sayang sayang saya :')

Thursday, December 30, 2010

farewell 2010


assalamualaikum semua.
pergh macam dah lama siot tak blogging-blogging ni.
bercuti rehat kejap.ngee~

esok dah masuk tahun baru.
tahun aku yang 2010 ni,banyak yang amat peristiwa-peristiwa besar berlaku dalam hidup aku.mari kita saksikan sinopsisnya.ahakz

JANUARI-MEI
~ lepas STPM aku kerja. as a proud, gojas and very hardworking cleaner. ape?taknak caya? hina sangat ke cleaner? ha? ha? ha? hahahaha.. pengalaman pertama aku kerja kot..suka yang amat sebab lemak-lemak banyak terhapus time nih. then aku sibuk dengan urusan nak MEDSI dan temuduga pendidikan..

JUN
~ alhamdulillah aku dapat tempat dekat UPSI.. then sesi menghabiskan duit-duit gaji la kan. turut berlangsung sesi bersama kawan-kawan sekolah lama dan sesi dating dengan gundik-gundik.

JULAI
~ daftar masuk UPSI. excited? gembira? sedih? semua ada lah. yang penting,masuk sini memang dah agak merubah hidup aku jugak la... but still,masih mai-main.

OGOS-NOVEMBER
~ berpuasa jaoh dari keluarga.agak menyedihkan. then agak menggila dengan assignment.biasala.budak STPM kan,mana biasa dengan assignment semua ni.kerja sekolah tahu la. then,final. masih main-main.

DISEMBER
~ cuti semester 1,result dah keluar. tak okay sebab tak dapat dekan macam orang lain. poket yang agak kempis sebab takde hasil. percintaan? sarah honey tak pernah lulus dengan warna terbang (flying colors).

well, its time to say goodbye, 2010.
tahun yang bermakna buat aku dan mereka juga.
a ton of secrets.
a ton of happiness.

btw,hello 2011.
and grades,get well soon so that aku boleh lulus dengan warna terbang.
life, please be nice.