sayang sayang saya :')

Thursday, November 4, 2010

cara merawat terseliuh

pernah terseliuh?biasanya kaki atau tangan la kan?
selalunya bila terseliuh kita terus jumpa tukang urut tradisional jela kan?
sebenarnya kaki aku terseliuh sebelum balik terengganu aritu,sebab tuh aku post entry ni.huhu
da agak lama tak terseliuh kot.last sekali time pergi Tanjung Piai tahun lepas.

okay ni ada beberapa tips merawat anggota badan yang terseliuh.
terima kaseh encik google!

1.menggunakan daun tembaga suasa.


cara rawatan:
- Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

- Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

- Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

- Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

- Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

2.rawatan kecemasan

-kurangkan pergerakan pada bahagian tersedera.

-taruk ais kat tempat sakit tu.

-angkat sikit bahagian yang sakit.

-balut dengan kain agar menutupi bahagian yang sakit tersebut.takut masuk angin,nanti bengkak pulak kan.