sayang sayang saya :')

Saturday, January 8, 2011

atuk kita semua Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah dah bersara


rasanya belum terlambat untuk saya menulis pasal atuk kesayangan kita ni kan?
dari dulu masa kecik-kecik sampai la ke raya haji tahun 2010 punya,kita selalu tunggu muka atuk kita ni kan kan kan?
sebab atuk kita ni selalu bawak berita gembira-gembira je.hehe

Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989.
beliau telah berkhidmat selama 22 tahun dan bersara secara rasminya pada 7 Januari 2011.
dah bersara dah atuk kita kan?
sedih pulak..lepas ni dah tak dapat nak tengok wajah beliau lagi dah..
cari dalam youtube sudah..

owh ya,korang-korang semua yang sedang membaca ni,jangan lupa tengok dokumentari khas
di TV1, pada 9 Januari, pukul 6 petang. Dokumentari ini sebagai sumbangsih bagi menghargai jasa Engku Tan Sri selama beliau berkhidmat untuk kita semua. owh ya,beliau akan digantikan dengan atuk kita yang baru iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66 tahun, bermula dari tarikh 11 Januari ni..

semoga panjang umur atuk lama,
selamat datang atuk baru.. :)

sumber: AIZUDDIN.COM