zaman sekolah dulu korang pernah tak tulis biodata?
pernah tak ada buku nota yang comel-comel,yang dibeli kat kedai buku,lepas tu dibuat buku biodata?
pastu tulis pulak tak main aaaa ngan pen biru kilometrico tuh.pen mesti yang warna warni,ada glitters ape sumer.hehe
yang fungsinya,mintak biodata kawan-kawan.
ala..yang kita kena tulis nama penuh,nama samaran,hobi,bilangan adik beradik,CITA-CITA,nama kawan baik,musuh la dan macam-macam lagi.pernah kan?hehe
okay.aku nak cerita pengalaman aku selama bergiat aktif dalam kegiatan ni sejak sekolah rendah.huhu
dulu-dulu,aku akan tulis cita-cita aku: cikgu tadika.
sebab aku rasa,boleh main mainan and lego sekali ngan anak murid.cis! cita-cita tak matang.
then aku tulis macam ni pulak: pilot DAN doktor.
DAN okay,bukan ATAU!
gila ape nak jadi dua dua?haha
sebabnya time tuh baru berkenalan dengan perkataan 'pilot'. (kot?)
kadang-kadang ada jugak macam ni:
cita-cita: suri rumah sepenuh masa.haha
yang ni sebab tiru biodata kawan-kawan lain yang dah tulis dalam buku tu!
dan sekarang.cita-cita yang jitu adalah guru pendidikan khas.
dan mengikut perancangan serta matlamat jangka panjang,mahu bisnes cupcake secara sampingan kat sekolah nanti!
berangan-angan? yes!
angan-angan penting untuk mencapai cita-cita.kan kan kan?