sayang sayang saya :')

Friday, December 31, 2010

selamat hari kejadian,emak kesayangan saya!

saya sedang menulis entry dengan penuh feel dan teruja sambil menyaksikan puan emak saya yang sedang nyenyak tidur umpama bayi baru lahir sekarang.

mummy,kamu gojas sungguh even ketika tidur!


ini puan emak kesayangan saya.jeng jeng jeng kasi saspen.


puan emak merenung saya sambil berkata di dalam hati,bilalah kau nak belikan mak gelang emas besor-besor sampai ke lengan.bhahaha gurau je

ini lah puan emak saya bersama anak sulung perempuan kesayangan.kena ada perempuan sebab anak kesayangan puan emak adalah seorang lelaki.
puan emak, di hari lahir anda yang ke-18 (bukan nombor sebenar) ini,anak sulungmu yang pemalas tetapi rajin bila datang angin rajinnya mengucapkan;

* semoga puan emak dimurahkan rezeki.bukan hanya rezeki dari segi wang ringgit tetapi rezeki dikurniakan kesihatan tubuh badan.

* semoga puan emak berjaya dan mampu menghilangkan stress di tempat kerja baru.

* semoga hati puan emak sentiasa bahagia meskipun ramai yang tidak puas hati dengan kita.

* semoga puan emak dijauhkan dari sihir mensihir,ilmu hitam pekat manis dan segala gangguan syaitan serta jin.

* semoga puan emak tidak kesunyian selama anak sulung puan emak ni duduk di perantauan dan anak-anak yang lain di asrama.anak sulung puan mak akan menelepon selalu.promise.

* semoga rumahtangga kita,eh silap.semoga rumahtangga puan emak dan encik bapak sentiasa harmoni dan ceria.

* semoga nanti anak sulung puan emak ni berjaya mendapat dekan dengan cemerlang,berkat doa dan restu dari puan emak.

* semoga puan emak kekal awet muda sehingga usia-usia yang seterusnya.owh puan emak,anda tetap wanita tercantik nombor satu ever di mata saya,percayalah!

* semoga puan emak boleh buatkan saya pengat pisang emas dibawa belayar masak sebiji di atas peti bila saya balik rumah nanti cuti raya cina.

sampai disini sahaja.puan emak,i love you!
until when-when sumpah tak tipu.

puan emak,sila maafkan saya atas ke-kurang-ajaran saya selama kita berkenalan.okay silap ayat.selama saya hidup bersama-sama dengan puan emak ni.saya sayang emak walaupun saya selalu biarkan adik bongsu merangkak sendirian.