sayang sayang saya :')

Showing posts with label petua nenek. Show all posts
Showing posts with label petua nenek. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

How To Capture a Screen Shot of your Desktop

hello sarah datang lagi!
hehe

entry ni aku buat khas untuk ENCIK YEB.
beliau ada tanya aku camne nak print screen or nak capture a screen shot.

caranya ada dua,yang saya tahu la.dulu selalu buat cara 1,tapi lama-lama explore-explore sendiri,saya kini lebih suka guna cara 2. selamat mencuba!

CARA 1

1. tekan button [prtSc SysRq] dekat keyboard PC or laptop anda.


2. bukak any image editing program macam Microsoft Paint.

3. kemudian paste-kan screen yang anda dah capture di Step 1 tadi tu dengan klik Ctrl + v

4. taraaa! dah keluar kan? akhir sekali,pergi ke File Menu,then save as. SIAP!


CARA 2

1. pastikan laptop or PC anda dilengkapi dengan Program Picasa. kalau takde,boleh download dekat TEKAN SINI TEKAN SINI!

2. okay bila dah ada Picasa ni,everytime korang nak print screen,korang just open dulu Picasa ni.

3. tekan button [PrtSc SysRq] macam dekat langkah 1 tuh.

4. anda akan mendapati screen yang anda capture tuh,automatik masuk dalam Picasa Album.

5. siap!!!!


terima kaseh kerana sudi bertanya dan membaca.
kalau tak paham,boleh bertanya dekat kolum komen yang telah disediakan.hehe

Tuesday, December 14, 2010

penjagaan bayi yang sempurna

entry kali ini amat sesuai untuk ibu dan bapa di luar sana serta pasangan-pasangan bahagia yang bakal mendirikan rumah tangga dan juga menimang baby seperti KAK YAYAH. hahahaha

btw,gambar-gambar ini saya amik dari blogger famous, CIK EPAL YANG COMEL
susah tau sebab beliau disable right-click.ape lagi,gunakan kepakaran print screen yang ada lah! haha okay jom layan!


bapaknya selambe je kot sumbat anak dalam washing machine.kucing pun boleh mati,ni kan pulak baby! haha



baby: wa tak layan ah mainan-mainan nak ransang pertumbuhan gigi neh,ape barang.mak wa ajar gigit kasut woo~



baby: wa nak jadi macam ENCIK BEN ASHAARI kot,exercise macam tu,wa sengih je beb!



baby: mak bungkus wa macam nak gi campak depan rumah kebajikan je! haha



baby: bapak,cepat aaaa,checkmate dah tu!



baby: bapak,ini sudah lebih!


okay sekian dulu untuk kali ni.nak lagi?
boleh boleh,sila kunjungi TEKAN SINI TEKA SINI!

Tuesday, December 7, 2010

cara tingkatkan keyakinan diri


assalamualaikum dan salam subuh semua!

hari ni aku belum tidur.dan aku berasa hebat serta merta.haha
okay jom aku nak share cara tingkatkan keyakinan diri,cara aku.

1. rabun
~ aku tak suruh korang merabunkan mata yang tak rabun tuh ya.jangan silap faham.okay stret to de point! okay rabun yang aku alami ni aku anggap macam kelebihan dan bukan kekurangan bagi aku.aku cuma pakai glasses time dalam kelas je.dulu aku selalu join pertandingan pidato dan blablabla kat depan orang ramai.aku boleh berdiri atas pentas untuk buat speech tanpa ada rasa nervous walau sikit pun *tepuk-tepuk*. sebenarnya aku bukan berani sangat pun. aku kan tak nampak audience yang tengah menonton aku so masalah seperti konflik hubungan mata and whatsoever tuh takkan berlaku la.sebabnya,perasaan malu or segan berada di depan khalayak ni cuma timbul bila kita takut orang pikir bukan-bukan dan pandang rendah kat kita. pendapat aku lah.

2. puji diri sendiri di dalam hati
~ tanamkan dalam hati bahaa kita lebih hebat dan bagus daripada orang lain. bukan niat untuk bongkak atau riak tetapi untuk latih diri sendiri rasa lebih yakin dan bersemangat untuk buat apa jua dengan berjaya! *aww semangatnya saya menaip*

3. pakaian
~ aku kurang gemar bermain warna ketika berpakaian.contohnya warna kuning.sebab aku rase aku nampak pelik dalam cermin. maka aku buat andaian bahawa orang pun akan tengok aku pelik.tips aku senang je.pakai baju yang korangg rase buat korang nampak elegan,kemas dan paling penting selesa.
contoh kalau pakai baju singkat,bila lalu tempat ramai orang or audien yang kurang sesuai contoh kat kampus,agak-agak camne ye.asyik nk tarik2 je.pastuh mula la gelisah semacam.okay,pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya,uhh nasih baik aku pakai baju kurung je pergi kelas.hehe..lagi 1,ini agak bongek dan lame serta pathetic.iaitu pkai bju yg agak mahal dan original.walaupun orang tak tanya kita berape harga,kita tetap akan rase yakin untuk melangkah.hua3..

okay.ini cara aku.cara korang pulak?

p/s: tips yang berguna untuk tingkatkan keyakinan. sila tengok di SINI!

Tuesday, November 30, 2010

kamu,eja biar betul-betul ya?



sumber dipetik dari blog CIK RYNA

mula-mula sekali nak mintak maaf lah kalau ada mana-mana pihak yang terasa hati ke ape.
entry kali ni bukan nak mengutuk ke ape.
cuma nak kongsi pendapat je.hehe

ejaan-ejaan short-form kan lagi comel kalau diguna ketika ber-SMS aje.
untuk penulisan dalam blog kan lebih manis kalau ejaannya penuh.
takde yang skemanya pun.
nampak lagi profesional (kot?) bagi aku.
nampak lagi educated kot macam yang tertulis kat dalam gambar tuh.

tapi seriously aku cakap,aku memang kurang suke dengan blog yang aku usha-usha,then tulisan dan ejaannya;

aqu, aqoo, kow , minx , dan bagai-bagai lagi lah.

memang aku stay sekejap aje lah.then tanpa segan silu aku klik butang pangkah kat ats tu.

pinjam kata-kata CIK RYNA,
ini pendapat personal aku.kalau kamu nak buat jugak,takde hal lah.
menulis ikot keselesaan masing-masing kan?

okay sekian dulu untuk tengah malam ini.
selamat hari rabu.
*pagi yang tenang dan sunyi*

Thursday, November 4, 2010

cara merawat terseliuh

pernah terseliuh?biasanya kaki atau tangan la kan?
selalunya bila terseliuh kita terus jumpa tukang urut tradisional jela kan?
sebenarnya kaki aku terseliuh sebelum balik terengganu aritu,sebab tuh aku post entry ni.huhu
da agak lama tak terseliuh kot.last sekali time pergi Tanjung Piai tahun lepas.

okay ni ada beberapa tips merawat anggota badan yang terseliuh.
terima kaseh encik google!

1.menggunakan daun tembaga suasa.


cara rawatan:
- Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

- Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

- Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

- Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

- Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

2.rawatan kecemasan

-kurangkan pergerakan pada bahagian tersedera.

-taruk ais kat tempat sakit tu.

-angkat sikit bahagian yang sakit.

-balut dengan kain agar menutupi bahagian yang sakit tersebut.takut masuk angin,nanti bengkak pulak kan.

Saturday, October 23, 2010

skala najis anda.

jika anda sedang makan @ nak pergi makan,sila batalkan niat untuk berbuat demikian.sekarang!
sebab anda akan melalui satu pengalaman paling menggelikan selama hidup anda pada hari ini.muahahaha

Health Worldwide Organization telah keluarkan satu skala najis.
so ini bukan fakta yang memandai aku reka yer kawan-kawan.
ini betul-betul punya!

ketahui tahap kesihatan usus kecil dan besar anda disini!


TYPE 1 & 2: ANDA SEMBELIT!

TYPE 3 & 4: ANDA SIHAT! TAHNIAH!

TYPE 5 & 6: KE ARAH CIRIT-BIRIT!

Wednesday, October 20, 2010

padah tahan kencing

sekejap tadi google 'padah tahan kencing'
tapi xjumpa.
memang aku ni kurang pandai la kalau bab google benda-benda alah pasal info-info ni.
yang aku tahu,akan menyebabkan batu karang,jangitan pada salur kencing dan merosakkan buah pinggang.
tak tahu sejauh mana ketepatan fakta rekaan aku ni.
sebab tu la aku try google tapi hampa.huhu
dan yang paling hampeh,aku google 'padah tahan kencing', sekali keluar ni!

ada jugak yer fan page macam ni?
tak tahulah nak describe ape.
kreatif atau agak bangang?lawak mungkin?
cis! cis! cis!