sayang sayang saya :')

Saturday, November 6, 2010

Blackberry diharamkan kat Malaysia?


Blackberry ialah sebuah lagi model telefon mudah alih dari Kanada.

Setakat ini
Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah pun mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry di negara mereka kerana aspek keselamatan negara mereka dikatakan boleh terancam disebabkan penggunaan Blackberry. Pada ketika ini kerajaan Algeria sedang menimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Blackberry di negara mereka.

Kenapa kerajaan negara tersebut mengharamkan pengunaan Blackberry?

1. Semua telefon mudah alih menggunakan “local provider” tetapi tidak bagi
Blackberry yang mempunyai “server” sendiri di negara ia dicipta. Kanada. Jadi segala bentuk perbualan, teks mesej, e-mel dan lain-lain lagi akan dapat diketahui oleh negara luar. Perkara ini akan mengancam keselamatan negara sekiranya terdapat perbincangan yang berkaitan dengan negara dibincangkan dalam talian telefon menggunakan blackberry.

2. Jika terdapat benda yang tidak elok pada laman web tersebut sehingga
menimbulkan keraguan kerajaan mereka akan blok tetapi dengan penggunaan BlackBerry mereka tidak dapat berbuat demikian kerana semua data akan dimasukkan ke server syarikat BlackBerry sendiri jadi mereka tidak bley blok laman web tersebut. Berbanding telefon bimbit yang lain menggunakan local provider untuk mengakses.

3. Lebih ditakuti oleh mereka ialah komunikasi antara pengebom berani mati, dengan menggunakan telefon bimbit ini mereka tidak boleh mengesan perbualan tersebut.

Itulah sebab utama mengapa sesetengah negara mengharamkan penggunaan Blackberry dan mengatakan ianya mengancam keselamatan negara. Negara kita Malaysia tidak mengharamkan penjualan dan penggunaan Blackberry kerana ia dikatakan tidak mengancam keselamatan negara kita.