sayang sayang saya :')

Saturday, July 14, 2012

cara buat apam polkadot

Assalamualaikum!

hari ni kak sarah nak share resepi buat apam polkadot. sebenarnye sejak zaman apam ni pemes, sampailah ke haritu (sebelum aku reti buat apam ni), aku baru sekali pernah makan benda alah apam ni. tak sedakk langsung! dengan kerasnye, dengan filling tak sedakk nye! heran aku macam mana orang boleh cakap sedap? huu

so aku pun mintak resepi dengan kak sue, jiran aku masa zaman kecik-kecik dulu. resepi dia bagi ni memang lain benor dengan segala resepi yang aku jumpe dekat google ni. tapi hasil dia, memang perghhh gebu gila!

bahan-bahan

- 5 BIJI TELUR GRED A (DR PETI AIS)
- 1 1/2 CAWAN GULA KASTOR
- 3 CAWAN GANDUM
- 3 SUDU TEH BAKING POWDER
- 1 SUDU OVALETTE
- 1 SUDU ESEN VANILLA
- FILLING (PERISA SUKA HATI KAU)
- PIPING BAG
- PEWARNA

see? resepi ni memang tak perlukan susu segar/santan/susu cair langsung!
sebab sifu aku pesan, nanti apam jadi cepat masam and rosak.


langkah-langkah

- KAU PUKUL TELUR TU NGAN MIXER HIGH SPEED SEKUAT HATI MACAM TAKDE HARI ESOK, SAMPAI TELUR TU KEMBANG. (LEBIH KURANG 10 MNT)

- THEN MASUKKAN GULA & OVALLETE. (PUKUL LG 10 MINIT)

- BARU MASUK GANDUM YG DIAYAK BERSAMA BAKING POWDER.

- LASTLY MASUK ESEN VANILLA, KALAU SUKE BLEH MASUK SEDIKIT GARAM.

- PASTU LEPAS DAH BANCUH TU BAGI LAH BRAPE2 BAHAGIAN UNTUK BUAT COLOR. SUKA HATI KAU LAH NAK BERAPA COLOR NAK GUNA PUN. SUKA HATI AI DENGAN YU.

- MASUK DLM PIPING BEG. FILLING PUN KENA MASUKKAN JUGAK.

- THEN PIPE ADUNAN DALAM PAPER CUP TU UNTUK TUTUP DASAR DIA.

- LEPAS TU PIPE FILLING MASUK. JGN BANYAK SANGAT, JGN SIKIT SANGAT NANTI ORANG CAKAP KAU KEDEKUT NAK MENINGGAL. HAHAHAHA :p

- THEN KAU PIPE ADUNAN KASI PENUH CUP. EH TAK TAK. TINGGAL SIKITTTT LAGI NAK PENUH. BARU LA APAM NANTI NAIK BULAT COMEL JE. HAAAA


DAH BERAPA KALI AKU BUAT APAM NI, SIAP 1ST TIME BUAT TERUS JUAL KOT? LAKU WOI! HAHAHA.. haa kan dah tercapslock tu. nampak sangat over eksaited -_____-

gambar sepanjang proses pembikinan takde. sebab esisten aku tak balik dari asrama. jadi tinggal gambar yang dah siap jelah.

ni hasil aku yang kali keberapa ntah tak tahu.
bawah ni pulak hasil pertama. haha


kejak aku cari hasil kak su punya apam. dia punya memang pergh cun gila. siap buat bisnes lagi! kalau nak order online pun boleh. sila ke fb beliau di NURSURIAWATI SUEZAM



comel gila kan apam-apam kak su punya ni? kak su cakap untuk wording or numbering, better kukus 2 kali. mula-mula kukus apam kosong tanpa corak dulu, lepas tu baru pipe corak or number or huruf, then kau kukus la lagi sekali. haaa gitu

kalau kau nak rasa sendiri kegebuan dengan kesedapan dia, kau try lah buat. aku yang buta dapur ni pun mampu buat, apatah lagi anda semua yang terer lagi hebat tu. hehe

till then, byebye! :D