sayang sayang saya :')

Thursday, December 15, 2011

La noyée



thanks AH sebab bagi lagu ni.. and yeah. this is currently my last song syndrome.
ulang dan ulang dengar setiap hari setiap malam.

rugi okayh kau taknak dengar. sekali sekala ganti dengan the strokes tuh ape salahnya. kahkah

goodnite babies <3

Saturday, December 10, 2011

hari sabtu yang penuh penyesalan

assalamualaikum dan selamat malam. aku ada banyak kerja ni tau tapi menyempat je nak tulis belog. RPH dah nak kena hantar hari isnin ni. tapi banyakkkk lagi yang belum buat. you guys dun have an idea what the hell RPH is? Rancangan Pengajaran Harian. huk aloh yang cikgu-cikgu tulis dalam buku besau-besau tuh.

okayh merujuk kepada tajuk di atas. tadi macam biasa la setiap hari sabtu ade kokurikulum. hari ni main-main cat untuk second projek Seni Rupa. so tadi ulang alik pergi sink dan meja untuk buat cetakan. guess what aku tertumpahkan cat baju yang duk berehat dekat tepi sink tuh. SEPARUH TIN kau tahu! nasib baik la Tengku Kamarullah iaitu classmate aku tuh berada di tempat kejadian dan bertindak pantas dengan angkat tin tersebut. kalau nak harap aku yang tengah kaget lagi saspen ni memang taklah, mau habis satu tin tu aku tengok je.

lepas tuh manik-manik peluh mula muncul di dahi aku dah. takot kau. nasib takde saksi selain Tengku Kamarullah tu. lepas tuh aku dengan penuh bangangnya, ambik penyapu dan bawak cat tersebut ke luar pintu. konon nak alirkan cat tersebut keluar lah. sekali perghhh amik kau. cat tuh bukanlah cat baju seperti yang aku sangka tetapi cat dinding! dem ape aku nak buat ni. dengan penuh rasa bersalah aku pun amik plastik hitam dan tutup cat yang tumpah tu. sama macam orang tutup mayat di tepi jalan yang eksiden kena langgar.

tanpa membuang masa aku pun amik turpentine untuk cuci tangan aku yang melekat melekit tuh. orang lain main cat baju je, kau melampau, habis turpentine sekali kau nak. rasakan sarah hani. rasakan. kemudian beberapa minit kemudian ade pakcik yang aku rasa dia cleaner kot, tengah cuci kesan cat yang aku tumpahkan tu. habis melekat kat celah mozek tu. aku nampak betapa susahnye dia nak cuci cat tuh. dan ketika itu tahap penyesalan aku di tahap yang amat kritikal.

nasib baik pakcik tuh muke cool je seolah-olah itu perkara biase bebeh! lepas tuh lepas tuh. kan cat tu tumpah terkena jugak batang paip berdekatan. dan bila classmate aku yang lain basuh tangan, tangan dorang pun terkena jugak cat macam aku kena tu. sambil tu dorang buat muka cuak ehh apehal cat ni melekat basuh dengan air tak tanggal ni? aku nak je pergi kat dorang dan cakap weyhhh ni kerja aku, aku yang tumpahkan weyhhhh... :'(

dan dikempatan ini aku nak mintak maap dari hati yang tulus dan ikhlas serta penuh rasa bersalah yang menebal di jiwa ini, kepada PAKCIK YANG BAIK HATI yang tolong cucikan cat di lantai tersebut & juga GADIS-GADIS CANTIK YANG TANGANNYE terkena jugak cat pink itu tadi. percayalah bahawa sesungguhnya saya tak berniat nak buat kalian berada dalam kesusahan seperti itu tapi perkara tersebut berlaku di luar kawalan saya. maafkanlah saya :'(

katakanlah korang yang mejadi mangsa aku tu terbaca kisah penuh penyesalan di atas, amiklah gambar saya di bawah ini lepas tuh print besor-besor dan lekatkan pada punching bag. dan tumbuklah sekuat hati saya tak kisah asalkan anda dapat memaapkan saya. sobs


p/s: aku tak bersalah sebenarnya, aku teraniaya. sape lah yang letak cat tu kat tempat yang senamg jatuh. saje je kan nak aku berada dalam penyesalan sebegini. tak baik tau korang.

Monday, December 5, 2011

from Tanjung Malim with LOVE


harini hari jadi bapak saya. ya encik bapak yang saya selalu sebut tu la. walaupun saya lambat 47 minit, saya rasa saya anak dia yang pertama sekali wish. hebat kan saya? kahkahkah saya tahu.

dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari ulangtahun yang ke dua ploh lima kepada encik bapak. muda lagi bapak saya kan? nak buat camanee dia kawin masa darjah nam. hihi

to encik bapak, i know you reading this. from the bottom of my heart, i want to ask for apologies. for every dumb-ness, every tears(jika sekiranya ada), every stupid-ness that ive ever done to you.

thank you for raising me and making me be who i am today. without you, i may be the person with business diploma now. and im ultimately grateful to Allah, that He sends you to me and the whole family.

may ALLAH bless you wherever you are and wherever you go.

you're the greatest guy ive ever met and i wish my boyprend(s) and hasbengg will be exactly the same as you do. last but not least, semoga encik bapak bertambah kaya dan dengan itu bolehlah saya pow encik bapak. hihi

i love you super dad. nok kekkk nok kekkk! :'D

p/s: sorry grammar saya teruk. ahhh apedehalll?

p/s2: blog sudah berubaha warna. from pepel to koko-koko gitu.

Sunday, December 4, 2011

membebel pftttt

assalamualaikum dan salam sejahteraaaa lah semua!

di pagi yang hening ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut 10 Muharram kepada kaum muslimin dan muslimat.esok jangan lupa puase sunat okay? lelaki hensem mesti puasa esok. perempuan yang comel pun sama. hihi

phewww sebenarnya niat asal nak mencarut sebab takleh tido. nasib baik tak sempat mencarut kan. dah 2 jam peram mata suruh tido tapi sekarang ce tengok jam, ce tengok! dah 4:25 am tapi saya belum tidur. doa tidor? ade dekat 18 kali baca.

grrr apalah salahku apalah dosakuu.. mata tolong jangan seksa saya sebegini rupa pehlishh. ke sebab saya minum kacip patimah petang tadi ni? hamboi over takkan la efek dia sampai ke tengah malam? ngade ngade okay.

nak buat RPH macam tak semangat. bila time semangat, selalu je internet mensiput. macam ni ke nak jadi pelajar gemilang? haa macam ni ke? macam ni ke? ahh ni yang aku rasa nak telan orang ni! tetiba emosi. gila dah budak ni =='

baiklah berhenti merapu sekarang. nak skodeng blog orang lain kejap.

p/s: saya dengar cerita Alex Turner dah berpisah dengan Alexa Chung. owh Alex. adakah ini petanda bahawa awak jodoh saya? kahkah