sayang sayang saya :')

Showing posts with label geli anak tekak. Show all posts
Showing posts with label geli anak tekak. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

antara kebenaran.mungkin kepalsuan?



mereka pikir..
aku sangat gilakan Facebook.
hakikatnya..
aku lagi gemar tonton drama Korea dalam bilik sorang-sorang.

mereka pikir..
aku gemar bersosial siang malam di tempat keraian.
hakikatnya..
aku lagi gemar tidur atas tilam empuk bersama bantal-bantal.

mereka pikir..
aku masih cinta sama boypren-boypren lama.
hakikatnya..
cinta udah nggak ada,sayang MUNGKIN.

mereka pikir..
mereka bisa bodoh-bodohkan aku dengan ayat 'wrong person'
hakikatnya..
sorry doe,aku dah tak bodoh dah sekarang.

mereka pikir..
aku ni sombong yang amat,bila senyum tak pernah dibalas.
hakikatnya..
eh hello,aku rabun lah!

mereka pikir..
mereka boleh main-mainkan aku dengan menyebut-nyebut nama orang yang tak sepatutnya di depan aku.
hakikatnya..
tak boleh! kan dah kena marah! padan muka ko!

mereka pikir..
ahh lantak mereka lah dengan pikiran mereka.

ada aku kesah?
kesah kot.kalau tak,takkan aku tulis entry ni.

Thursday, December 23, 2010

20 ciri-ciri lelaki hot

walaupun aku sedar diri bahawa aku bukan perempuan hot untuk layak menulis tentang ciri-ciri lelaki hot,ahhh tak kira aku nak tulis jugak.

1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.


2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.


3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)


4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)


5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu


6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)


7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.


8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe


9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.


10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!


okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha

sila terjah kat sini yer CIRI PEREMPUAN HOT DI MATA ENCIK APIH EL NINO

Tuesday, December 14, 2010

proses penyambungan jari

lagi entry pasal jari.malam ni korang disajikan dengan jari je yer?
kenyang dengan jari.yuksss!











taraaaaa! hebat kan? jari tersambung pergh!
(mak geli nokk.korang layankan jela)
haha

jarimu bukan jariku

blogwalking malam ni menemukan aku dengan gambar-gambar lucah yang men-ngilu-kan mata memandang. gambar dicilok dari BORAK KOSONG ..


agak-agak kenapa la jari dia boleh hancur macam ni eh?seriau kot aku tengok!


berat mata memandang,berat lagi jari memikulnya.adehhh adehhh adehhh..sakit!

Thursday, December 9, 2010

pintu keluar pantai timur


nak tengok the real Terengganu?
nah amik kau..

untuk blogger yang bukan dalam kalangan rakyat Terengganu atau Kelantan, 'TUBIK' ni maksud dia 'KELUAR' atau 'EXIT'.hehe

Friday, December 3, 2010

hilang nikmat tidur

sekarang aku sangat sangat sangat mengantuk.
perut dah kenyang.
tiket bas untuk 4hb dah setel.
barang dah 70% setel packing.
cadar dan selimut dah kering.


tengok ni.aku nak kena tampal dekat beg yang bakal ditinggalkan kat stor simpanan sementara.comel dak tulisan aku?haha..terpaksa di-blurkan untuk tujuan keselamatan.

owh yer.tadi lepas habis je exam aku dengan kawan berfoya-foya kat depan kampus.
pergi beli benda yang bukan keperluan.
ahhh habis lagi duit saya.haha

dahlah.malas nak tulis.tengok jela 2 3 keping gambar yang sempat snap tadi.huhu


nah amik kau.ini la wajah aku yang sebenar.haha..yang ni aku rasa candid.tapi macam aku sengaja la pulak pose macam ni time kawan aku nak snap tadi.haha



ko ingat ko cute la buat muka konon tak tengok camera ni?ha?ha?



part ni paling takleyhbelah.nampak mini cooper comel terus mintak kawan snapkan.haha.eh mini cooper ke nama dia?haha


p/s: rasa macam nak skip je 30 days BC.boleh yer? esok lah saya buat.malas sangat sangat ni.

assalamualaikum dan good nite!
~malam terakhir tidur di kolej bagi semester 1.

Thursday, November 11, 2010

awwww geli mat betol!

AWAS! gambar yang bakal anda tatap ini berkemungkinan besar boleh menyebabkan anda rasa geli-geli tekak dan loya anak tekak.
tapi tak kira,nak tunjuk jugak!
gadis,you!
geli mak!
haha

SAKSIKAN~



POSE DALAM AIR siot!
readers,takde yang cair ke?huhu

p/s: tringat pulak kat subjek Pembangunan Sahsiah time buat presentation bout transeksual ni.haha