sayang sayang saya :')

Saturday, November 27, 2010

saya ketua rumah yang berjaya


aku menjadi seorang awek yang agak membosankan hari ni yer.
maksud aku,bukan awek kepada pakwe aku,tapi awek la.
PEREMPUAN.huhu

bangun tido terus melekat dengan laptop.kemudiannya,dengan perasaan rajin bercampur kurang ikhlas,aku merendam baju kurung sama softlan selembut sentuhan ibu dan baju serta seluar cinonet bersama sabun daia pakar sebenar untuk pengeringan tempat teduh!
wuhuuu siap taruk dia punya brand tagline siot.haha

then sekembalinya si hasni ke rahmatullah,eh silap.ke rumah,dia inform aku pasal notis yang ditempek kat depan pinto.

notisnya berbunyi begini:

diharap semua ahli rumah menjalankan tugas sebelum balik bercuti sem,kalau tak nanti kita kena saman!
huhu...tanx kepada kakakkakakku sekalian.hampehnye rasanya bila dapat ketua rumah yang tak bertanggungjawab macam sarah kan?haha

aku kena sental bahagian bilik air mendobi.
rumate aku bahagian sink JE.
kakanda dayah merelakan hati membasuh tandas bersama-sama sorang lagi hausmate.
kakanda naim dan kakanda yehrengas bahagian mop dan sapu lantai.
dan musuh tradisi yang selamanya dibenci lak dapat part paling senang! iaitu meja dan kabinet dapur.

owh kakakkakakku.pandainyer yang cabut undi.
adinda disini amat bergembira dengan undian yang dicabut tersebut.agagaga

jadi kawan-kawan,mari kita menjalankan tugas dengan penuh dedikasi lagi bersemangat!
*sambil buat muka ketat dan tangan terangkat*