sayang sayang saya :')

Showing posts with label 30 days blogging challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days blogging challenge. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future

Encik Taylor Lautner





well..berbalik kepada tajuk kita pada hari ini,ini la dia.
aku dah dapatkan restu dari encik bapak aku dah..
dia okay je kalau aku nak kahwin dengan encik taylor lautner ni. dulu kini selamanya pun,mesti bapak aku suka dengan taylor lautner ni.
kan bapak kan? haha

korang-korang semua yang sedang membaca,doakan la semoga jodoh kami berkekalan yer?
awwwwwww <3 <3 <3

Thursday, December 16, 2010

Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why



blogger kesayangan. blogger pujaan
siapa tak kenal?

cik HANIS ZALIKHA. cik HANIS ZALIKHA.

cik HANIS ZALIKHA. cik HANIS ZALIKHA.

cik HANIS ZALIKHA. cik HANIS ZALIKHA.



aku ulang sekali lagi beserta link okayyy?
CIK HANIS ZALIKHA lah!

~ flawless Barbie skin
~ perfect smile
~ miss body-licious!
~ perfect family life
~ the genius one
~ super exotic look
~ the funny one
~ beautiful dan ini semua orang tahu.
~ hey u Malaysian Dreamgirl!



dan itulah sebab-sebabnya.
sekian terima kasehh.hehe

Day 16 - Another picture of yourself


ini gambar fresh from Air Terjun Sekayu okayy!
baru je pergi lepak sekayu kelmarin dengan family tersayanggg
gambar capture sendiri.
tak boleh belah. yaa i know.
dah semua sibuk nak berendam,takde sape yang nak pedulikan manusia gila gambar macam aku ni.huhu

Wednesday, December 15, 2010

Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play


aku takde iPod la.sedih kan?
cis,langsung tak sedih ah! bhahahaha
mp3 henpon cabuk aku pun okay ape? :p

1. Muse – Hysteria
2. The Changcuters - I Love U Bibeh
3. OST Adamaya - Yang Terindah
4. Dashboard Confessional - So Long Sweet Summer
5. Thanks for the memories - Fall Out Boy
6. Decode - Paramore
7. Move on – Jet
8. Speechless - Lady Gaga
9. Tesla - Love Song
10. The Fratellis - Whistle For The Choir

Day 14 - A picture of you and your family


gambar yang tidak lengkap 1 family.
dah takde gambar lain kot.
takkan nak taruk gambar raya yang dah lama tu?
owh sarah u're so lame lah.huhu

time ni cuti sem aku.
memandangkan kat Tanjung Malim takde pantai,maka aku paksa umi bawak kitorang pergi Batu Burok.
owh pasir-pasir owh air masin owh ikan di laut
aku rinduuuuuukan kamu!

Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently

dear kamu-yang-telah-lukakan-saya,

tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan isi hati dan perasaan saya dekat kamu.saya sakit hati tahu? kamu ni buat saya macam spare part saje.bila kamu gaduh-gaduh dengan madu saya,kamu mula lah mesej-mesej saya.
apa kamu ingat saya ni ape?
madu simpanan?ha?ha?ha?

saya taknak marah kamu sebab kamu dah besar panjang.
pakai kasut pun saiz sembilan.
baju saiz L.
makan 1 pinggan setengah.
jadi kamu sudah boleh fikir sendiri.
okaylah.tulis banyak pun tak guna.
sekian.
kirim salam sama mak bapak kamu di kampung.

p/s: surat ini ada kaitan dengan yang hidup sahaja.tiada kaitan dengan yang sudah meninggal dunia kerana takde maknanya saya nak tulis surat kepada yang tidak dapat membaca.

Day 12 - How you found out about blog and why you made one

setelah agak lama aku men-skip-kan diri untuk buat task ni,hari ni aku kembali,yayyy!

How do i found about blog?

aku pun dah lupa la...dah lama kot aku buat blog ni.start buat dah lama cuma time tuh tak reti dan tak paham lagi blog apa benda alah blog ni.

And why i made one?

pada asalnya,aku buat saje-saje.untuk suke-suke.
orang buat,aku pun nak jugak lah!
aku kan suka ikot-ikot orang.
tapi tidak untuk eja-eja pelat macam budak tak reti mengeja okay!
haha

sekian dulu untuk task hari ke 12.
owh bosan.sapa baca sampai habis mesti menyesal gila ni.

Wednesday, December 8, 2010

Day 11 - Another picture of you and your friends



yang ni aku bersama BFF nombor satu and BFF nombor 2.
Diha and Aieyn

gambar ni sehari sebelum aku berangkat pergi UPSI.
family aku buat makan-makan la sikit kat rumah.
tanx untuk mak saya yang susah-susah masak.
tanx untuk korang berdua yang sudi datang makan and jumpa aku buat kali terakhir sebelum aku gi perak darul takbest.haha
love both of you lah!

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

aku excited kot nak buat task hari ke-10 ni!
tengok muka aku,aku senyum nih!
teruja punya pasal.hehe

jom lah kita strettt to der pointt!

WHEN I’M HAPPY
1. Happy- Mocca
2. Teenage Dream- Katy Perry
3. Your Love is My Drug – Ke$ha
4. Whistle For The Choir- The Fratellis
5. Hey Soul Sister- versi Alyysa Bernal

WHEN I’M SAD
1. Look What You've Done- Jet
2. Kiss The Rain- Yiruma
3. Love The Way You Lie- Eminem ft Rihanna
4. semua lagu-lagu Maher Zain

WHEN I’M BORED
aku layan semua video lagu bila aku boring!

WHEN I’M HYPED
1. Long Before Rock n Roll- Mando Diao
2. You Can't Steal My Love- Mando Diao
3. Like It’s Her Birthday- Good Charlotte.

WHEN I’M MAD
aku tak menyempat nak dengar lagu lah bila time aku marah ni.rasa nak pergi pukul orang je.haha

tadi teruja sangat.bila dah habis.hilang dah ke-teruja-an tadi.haha

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days

apa yer?ada banyak kot tapi semuanya macam lame things.
takpelah.tulis jela kan?

1. saya buat cuppies yang kelima.agak bangga bila my fav litle sister asyik ulang alik ke dapur bukak peti sejuk untuk merembat cuppies yang ada.tak sampai 2 hari,cuppies yang dalam peti ais dan dalam tupperware dah licin! terima kaseh untuk ahli keluarga saya yang support kek saya buat.gembira dan bangga! ngeeeee~~

2. saya bangun awal pada pagi ni dan bapak saya upah nasik kerabu ayam plus milo ais!

3. saya belum habis fikir la!

sekian dulu untuk kali ini.sekian terima kaseh. -_-

Tuesday, December 7, 2010

Day 08 - Short term goals for this month and why

saya ingat nak skip saje task hari kelapan ni.membosankan je.haha

takpelah.buat jelah alang-alang kan.

1. saya nak habiskan segala barang-barang buat kek yang melambak dan menyemak kat dalam kabinet dapur tuh. mak dan bapak saya dah bising,beli barang buat kek tapi buatnye tak! haha..saya akan pastikan orang dalam rumah saya bagai ular sawa kekenyangan apabila perut mereka disumbat-sumbat dengan kek buatan saya nanti.

2. saya nak ajak diha pergi makan RFC yang baru bukak kat Terengganu ni.saya dah lama bercita-cita nak makan kat RFC since sebelum ni RFC cuma ada cawangan kat Kedah je.saya berharap mak dan bapak saya bagi keizinan untuk saya pergi nanti.kesian dekat saya.Tanjung Malim cuma ada KFC yang lemak berkolestrol je.

3. saya nak tulis sebanyak mungkin entry sebagai entry-entry terakhir untuk tahun 2010 ni.mungkin target saya adalah 500 entries? sekarang baru ada 233 entries.ala,goals je.kalau tak tercapai tak dapat doa pun.hehe

4. menjadi seorang yang single dan tidak lagi available.boleh ke tak agak-agak?

5. tidak bergaduh dan bertekak dengan mak mahupun bapak saya selama saya berada di rumah untuk cuti semester kali ini.

cukuplah dulu 5.haha

sekian.terima kaseh kerana sudi membaca.

Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you



assalamualaikum!!!
ni haa...gambar untuk task hari ketujuh.
tapi ada explanation yer sikit.
orang yang memberi impak paling besar dalam hidup aku adalah emak dan bapak kepada 3 orang kanak-kanak dalam gambar ni.

disebabkan gambar mereka teramatlah mahal untu ditontonkan kepada umum,maka saya gantikan dengan gambar anak-anak mereka lah.boleh?
haha

lagipun,bak kata INCIK EMAN,aku tk nak cakap bayak pasal kedua orang tua aku sebab nk simpan untuk cabaran hari ke-24

yeahhhhh!

Monday, December 6, 2010

Day 06 - Favorite superhero and why

tiba task hari keenam.
hoyeah..haha
fav superhero aku adalah jeng3 --> encik ultraman!!!



tengok la betapa hebat dan gagah perkasanya hero saya!

kenapa saya suka encik ultraman ni?


tengok sendiri ah.walaupun ultraman ni sentiasa sibuk melawan raksasa yang sentiasa menyerang negara beliau,beliau sentiasa ada masa untuk jamming.betapa setianya beliau sama muzik rock and roll.macam saya la.ehem3.haha



meski encik ultraman saya ni sering menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan dan meninggalkan bangkai raksasa hingga busuk habisss negara beliau,saya tak kisah.sebab saya percaya beliau mempunyai sebab tersendiri untuk melakukan perkara sedemikian.
katanya,bangunan boleh dibina tetapi nyawa manusia lebih penting dari segala-galanya.

APA??????
kamu kamu tak percaya saya minat dengan encik ultraman ni?
okay takpe takpe.saya buktikan.
tengok ah desktop lappy saya.
awwww sungguh menawan kalbu kan?



taknak percaya jugak?
takpe takpe.
saya ada bukti kedua.
taraaaaaa!


saya dan topeng ultraman!
awak ada? awak ada?
hu~~~~~
takde kan?
jangan nanges.sekian dulu dari saya.

p/s: atas permintaan.adik saya nak jugak saya mention bout patung ultraman yang dia bagi as a gift sempena saya masuk UPSI hari tu.hehe..tanx sis!

Sunday, December 5, 2010

Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to

aku tak tahu la nak taruk gambar ape.
trip dengan family memang banyak.tapi banyak gambar ada dengan encik bapak.
bukan dalam simpanan aku.kejap aaa bukak Picasa Album.kot-kot lah ada picisan gambar yang lama-lama.

hurm..ada yang ni je kot.
time nih budak kelas aku buat lawatan pergi sebuah sekolah kat Tapah,Perak.sekolah Pendeta Zaaba.balik dari lawatan,tak puas hati sebab rasa macam sekejap sangat je guna bas UPSI kan.terus ajak tutor kami menyinggah kat tempat mandi manda kat sana.
jom ah layan gambar.haha








maka setel la cabaran hari kelima saya.
ngeeeee~~

Day 04 - A habit that you wish you didn’t have


hello bloggers!
hari ni hari keempat aku buat cabaran blog ni.
sooo...a habit dat i wish i didn't have is, procrastination
tahu tak ape dia?
suka bertangguh

ya ya ya saya tahu saya teruk.
sebab tu lah saya harap saya tak memiliki tabiat kurang comel ni.
ada tak cara-cara atau tips untuk aku buang tabiat tak bagus ni?
sebab aku tahu ianya makin hari makin menyusahkan hidup aku, as well as hidup orang lain yang bergantung harap dengan aku jugak.
hurm.
(merenung nasib yang tak pasti)

Saturday, December 4, 2010

Day 03 - A picture of you and your friends

hello.entry ini may be the last one yang aku tulis sebelum balik kampung sekejap lagi.

sebenarnya aku ni tersangatlah kerap berpindah sekolah.maka dengan tak langsungnya koleksi kawan-kawan tuh agak banyak la.jom la tengok gambar dan cerita ringkas yang ada.

1. kawan sejak tadika dan sekolah rendah tahap 1 (1997-forever)


nama beliau adalah suhana binti mansor.tapi saya panggil dia dekwa je.dan dia adalah anak kepada encik mansor orang France.hehe

2. kawan sekolah rendah tahap 2. (takde gambar)

3. kawan sekolah menengah tahap 1 (2003-forever)


yang ni time kitorang ber-Reunion.aku sayang lah korang!

4. kawan sekolah menengah tahap 2 (2006-forever)


yang ni time balik beraya.kami beraya dan menjamu perut juga :)

5. kawan-kawan PLKN (aku wirawati CHARLIE siot! haha ) (2008-forever)


mereka ni lah gundik terbaik aku sepanjang kat kem d'jelapang jitra kedah sana.yang ni gambar sebelum flying fox.susah payah aku cari gambar ni dalam friendster tahu tak? haha

6. kawan-kawan time amik STPM (2008-forever)


yang ni pulak gundik se-kantin se-toilet se-lab dan macam-macam lagi la.


yang ni makhluk sahabat yang paling aku sayang.paling paling paling okay.

7. kawan-kawan course Special Education. (2010-forever)


geng gedik paling mantop dalam kelas.haha

begitulah ceritanya..
dah habis.terima kaseh kerana tak muntah tengok gambar.haha

Wednesday, December 1, 2010

Day 02 - The meaning behind your blog name

aku nak jawab cabaran kedua ni ikot cara aku sendiri.buleh?hehe

B : Big Story
I : Illegal
L : Love.lots of them.
A : Arrogant.i spoke out everything,arrogantly.

S : so-called life
A : answerable
R : radiant skin?nope.haha
A : aimless. sometimes im blogging wif no certain purpose.
H : hateful.

H : hot stuff
o : online.FB.BLOGGER.
N : non-smoker.the owner of this blog hates smoker!
E : examination.
Y : yell.i hate when ppl yell at me.at shoutbox is okay

B : Brett Anderson.my new BF!
E : malas isi yang ni buleh?haha
R : risk.on some unpleasant happening.
C : curse.owner curse on ppl too,rarely.
E : malas isi yang ni jugak.haha
R : this blog owner just love rock n roll!
I : ignorance.
T : The Kooks,The Strokes.boleh ke yang ni?haha
A : abnormal.(abnormal lah sangat)

haha..aku sebanarnya malas nak menaip panjang-panjang maka aku guna cara yang poyo ni untuk bagi da meaning behind my blog name.
okay sekian dulu lah.
terima kasih.
XOXOXOXOXOXOXOX0

Tuesday, November 30, 2010

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

this is my very first entry on 30 DAYS BLOGGING CHALLENGE.

My recent picture,captured on last two days ago.




so here are my 15 interesting facts bout' myself. (interesting though?)

1. i'm studying Special Education. major in Sign Language!

2. i wish i can play keyboard.

3. im good at baking cupcakes.but im so blind on cooking dishes.muahaha

4. i’ve never broken a bone. dan saya taknak pun =='

5. i do not have pets.im not into cats,hamsters and blablabla.

6. the sound of scratchy pens also makes me cringe.

7. and so the sound of scratchy fork and spoon.annoying nak mati.ahhh!

8. allergic to heavy dust, very cold weather, stressed and depressed, yaa asthma.

9. im so addicted to facebook-ing and blog-ing.

10. i hate online business, including all kind of MLM.

11. i keep a piece of should-have-thrown Rocky Biscuit Stick, as my sweet collection.

12. i can start a conversation with random people in everywhere. creep?no lah.just a lil' bit friendly.LOL.hihi

13. aku tak sukekan changes. either its about people,routine,daily meals and so ever.

14. im so well-organized.i keep my things on place they should be.i have lots of boxes.different box for different sort of things.

15. im not an anime fan, im not a console videogame fan.

till here,its your turn!

30 DAYS BLOGGING CHALLENGE


encikYEB ajak aku sahut cabaran nih!
(sebenarnya it's me yang gatal-gatal nak sahut cabaran ni.cabaran la sangat.haha)

ini adalah cabaran yang tak mencabar langsung bagi aku (ayat kerek) untuk dilaksanakan!

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name
Day 03 - A picture of you and your friends
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 - Favorite superhero and why
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 - Short term goals for this month and why
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you

macam best je kan?
aku ingat nak join right after my last paper was finished,tapi disebabkan yeb dah nak start buat benda ni besok,maka aku pun ingat nak start besok je.
sebab aku takot nanti aku ter-copy style dia menjawab cabaran-cabaran.
boleh ke camtu?haha

disini aku nak tag manusia-manusia malang supaya sahut gak cabaran yang tak mencabar langsung ni! (walaupun tak disuruh tag pada sape-sape.haha)

1. cik cousin TIRA BONGEK
2. kamu-kamu yang rasa gatal tangan mahu mencuba.huhu

p/s 1: encik yeb,takde hadiah ke?haha

p/s 2: banner yang aku buat sendiri.ehsan Mr.Google.haha