sayang sayang saya :')

Sunday, September 26, 2010

UTHM-Taman Bernam-Klinik Gigi-Hospital Kuantan

entry kali ni agak padat yer.

Bermula dengan cerita UTHM.
aku dan encik kau sudah berbaik.
encik kau,sila berterima kaseh dengan baba saya(my papadom,the best damn thing i've ever had)dan jugak dengan BFF saya, diha a.k.a pear-argh sbb da lembutkan hati saya dan memotivasikan saya.trimas!

semalam akibat berlaku sedikit drama air mata dan menyiapkan esemen2 tertangguh,
maka saya tido dengan lewat sekali.ooyeahh
dan oleh kerana tido lewat,bangun pown lmbt.lg stgh jam klas nk bermula aku baru bgn.syabas sarah!
aku dengan lajunye bergerak ke Taman Bernam namun bas catar membantutkan kelajuan aku.dan dengan itu,aku ponteng hari ni.sowry encik nasir bin bistaman,saya xniat pown nk ponteng klas doktor,esk present saya jnji wt yg terbaek!


oleh kerana sudah ponteng klas,xkan nak balik je kan?sia2 bedak saya pagi ni.
mahal tahu?haha
teruskan niat yg sekian lama nak g tampal gigi.call Mak Yang Teksi,heading over to Klinik Pergigian Sayang.mak yang puji doktor dia baik la,lemah lembut la (walaupun dktor 2 jantan), Chinese yg peramah la.okay2 makcik.kita ke sana je.
huhu..ok crita di bilik menunggu.aku kan da sorang2.mesti a nebes gile.tahu aku watpe?sambung esemen.hihi.rajin aku kan?mesti dr.nasir bangga ngn aku kan?kan?kan?
okay..setel sudah..ape aku nak buat lagi nih?
kuarkan buku title The Mak Nyahs (gender Study)
nasib baik ada buku nih.xla aku boring sangat.awwww..mak baca buku pasal kita nokkk! haha
tapi........nebes makin terasa.kaki agak sejuk.
tambah lak aku dengar bunyi mesin yg mcm gerudi dinding tuh...aito...dia nak tebuk gusi aku ke nnti?jangan doktor!!!
*dipendekkan, 2 batang gigi aku ditampal.
dengan warna PUTIH dan bukan HITAM.
i like,sbb kat treganu mesti dia punya tampal kaler hitam.buruk gile.hehe
okay,ranap lagi duit saya.RM 100++ ..trima kaseh.

khabar baik dari Hosp.Kuantan.
tokki saya sudah selamat dibedah.ALHAMDULILLAH..
tokki tunggu along yer,raya aji ni insyaallah along balik.

sekian dulu untuk hari nie.