sayang sayang saya :')

Tuesday, December 7, 2010

Day 08 - Short term goals for this month and why

saya ingat nak skip saje task hari kelapan ni.membosankan je.haha

takpelah.buat jelah alang-alang kan.

1. saya nak habiskan segala barang-barang buat kek yang melambak dan menyemak kat dalam kabinet dapur tuh. mak dan bapak saya dah bising,beli barang buat kek tapi buatnye tak! haha..saya akan pastikan orang dalam rumah saya bagai ular sawa kekenyangan apabila perut mereka disumbat-sumbat dengan kek buatan saya nanti.

2. saya nak ajak diha pergi makan RFC yang baru bukak kat Terengganu ni.saya dah lama bercita-cita nak makan kat RFC since sebelum ni RFC cuma ada cawangan kat Kedah je.saya berharap mak dan bapak saya bagi keizinan untuk saya pergi nanti.kesian dekat saya.Tanjung Malim cuma ada KFC yang lemak berkolestrol je.

3. saya nak tulis sebanyak mungkin entry sebagai entry-entry terakhir untuk tahun 2010 ni.mungkin target saya adalah 500 entries? sekarang baru ada 233 entries.ala,goals je.kalau tak tercapai tak dapat doa pun.hehe

4. menjadi seorang yang single dan tidak lagi available.boleh ke tak agak-agak?

5. tidak bergaduh dan bertekak dengan mak mahupun bapak saya selama saya berada di rumah untuk cuti semester kali ini.

cukuplah dulu 5.haha

sekian.terima kaseh kerana sudi membaca.