sayang sayang saya :')
Tuesday, December 7, 2010
cara tingkatkan keyakinan diri
assalamualaikum dan salam subuh semua!
hari ni aku belum tidur.dan aku berasa hebat serta merta.haha
okay jom aku nak share cara tingkatkan keyakinan diri,cara aku.
1. rabun
~ aku tak suruh korang merabunkan mata yang tak rabun tuh ya.jangan silap faham.okay stret to de point! okay rabun yang aku alami ni aku anggap macam kelebihan dan bukan kekurangan bagi aku.aku cuma pakai glasses time dalam kelas je.dulu aku selalu join pertandingan pidato dan blablabla kat depan orang ramai.aku boleh berdiri atas pentas untuk buat speech tanpa ada rasa nervous walau sikit pun *tepuk-tepuk*. sebenarnya aku bukan berani sangat pun. aku kan tak nampak audience yang tengah menonton aku so masalah seperti konflik hubungan mata and whatsoever tuh takkan berlaku la.sebabnya,perasaan malu or segan berada di depan khalayak ni cuma timbul bila kita takut orang pikir bukan-bukan dan pandang rendah kat kita. pendapat aku lah.
2. puji diri sendiri di dalam hati
~ tanamkan dalam hati bahaa kita lebih hebat dan bagus daripada orang lain. bukan niat untuk bongkak atau riak tetapi untuk latih diri sendiri rasa lebih yakin dan bersemangat untuk buat apa jua dengan berjaya! *aww semangatnya saya menaip*
3. pakaian
~ aku kurang gemar bermain warna ketika berpakaian.contohnya warna kuning.sebab aku rase aku nampak pelik dalam cermin. maka aku buat andaian bahawa orang pun akan tengok aku pelik.tips aku senang je.pakai baju yang korangg rase buat korang nampak elegan,kemas dan paling penting selesa.
contoh kalau pakai baju singkat,bila lalu tempat ramai orang or audien yang kurang sesuai contoh kat kampus,agak-agak camne ye.asyik nk tarik2 je.pastuh mula la gelisah semacam.okay,pesanan untuk diri sendiri jugak sebenarnya,uhh nasih baik aku pakai baju kurung je pergi kelas.hehe..lagi 1,ini agak bongek dan lame serta pathetic.iaitu pkai bju yg agak mahal dan original.walaupun orang tak tanya kita berape harga,kita tetap akan rase yakin untuk melangkah.hua3..
okay.ini cara aku.cara korang pulak?
p/s: tips yang berguna untuk tingkatkan keyakinan. sila tengok di SINI!