sayang sayang saya :')
Friday, October 22, 2010
duhai wanita,syurgaku.
duhai wanita..
kuatkanlah semangatmu.
kuatkanlah imanmu..
kuatkanlah kepercayaanmu kepada tuhanmu..
duhai wanita..
di kedinginan malam sunyi ini..
aku panjatkan doa untukmu..
semoga Allah mengasihanimu sebagaimana kamu mengasihani aku sewaktu aku masih kecil.
aku mahu kau bahagia sepertimana kau bahagiakanku..
semoga derita itu pergi dari nyawamu..
duhai wanita..
aku mendoakan kau dimurahkan rezeki dan sentiasa memperoleh limpahan kurniaNya..
semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu duhai wanita..
semoga Allah memberkati usiamu..
semoga Allah memanjangkan usiamu.
agar aku,sempat mencurahkan segala kasih kepadamu.
agar aku,sempat membalas sedikit dari pengorbananmu..
agar aku,sempat melunas hutang jiwa terhadapmu..
duhai wanita..
hapuskanlah segala air matamu itu..
agar hati aku tidak sengsara melihatnya..
agar semangatku ini tidak luluh kerananya..
duhai wanita..
cintaku ini subur tak pernah hilang..
kau ampunkanlah segala dosa dan silap perempuan ini.
agar aku,memperoleh keberkatan dan rahmat yang tidak pernah putus dari Tuhanmu,Tuhanku.
Tuhan kita yang satu..
wahai wanita,sayangnya aku,cintanya aku.
tak terhitung olehmu,wahai wanita.
tabahkan hatimu.