sayang sayang saya :')

Sunday, September 26, 2010

UTHM-Taman Bernam-Klinik Gigi-Hospital Kuantan

entry kali ni agak padat yer.

Bermula dengan cerita UTHM.
aku dan encik kau sudah berbaik.
encik kau,sila berterima kaseh dengan baba saya(my papadom,the best damn thing i've ever had)dan jugak dengan BFF saya, diha a.k.a pear-argh sbb da lembutkan hati saya dan memotivasikan saya.trimas!

semalam akibat berlaku sedikit drama air mata dan menyiapkan esemen2 tertangguh,
maka saya tido dengan lewat sekali.ooyeahh
dan oleh kerana tido lewat,bangun pown lmbt.lg stgh jam klas nk bermula aku baru bgn.syabas sarah!
aku dengan lajunye bergerak ke Taman Bernam namun bas catar membantutkan kelajuan aku.dan dengan itu,aku ponteng hari ni.sowry encik nasir bin bistaman,saya xniat pown nk ponteng klas doktor,esk present saya jnji wt yg terbaek!


oleh kerana sudah ponteng klas,xkan nak balik je kan?sia2 bedak saya pagi ni.
mahal tahu?haha
teruskan niat yg sekian lama nak g tampal gigi.call Mak Yang Teksi,heading over to Klinik Pergigian Sayang.mak yang puji doktor dia baik la,lemah lembut la (walaupun dktor 2 jantan), Chinese yg peramah la.okay2 makcik.kita ke sana je.
huhu..ok crita di bilik menunggu.aku kan da sorang2.mesti a nebes gile.tahu aku watpe?sambung esemen.hihi.rajin aku kan?mesti dr.nasir bangga ngn aku kan?kan?kan?
okay..setel sudah..ape aku nak buat lagi nih?
kuarkan buku title The Mak Nyahs (gender Study)
nasib baik ada buku nih.xla aku boring sangat.awwww..mak baca buku pasal kita nokkk! haha
tapi........nebes makin terasa.kaki agak sejuk.
tambah lak aku dengar bunyi mesin yg mcm gerudi dinding tuh...aito...dia nak tebuk gusi aku ke nnti?jangan doktor!!!
*dipendekkan, 2 batang gigi aku ditampal.
dengan warna PUTIH dan bukan HITAM.
i like,sbb kat treganu mesti dia punya tampal kaler hitam.buruk gile.hehe
okay,ranap lagi duit saya.RM 100++ ..trima kaseh.

khabar baik dari Hosp.Kuantan.
tokki saya sudah selamat dibedah.ALHAMDULILLAH..
tokki tunggu along yer,raya aji ni insyaallah along balik.

sekian dulu untuk hari nie.

f-bomb off

kau sgt annoying.
aku benci kau.ia dgn org lain
kau jangan cari aku dah.
aku da remove kau dri frenlist aku.
aku sakit hati dgn kau.
aku harap pasni ko bahagialah.
aku malas amik tau dan sibukkn diri untuk kau.
benci gila kat kau,wahai encik kau.

Friday, September 24, 2010

tokki jangan pergi dulu =(


tadi chat ngn kazen aku.dia suddenly tanya,tahu x tokki kitorang masuk hospital kuantan?
aku terkejut ah.
kenapa aku xtahu?
yer aku da lama xcall umah tokwan sana.
and aku da lama xmsg abah.
trus je aku call umah tokwan.
makngah je yang ada sebab yang lain ke hospital.
makngah cakap tokki dia punya 'benda' tu bengkak dan bernanah kat dalam 2.
so sekarang tgh tnggu keputsan nak operate ke x la.
and the worst thing is, peratusan untuk operate 2 berjaya adlh tersangat rendah.
kalau xberjaya,boleh menyebabkan aku kehilangan tokki kesayangan aku tuh
tapi beliau terpksa dibedah jugak ats faktor2 keselamatan.

ALLAH, KASIHANILAH TOKKI AKU.
PANJANGKANLAH UMUR BELIAU.
KURANGKANLAH DERITA DAN KESAKITN YANG DIA ALAMI SKRG.
KUATKANKANLAH SEMANGAT NYA YA ALLAH.
AMIN YA RABBAL ALAMIN

Friday, September 17, 2010

cinta tak berbalas


okay hari ni aku nak menulis tenteng cinta x berbalas.
sebenarnya ni citer lawak,bagi aku dan kawan aku
kawan aku yg alami benda ni sebenarnya.
hihi

ada sorang jejaka nama dia encik A.
kawan aku biar aku namakan dia cik B.
encik A sangat la minat sama cik B.
tapi cik B ni jenis hati yang susah ditawan.
dan walaupun encik A da wat macam-macam untuk tawan hati dia,cik B tetap dengan hatinya,.
well,hati dan perasaan xleh dip[aksa kan?chewaahhh..huhu

dan berbulan-bulan smpai bertahun encik A menunggu dan memburu cinta si cik B tapi xjugak berbalas.
sebab pe?bukan encik A ni buruk sangat.sengkek pown tidak.
tapi macam aku cakap la.hati dan prsaan xleh dipaksa.
cik B sering diganggu siang dan malamnyer oleh encik A.
sampai cik B naik loya dan hampir muntah.huhu

dan baru-baru ini cik B mengejutkan dunia dengan menukar status di FB nya dari single kepada in a relationship.
apalagi.bengang la encik B.sampai cakap cik A ni xreti jaga hati org lain la, dan bla bla bla laaa..

well..kepada encik A (jika anda membaca ini), sudah-sudahlah tu..jangan ditunggu orang yg xsudi.ramai lagi perempuan lain..
kepada cik B,moga berbahagia dan berkekalan dgn encik SFSO anda..

p/s: entry ini bukan untuk mentertawakan awak encik A.ianya lebih kpd memberi nasihat dan semangat baru

Saturday, September 11, 2010

nota tertinggal

owh ya,lagi satu.
ini blog aku jadi aku berhak sepenuhnya untuk tulis apa saja yg aku mahu
jangan marah aku,lau xsuka sila jangan baca.
sila move ke next blog.
hihi
sekian

~selamat hari raya yg kedua




ilmu hitam dan dot dot dot


kenapa zaman skrg masih wujud orang2 bodoh yg percaya dan mengamalkan lagi ilmu hitam?
ilmu nk tundukkn husband,ilmu nak porak perandakan org,mcm2 lagi lah
untuk ape?
untuk kpuasan diri?
so that dia leh dapat segala apa yg dia nak?
untuk putuskan or rosakkn hubungan antara adik bradik sseorang?
sebab dia dengki?iri hati?
busuk punya orang lol..
sampai bile?sampai bile korang2 yang buat kerja tkutuk tuh nak sedar?
tapi aku rasa golongn yg macam nih xkan sedar smpai kiamat kot!
takpe..ko tanggung lah sendiri
dosa ko dgn tuhan ko leh mntak tlg ampunkan..
dosa ko yg dah buat ramai org tguris hati dia ko tanggung smpai kiamat yer..

tapi kan.ko memang hebat lah! syabas!
depan orang ko tunjuk baik punya...sampaikan takde sape pown yg nampak ko punye buruk
sampai bnda buruk yg penah ko wt dolu-dolu pown orang da mcm lupe da..
hebat hebat..ko mmg yg paling hebat lah!
tapi aku heran jugak.xkan org sekeliling ko buta bebenor erk?
sampaikn xnmpk walau sekecil kuman pown lakonan ko tuh.
ntahlaa..

tapi aku frust.ilmu hitam dah menjarakkan aku dgn sambadi yg aku syg,percaya,dan sambadi yg dia ckp dia syg aku lebih.

okay ini cuma pendapat aku..
harap dia berubahlah ..(moga-moga)
so reader yg ada nk bagi pendapat bout this black magic things,silakan..

segala yang berlaku,ALLAH SWT je yang tahu.wallahualam

Friday, September 10, 2010

tak syiok lah!


esok maybe balik kampong.
away from mukabuku dan blog for a few days
=(
malas lg nk taruk pix rye lm nih.
sesungguhnya,rye thn ni xbest.agak bosan
lgsg xmeriah.
seperti alien 4 da crtain part pown ada.part mne?ada la...
hurm..
balik klate,rly hope 2 meet my frenz back in the old days
sri datang amik i okeyh?hehe

bear demam,sama mcm last year.rye pertama mesti demam...
what a pity~
hope you'll get better soon dear.
olredi miss u wlpn bru jupe td. =(

Thursday, September 9, 2010

pagi raya 2010


assalamualaikum semua..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI aku ucapkan kepada semua bloggers.
MAAF ZAHIR DAN BATIN sekiranya selama aku berblogging nih ada menyinggung prasaan mana2 pihak xkira samada langsung ataupown tidak..
okay,ok ponteng smyg raya thn nih..hehe
bumi trganu hujan pulak arini..tkpela,sejuk sikit kot..
smlm kemas rumah smpai tido jam 4 pagi
ekceli,bkn kemas rumah sgt pownl..
setel bhgn sapur smpai kol 3 cmtu je
then layan game Plants vs Zombie lak.
last2 tertido jua akhirnya..huhu

juadah raya umah aku arini my mum masak nasik minyak..
sedap hohoho
smlm time berbuka aku mkn sikit je.(sup tulang n i dun rly like it!)
so pagi2 lagi la perut aku dambakan bersuap-suap nasik! huhu

baju raya da iron da.pagi ni i pakai blue color,you!
my mum pown biru,alia pown kebiru-biruan jugak..
luqman merah menyala,baba and harith satu tema
xtaw apa nama color tuh.coya lak pink.awwwww~ pink! haha

okay bout biskut lak,thn ni kitorang lg skali xbuat biskut raya
semua borong kat mydin.ada la dlm 11 bekas mcm tuh.
hah korang,ratah jgn xratah!

okayla..mau pigi mandi sunat aidilfitri pulak!
entry2 berikutnya akan berisi gambar-gambar raya!
hoyeahhh!

Monday, September 6, 2010

cerita tentang pagi indah :D

selamat pagi bloggers!
ok sekarang da jam 8.12 pagi dan aku masih belum tidur sejak semalam.
(menulis sambil buat muka bangga~ :p)

kenapa aku xtdor?
1. sebab aku kan da tdor smpai ke petang semalam so nk tdor pd wktu mlmnye mgkin agak sukar la
2. nak siapkan jugak esaimen dr. kannamah.(rajin kan aku?haha)
3. sebab umi cakap nk g shoping rye arini.lau aku tido,konpem ptg karang bru bgn and konpem2 jugak plan nk g shoping xmenjadik.huhu
4. sebab kebun bunga dalam hati berkembang mekar ini pagi.wahhh~ jiwang! haha

pagi ni indah betol..da agak lame aku xhidup pada waktu pagi..
lps je sahur n solat subuh terus ngadap laptop syg.
bkn wt esemen sgt.layan fb je lebih.haha
wt esemen plak sambil diiringi ngan suara2 merdu my parent ngaji al-Quran.
owh indahnya berada kat rumah..
lau kat kolej haram jadah nak ngaji pagi2 buta.magrib je baru leh dengar suara aku n hasni ngaji..apelaa jahil sangat kami.Tuhanku,ampunkan Kami.

hurm,..td sebenarnya banyak nak nulis.tetiba jadi hilang.mgkin akibat terlampau banyak sgt isi kot.haha
ok lah.dah malas pulak.chalo betey.muje dasti karogey.huhu

Saturday, September 4, 2010

tiba-tiba

it's 7am and still.aku belum tdo..
bear otw balik trganu...
wekk~ kesian kau lmbt..haha
hurm..tiba-tiba rindu pulak..
lama da xjumpe kau bear.

(sila klik gambar2 berikut utk tumbesaran yg lebih baik =p)

~muka aku nampak comel pulak wt gitu..haha...prasan!


~my fav ol da time! sbb nmpk wajah2 ksygn aku <3


~sian mu pa ngntok pa lyn ke aku..hihi..nway,ailebiu tahu x?

terengganu saya.. :)

ok,dah slmt smpai umah pg td pas subuh...
baba tunggu kat chendering sbb mls nak msuk bandar..jam katanya.
aku dhla mamai2.baba call.trun2 je ujan pulak
tp tkpe.nasib baik abg yg tlg bukakkn pintu 2 semakk..
haha galok galok galok
sampai je umah trus terkam coya..hehe
haru je...coya ngis xpasal2 bila nmpk aku..haha
harith lak bgn je tido dtg pluk aku..
mnje tol bdk sorg tuh..
hanan,merengek dri pg smpai ke mlm,,xsihat umi kata..sian dia..
ok la,smpai sini suda
nak smbung view gambar2 Teaser Opera pulak..

Wednesday, September 1, 2010

warna kegemaran dan personaliti. saya suka ni!


Warna seringkali dikaitkan dengan personaliti seseorang. Rona merah, misalnya lambang keghairahan dan berani. Mereka yang menggayakannya dikatakan memiliki personaliti tegas dan penuh keyakinan diri untuk menonjolkan kelebihan diri. Namun, awas merah juga lambang diri yang tamak dan pendendam.
Sekiranya anda ditimpa perasaan tidak menentu sehingga menjejaskan hubungan dengan ahli keluarga atau rakan sekerja, pilihlah warna ceria yang memberikan ketenangan seperti biru kerana ia bukan saja mampu menenangkan urat saraf yang tegang, tetapi turut meningkatkan kreativiti diri.

Berikut adalah beberapa contoh warna yang dapat dikaitkan dengan personaliti individu :

Emas
· Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.
· Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.

Putih
· Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
· Negatif: Boros berbelanja

Kuning
· Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
· Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.

Merah
· Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
· Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.

Hijau
· Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.
· Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Merah jambu
· Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
· Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.

Coklat
· Positif: Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
· Negatif: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.

Perak
· Positif: Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.
· Negatif: Mudah putus asa dan cepat merendah diri.

Ungu
· Positif: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.
Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
· Negatif: Sombong dan sedikit emosi.

Hitam
· Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
· Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.

Kelabu
· Positif: Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.
· Negatif: Cengeng dan agak pemalas

Jingga
· Positif: Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
· Negatif: Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.

Biru
· Positif: Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
· Negatif: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.