ketika menemani mayat ibunya.
''Kanak-kanak tersebut muntah ketika cuba diberi makanan dan doktor percaya ibunya telah meninggal lebih dua hari. Malah kanak-kanak itu enggan bercakap seolah-olah berada dalam trauma," katanya lagi.
Polis katanya, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan sedang mencari motif pembunuhan tersebut.
Keadaan kanak-kanak malang itu, katanya, telah dimaklumkan kepada jabatan kebajikan untuk tindakan.
p/s: di-expose oleh encik bapak pagi tadi time tengah breakfast.
sumber: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

proses penyambungan jari
jarimu bukan jariku
blogwalking malam ni menemukan aku dengan gambar-gambar lucah yang men-ngilu-kan mata memandang. gambar dicilok dari BORAK KOSONG ..
agak-agak kenapa la jari dia boleh hancur macam ni eh?seriau kot aku tengok!
berat mata memandang,berat lagi jari memikulnya.adehhh adehhh adehhh..sakit!
agak-agak kenapa la jari dia boleh hancur macam ni eh?seriau kot aku tengok!
berat mata memandang,berat lagi jari memikulnya.adehhh adehhh adehhh..sakit!
Monday, December 13, 2010
Muse - Invincible
shall be my 2010 spirit song!
"Follow through
Make your dreams come true
Don't give up the fight
You will be all right
Cause there's no one like you
In the universe"
p/s: entry makin berkurangan semenjak dua menjak ni.
followers yang disayangi sila RINDUkan saya!
Friday, December 10, 2010
Senarai Kesyukuran dan kenapa semua orang wajib wujudkannya.
Senarai Kesyukuran Sarah Honey
1. saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Islam
2. saya bersyukur emak dan bapak saya sayangkan saya.
3. saya bersyukur bapak saya selalu ambil berat pasal saya dengan men-skodeng blog saya.hihi
4. saya bersyukur bapak dan mak saya selalu berusaha menambahkan berat badan saya everytime saya ada kat rumah dengan menghadiahkan makanan sedap seperti nasik lemak larut malam.
5. saya bersyukur saya dapat tempat untuk sambung belajar di UPSI.saya nak jadi cikgu. nak sangat sangat sangat dan sangat!
6. saya bersyukur blog saya ada 127 orang followers walaupun mereka malu dan segan untuk tinggalkan komen (-_-)
7. saya bersyukur adik beradik saya sangat menceriakan hari saya yang suram dengan riuh rendah gamat minyak gamat hinggakan saya tak sempat nak rasa suram pun.hoho
8. saya bersyukur rumah saya ada broadband yang sangat laju hingga saya tak perlu tunggu langsung ketika nak layan lagu kat Youtube.
9. saya bersyukur WiFi kat bilik saya kat UPSI sana teramatlah laju sampai kawan-kawan yang datang berkunjung ke rumah jealous tahap dewa gigi bila dorang tak payah tunggu lama-lama untuk bukak facebook.
10. saya bersyukur ramai yang sayang dan cinta saya.
11. saya bersyukur ada datuk dan nenek dan paksedare dan maksedara yang pemurah.everytime saya balik kampung,saya akan collect duit yang banyak untuk pelbagai kategori.kategori habis exam UPSR PMR SPM STPM,kategori balik kampung,kategori cucu jarang balik,kategori raya haji raya puasa,kategori upah picit belakang,kategori upah cabut uban etc.
12. saya bersyukur Allah sematkan kepercayaan kepadaNya dalam diri saya.
13. saya bersyukur nama saya Sarah Hani sebab saya boleh marketkan ejaan nama saya menjadi Sarah Honey.dan ada orang dengki.haha
14. saya bersyukur anda masih membaca.
15. saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental.alhamdulillah..
16. saya bersyukur saya penghidap lelah yang agak teruk.
17. saya bersyukur mak dan ayah saya selalu marah saya tidur lewat walaupun pada hakikatnya saya tak dengar nasihat mereka.
18. saya bersyukur sistem penghadaman saya bertambah baik sejak berada di rumahmanisrumah ni.
19. saya bersyukur mata saya rabun sebab bila saya berjalan sorang-sorang kat tempat ramai orang,saya yakin dan tak segan.pergh hebat hebat.
20. saya bersyukur wajah saya amat jarang dihinggapi jerawat yang boleh mengganggu konsentrasi saya di dalam kelas.
21. saya bersyukur rambut saya tidak mengalami musim buah meskipun saya selalu mengenakan tudung ketika pergi ke kelas.
22. saya bersyukur tulisan saya cantik dan comel maka saya tak perlu malu dan segan ketika menulis di hadapan papan putih.hehehe
23. saya bersyukur saya ada banyak tempat untuk mengadu dan berkongsi suka duka gelak tawa tangis hiba.pergh ayat takleh belah sila jangan muntah.
24. saya bersyukur saya selalu tukar-tukar sekolah dan ini buatkan saya punya ramai kawan.
25. saya bersyukur saya masih dara.
26. saya bersyukur saya selalu bersyukur
27. saya bersyukur saya tak boleh nampak hantu dan seumpamanya.saya taknak mata batin saya dibuka! (daddy if u read this.haha)
28. saya bersyukur saya diberi kesedaran untuk belajar memasak.
29. saya bersyukur saya pernah bekerja sebagai seorang tukang sapu yang comel serta di-ngorat oleh pekerja-pekerja lain disekeliling saya.haha jangan muntah lagi.
30. saya bersyukur walaupun saya malas buat revision,suka study last minute,malas malas dan malas,saya tetap boleh sambung belajar.ayah saya kata,ini semua sebab luck saya yang saya dapat dengan berbakti kepada ibu bapa seikhlas hati.dan ya saya akui benda itu.
saya dah malas.kamu pun patut buat senarai kesyukuran ini.
akhir sekali,saya bersyukur dapat kongsi Senarai Kesyukuran ini dengan awak semua.
she and him
"perbezaan itu melengkapkan"
you love DOTA. i love FB & BLOG.
you love fish. i love chicken.
you love Nivea. but im more to Rexona.
you love football. i love congkak je.
you so blur. but im a bit clearer (huhu)
im a future teacher.but u're a manager(insyallah)
i care bout every single things.
"persamaan menimbulkan keserasian"
you love KFC.i love KFC.
you love white color. and so do i.
we just love to eat.a lot.
kita suka cakes kan bebeh?
but everything is all over.
sedih kan?
ramai yang tak setuju.tapi biarlah..
Thursday, December 9, 2010
udara petang di Terengganu saya :)
petang tadi aku dan family pergi makan angin petang kat Marang.tak tahu la ape nama tempat tu.. macam taman rekreasi macam tu la..saje je nak share gambar ni..tengok jangan sampai muntah yer.layannnnnn~
sekian sahaja entry bergambar dari saya,cik Sarah Honey
p/s: malam ni saya rasa sunyi dan agak kurang kasih sayang.
kasihan betul sama saya.*sigh*
ni ha tempat dia.cool seh.kalau bawak kamera mahal ni mau aku posing konon-konon buat photoshoot la.haha
cubaan menyelamkan budak ke dalam air.ibu bapa dan anak-anak dilarang keras mencuba aksi ini.cuba di tepian sungai takpe.hehe
gambar muka perasan cute harus ada! ngeee~ jangan terjeluak.
encik bapak,puan ibu dan anak bongsu mereka!
senyum mahal paling susah nak dapat ketika bergambar!
acara tak boleh tinggal~ kejar kejar dan penyek perut kucing taman
i hadiahkan u all adik i si mek bunga raya.dia gedik macam kakak dia jugak.haha
sekian sahaja entry bergambar dari saya,cik Sarah Honey
p/s: malam ni saya rasa sunyi dan agak kurang kasih sayang.
kasihan betul sama saya.*sigh*
pintu keluar pantai timur
Wednesday, December 8, 2010
Yiruma - Kiss The Rain
hello people!
pagi yang indah kan?
apa kata korang try tekan butang play kat atas ni.
haaaa sedap kan?
1st time aku dengar pun terus jatuh cinta.
aku ingat aku nak tukar lagu tu la dengan lagu lama background blog ni.
lagu lama pun played by Yiruma jugak
River Flows in You- Yiruma.
tapi disebabkan kenalan aku seorang ni cakap,lagu lama lagi best.
maka aku tak jadi tukar la.
kan aku ni suke ikut-ikut cakap orang.
haha takdela.kan aku menulis dan ber-blog kerana kau kau dan kau.
anyway,try lah layan Yiruma ni pulak.lagi bagus kalau jadi macam aku.download segala Yiruma yang ada kat YouTube tuh! huhu
Day 11 - Another picture of you and your friends
yang ni aku bersama BFF nombor satu and BFF nombor 2.
Diha and Aieyn
gambar ni sehari sebelum aku berangkat pergi UPSI.
family aku buat makan-makan la sikit kat rumah.
tanx untuk mak saya yang susah-susah masak.
tanx untuk korang berdua yang sudi datang makan and jumpa aku buat kali terakhir sebelum aku gi perak darul takbest.haha
love both of you lah!
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
aku excited kot nak buat task hari ke-10 ni!
tengok muka aku,aku senyum nih!
teruja punya pasal.hehe
jom lah kita strettt to der pointt!
WHEN I’M HAPPY
1. Happy- Mocca
2. Teenage Dream- Katy Perry
3. Your Love is My Drug – Ke$ha
4. Whistle For The Choir- The Fratellis
5. Hey Soul Sister- versi Alyysa Bernal
WHEN I’M SAD
1. Look What You've Done- Jet
2. Kiss The Rain- Yiruma
3. Love The Way You Lie- Eminem ft Rihanna
4. semua lagu-lagu Maher Zain
WHEN I’M BORED
aku layan semua video lagu bila aku boring!
WHEN I’M HYPED
1. Long Before Rock n Roll- Mando Diao
2. You Can't Steal My Love- Mando Diao
3. Like It’s Her Birthday- Good Charlotte.
WHEN I’M MAD
aku tak menyempat nak dengar lagu lah bila time aku marah ni.rasa nak pergi pukul orang je.haha
tadi teruja sangat.bila dah habis.hilang dah ke-teruja-an tadi.haha

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
apa yer?ada banyak kot tapi semuanya macam lame things.
takpelah.tulis jela kan?
1. saya buat cuppies yang kelima.agak bangga bila my fav litle sister asyik ulang alik ke dapur bukak peti sejuk untuk merembat cuppies yang ada.tak sampai 2 hari,cuppies yang dalam peti ais dan dalam tupperware dah licin! terima kaseh untuk ahli keluarga saya yang support kek saya buat.gembira dan bangga! ngeeeee~~
2. saya bangun awal pada pagi ni dan bapak saya upah nasik kerabu ayam plus milo ais!
3. saya belum habis fikir la!
sekian dulu untuk kali ini.sekian terima kaseh. -_-

Tuesday, December 7, 2010
SKUAD BESI BUROK MALAYSIA
hello! sarah datang lagi.
baru setel hutang subuh dengan Tuhan saya.
malam tadi seorang artis facebook tag kan saya video beliau muncul dalam Astro.saya tak pasti lah pulak channel berapa.
okay jom saya share beberapa fakta yang saya tau tentang beliau ni.
nama beliau adalah seperti yang tertera dalam facebook.
beliau ada banyak nama samaran.
beliau adalah seorang yang saya kira otai lah kot dalam scene VESPA ni.
menurut beliau dalam video ni,beliau memiliki 20 bijik jentera klasik dalam simpanan termasuklah yang hidup dan kurang hidup.
menurut beliau lagi,jentera-jentera tersebut blablabla..korang sila tengok sampai habis lah erk.penat je aku carik dalam YOUTUBE nih!
kepada sesiapa yang nak berkenalan lebih lanjut dengan beliau ni,bolehlah menghubungi beliau di laman sesawang seperti yang tertera di bawah ini.
artis saya-rasa-saya-korea;
NASHARYZAL NAZLAN
ataupun boleh klik LIKE di fanpage beliau;
ENCIK SENYUMAN MANJA MENGGODA
beliau dan konco-konco juga boleh ditemui di sini;
SKUAD BESI BUROK
p/s: tak payah susah-susah terima kaseh la.sebab saya ikhlas.haha
cara tingkatkan keyakinan diri
assalamualaikum dan salam subuh semua!
hari ni aku belum tidur.dan aku berasa hebat serta merta.haha
okay jom aku nak share cara tingkatkan keyakinan diri,cara aku.
1. rabun
~ aku tak suruh korang merabunkan mata yang tak rabun tuh ya.jangan silap faham.okay stret to de point! okay rabun yang aku alami ni aku anggap macam kelebihan dan bukan kekurangan bagi aku.aku cuma pakai glasses time dalam kelas je.dulu aku selalu join pertandingan pidato dan blablabla kat depan orang ramai.aku boleh berdiri atas pentas untuk buat speech tanpa ada rasa nervous walau sikit pun *tepuk-tepuk*. sebenarnya aku bukan berani sangat pun. aku kan tak nampak audience yang tengah menonton aku so masalah seperti konflik hubungan mata and whatsoever tuh takkan berlaku la.sebabnya,perasaan malu or segan berada di depan khalayak ni cuma timbul bila kita takut orang pikir bukan-bukan dan pandang rendah kat kita. pendapat aku lah.
2. puji diri sendiri di dalam hati
~ tanamkan dalam hati bahaa kita lebih hebat dan bagus daripada orang lain. bukan niat untuk bongkak atau riak tetapi untuk latih diri sendiri rasa lebih yakin dan bersemangat untuk buat apa jua dengan berjaya! *aww semangatnya saya menaip*
3. pakaian
~ aku kurang gemar bermain warna ketika berpakaian.contohnya warna kuning.sebab aku rase aku nampak pelik dalam cermin. maka aku buat andaian bahawa orang pun akan tengok aku pelik.tips aku senang je.pakai baju yang korangg rase buat korang nampak elegan,kemas dan paling penting selesa.
contoh kalau pakai baju singkat,bila lalu tempat ramai orang or audien yang kurang sesuai contoh kat kampus,agak-agak camne ye.asyik nk tarik2 je.pastuh mula la gelisah semacam.okay,pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya,uhh nasih baik aku pakai baju kurung je pergi kelas.hehe..lagi 1,ini agak bongek dan lame serta pathetic.iaitu pkai bju yg agak mahal dan original.walaupun orang tak tanya kita berape harga,kita tetap akan rase yakin untuk melangkah.hua3..
okay.ini cara aku.cara korang pulak?
p/s: tips yang berguna untuk tingkatkan keyakinan. sila tengok di SINI!
Subscribe to:
Posts (Atom)