sayang sayang saya :')

Tuesday, November 30, 2010

antara aku,nasik tengahari dan Brett Anderson



nampak tak? nampak tak?
hahahahahaha
betapa aku jatuh cintakkk sama dia!
owh my Brett Anderson!

orang yang berkenaan sila jangan jealous,aku taruk muka encik Brett yang kachak ini dekat profile picture facebook saya.

okay,sekian dulu short entry dari saya.haha

siapa follower aku yang ke-100?

just now,aku dah ada 99 orang followers!
sukenye sukenye!
walaupun blogger lain dah ada ribu riban followers setia.huk3
tepuk pada diri sendiri sebab dah berjaya tarik manusia untuk datang menyengat kat blog aku yang tak seberapa ni.
*tepuk tepuk tepuk*

so sekarang im wondering la kan.
siapala yang bakal jadi follower ke-100 tuh.
sebab aku ada hadiah misteri ni untuk beliau.
jeng3

sebelum tu aku nak mintak maap la sebab aku nggak mampu nak sediakan hadiah mahal-mahal.even topup rm10 pun aku tak mampu.ishk3..

tapi tapi tapi.
aku akan doakan kesejahteraan follower aku yang ke-100 tuh.
semoga beliau memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
chewaaaahhhh..hehe
dan dan dan.
aku akan promote beliau di facebook dan blog picisan aku ni.

jangan gelak aku serius ni!
lempang laju-laju sape yang gelak aku! haha

derita perut itu..

kenapa aku rasa aku dah lama tak jumpa dengan nasi?
kejap ehh aku kira berapa lama.
owh patot laa.. dah 32 jam tak jumpa nasik.
aku cuma makan roti RM0.60 Gardenia yang perisa coklat tuh plus Cloud 9 plus Perl' Kacip Fatimah.yang tu je kot.
megi ada, the last one to die.
tapi perut aku tak mendambakan megi-megi.
ape barang.aku Melayu kan,mesti nak nasik jugak.
*tapi kalau ada nak belanja aku Cappuccino Cheese Cake Secret Recipe punya, aku takde hal.boleh je*

sekarang ni,aku nak struggle mata aku berjaga malam (eleh,dah subuh dah sebenarnya pun) supaya aku tak terlepas lunch aku lagi.dah banyak hari kot aku skip lunch.
aghhhh ini semua boleh menyumbang kepada kegemukan nih!
(buat muka tension sambil tarik rambut!)

aku dah start buat revision pasal subjek 3hb ni.sikit-sikit.ok lah kot dari takde langsung.

dan sekarang, tengah tahan pedih perut.lagi 5 jam sebelum aku serbu kedai makan abang comel.

mampukah? aaaaaaa

*tetiba rasa nak ABC- Air Batu Campur pulak*



tolongla komen banyak-banyak kat sini! penat aku melahirkan rasa derita ni! desperate gila kan? hahahahahaha

Suede - The Beautiful Ones



peeps!
tolong! aku rasa aku dah jatuh cintakk sama orang yang salah ni!
sape?
ni haa..dengan vokalis Suede yang comel dan berumur 40-an ni.huhu

aku dah pernah post lagu ni dekat dalam FB.tapi aku nak post jugak kat sini.
saje lah nak share lagu wajib aku.siap dah edit sendiri untuk dijadikan ringtone dah pun.
awwww3! gedik pulak rasanya!

hey man,u really melting up my heart lah.
i <3 <3 <3 you my Brett Anderson!

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

this is my very first entry on 30 DAYS BLOGGING CHALLENGE.

My recent picture,captured on last two days ago.




so here are my 15 interesting facts bout' myself. (interesting though?)

1. i'm studying Special Education. major in Sign Language!

2. i wish i can play keyboard.

3. im good at baking cupcakes.but im so blind on cooking dishes.muahaha

4. i’ve never broken a bone. dan saya taknak pun =='

5. i do not have pets.im not into cats,hamsters and blablabla.

6. the sound of scratchy pens also makes me cringe.

7. and so the sound of scratchy fork and spoon.annoying nak mati.ahhh!

8. allergic to heavy dust, very cold weather, stressed and depressed, yaa asthma.

9. im so addicted to facebook-ing and blog-ing.

10. i hate online business, including all kind of MLM.

11. i keep a piece of should-have-thrown Rocky Biscuit Stick, as my sweet collection.

12. i can start a conversation with random people in everywhere. creep?no lah.just a lil' bit friendly.LOL.hihi

13. aku tak sukekan changes. either its about people,routine,daily meals and so ever.

14. im so well-organized.i keep my things on place they should be.i have lots of boxes.different box for different sort of things.

15. im not an anime fan, im not a console videogame fan.

till here,its your turn!

kamu,eja biar betul-betul ya?



sumber dipetik dari blog CIK RYNA

mula-mula sekali nak mintak maaf lah kalau ada mana-mana pihak yang terasa hati ke ape.
entry kali ni bukan nak mengutuk ke ape.
cuma nak kongsi pendapat je.hehe

ejaan-ejaan short-form kan lagi comel kalau diguna ketika ber-SMS aje.
untuk penulisan dalam blog kan lebih manis kalau ejaannya penuh.
takde yang skemanya pun.
nampak lagi profesional (kot?) bagi aku.
nampak lagi educated kot macam yang tertulis kat dalam gambar tuh.

tapi seriously aku cakap,aku memang kurang suke dengan blog yang aku usha-usha,then tulisan dan ejaannya;

aqu, aqoo, kow , minx , dan bagai-bagai lagi lah.

memang aku stay sekejap aje lah.then tanpa segan silu aku klik butang pangkah kat ats tu.

pinjam kata-kata CIK RYNA,
ini pendapat personal aku.kalau kamu nak buat jugak,takde hal lah.
menulis ikot keselesaan masing-masing kan?

okay sekian dulu untuk tengah malam ini.
selamat hari rabu.
*pagi yang tenang dan sunyi*

30 DAYS BLOGGING CHALLENGE


encikYEB ajak aku sahut cabaran nih!
(sebenarnya it's me yang gatal-gatal nak sahut cabaran ni.cabaran la sangat.haha)

ini adalah cabaran yang tak mencabar langsung bagi aku (ayat kerek) untuk dilaksanakan!

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02 - The meaning behind your blog name
Day 03 - A picture of you and your friends
Day 04 - A habit that you wish you didn’t have
Day 05 - A picture of somewhere you’ve been to
Day 06 - Favorite superhero and why
Day 07 - A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08 - Short term goals for this month and why
Day 09 - Something you’re proud of in the past few days
Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11 - Another picture of you and your friends
Day 12 - How you found out about blog and why you made one
Day 13 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 14 - A picture of you and your family
Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16 - Another picture of yourself
Day 17 - Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18 - Plans/dreams/goals you have
Day 19 - Nicknames you have; why do you have them
Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21 - A picture of something that makes you happy
Day 22 - What makes you different from everyone else
Day 23 - Something you crave for a lot
Day 24 - A letter to your parents
Day 25 - What I would find in your bag
Day 26 - What you think about your friends
Day 27 - Why you are doing this 30 day challenge
Day 28 - A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29 - In this past month, what have you learned?
Day 30 - Who are you

macam best je kan?
aku ingat nak join right after my last paper was finished,tapi disebabkan yeb dah nak start buat benda ni besok,maka aku pun ingat nak start besok je.
sebab aku takot nanti aku ter-copy style dia menjawab cabaran-cabaran.
boleh ke camtu?haha

disini aku nak tag manusia-manusia malang supaya sahut gak cabaran yang tak mencabar langsung ni! (walaupun tak disuruh tag pada sape-sape.haha)

1. cik cousin TIRA BONGEK
2. kamu-kamu yang rasa gatal tangan mahu mencuba.huhu

p/s 1: encik yeb,takde hadiah ke?haha

p/s 2: banner yang aku buat sendiri.ehsan Mr.Google.haha

Monday, November 29, 2010

kriteria blog pilihan hati


assalamualaikum dan selamat hari selasa.

hihi.suci murni tak intro aku?
cakap yes cepat!

hari ni aku nak share kriteria blog yang jadi pilihan hati aku untuk baca,follow dan terjah setiap hari.

1. blog yang kontroversi macam blog FIDA AISHAH walaupun kadang-kadang aku tak paham apa yang beliau tulis.haha

2. blog carut-carut macam blog ENCIK FAIZ . suka part dia dengan LISA SURIHANI tuh.kwang3

3. aku tak suka blog yang bercerita tentang sukan-sukan ni.sebab aku bukan minat sukan pun.tapi aku baca jugak sebab dia ni ENCIK FAIZOL MAT dan dia ni PAKZUE kawan aku.support member-member kan.hehe

4. blog pasal teknik buat blog.boleh dimanfaatkan di lain hari.huhu.. klik SINI

5. blog yang bercerita pasal bahagia. macam blog CIK PINK GAJAH

6. blog yang banyak gambar daripada tulisan. aku kadang-kadang malas betul nak membaca.jadi kalau ada entry blog yang banyak gambar berbanding tulisan,maka aku akan melekat kat blog dia.hehe

banyak lagi sebenarnya.cuba tengok kat sidebar aku la.kolum fav cikedis tuh.haaaaa yang tu la.hehe

~korang lak?suke tak baca blog aku?huhu

The Fratellis - Whistle For The Choir

another pieces of my fav cikedis



intro lagu ni macam tak sedap.
time 1st time dengar la.
then sedap pulak.huhu
tanx pada yang rekemen.
jom lah pakat layan lagu ni yer.
apa salahnya sekali sekala ganti tukar lagu Super Junior korang tuh dengan The Fratellis pulak.huhu

~selamat awal pagi selasa~

:)

cerita terperam minggu ini

entry ini sepatutnya ditulis semalam tapi disebabkan aku buat-buat busy dengan adegan lain semalam,maka entry ini aku kira sudah agak basi.dan terperam macam ikan pekasam.haha

semalam setelah memerapkan diri dalam bilik semata-mata,aku keluar outing dengan classmate aku,juga sorang budak terengganu.
macam biasa a,pergi bandaraya tanjung malim yang tak cantik macam bandaraya kuala terengganu tuh.
destinasi yang paling biasa,kfc.
dah lama kot tak sentuh kfc.
asyik ngan kenny rog,big apple,big orange,big durian dan sebagainya je.
sekali sekala lah pekena kfc :p

malaslah nak tulis.tengok jela gambar yang ada dan sempat snap.huhu


(ikan buntal dan nasik beliau)



(wallpaper yang menimbulkan kontroversi)



(tengok je,belinya tak.haha)



(ini la beliau,cik ikah.nak berkenalan sila taip ON CINTA dan hantar ke 32323)



(aghhhh nak jugak! ~moto abang comel kedai makan depan kolej.haha)

happy bornday,encik boyfren!


encik boyfren.
sweet moonbeam.pillow.bedtime stories.
1st thought in da a.m. and da last of every nite.
gossip partner(part-time only :p)
my butterscotch who always keep me full.haha
my shrink-monster.
my future-hubby(insyaallah)
my yogurt drink.
(oops! why do they all have to be food-nick?haha)


hari ini genap 20 tahun kamu dilahirkan oleh puan ibu.
aku doakan yang terbaek untuk kamu didunia juga di akhirat.
semoga kamu dapat skor yang terbaek untuk exam(saya juga!)
semoga semoga semoga segala cita-cita tercapai.
juga,semoga jodoh berkekalan. awww3 :p

(rumate saya cakap,saya curang mesej ngan lelaki lain di hadapan bear! haha)

antara aku,megi tomyam dan dotdotdot

baru lepas gayut ngan BFF aku,si diha.
dia dah selamat setel mendaftar kat POLISAS.
then mintak diri untuk blah,eskot parent dia pulang.
maka berlakulah adegan air mata mereka beberapa beranak.
huhu! pasni aku nak nganjengg sepuas-puasnya! haha
(suddenly,rindu sama makhluk ini!)

selamat menyesuaikan diri kat tempat baru!

aku lapar.bangkit tidur agak lewat membuatkan aku malas-gila-nak-mati untuk turun cafe and tapau makanan balik bilik.
aku paksa diri untuk rajin.
rebus air guna kayu api lebihan semalam.
nasib baik la aku ada simpan kayu api yang aku pungut kat ladang kelapa sawit tuh semalam.
lau tak,tak berasap a dapur aku arini.
(jangan percaya,dusta semata-mata)

okay.sekin dulu untuk entry ini.
terima kaseh kerana sudi membaca,
ahakz!

Saturday, November 27, 2010

Mando Diao - You Can't Steal My Love



super-dupper energetic!
aku paling suka part bila penyanyinya yang suara jantan sejati tuh nyanyikan ini

And all the love I've got in here
You've just killed you peasants
didn't even care
The love I had in store you raped for more

And all the dreams I had in here
you've just stolen
You peasants didn't even care
But the dreams I had for her you cannot touch,
my golden hand

5 DONT'S when you are sleeping!


lelaki perempuan.balak awek.mak bapak.
pakcik makcik.sila baca!

1. don't sleep with watch
~ watches can emit with certain level of radioactivity. though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

*hah,baca tuh korang.jangan tidor dengan jam tangan! dengan bantal busuk takpe.takde radioaktif okay!

2. don't sleep with bra
~ scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. so go to bed without it.

*yang ni lagi satu.sepupu aku ada je buat camni.dah berbuih ketul-ketul mulut aku nasihatkan dia,dia buat tuli pekak hilang pendengaran je!

3. don't sleep with phone
~ putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encourage. though some of us will use phones as alarm clock, but please put the phones as far as possible. scientists have proved that electrical items set emit magnetic waves when used. these waves can cause disruptions to our nervous system.

*yang ni,i really can't help sebab aku sendiri pun buat salah yang sama.ngeeee~ tahu bahaya,tapi still,taknak buang tabiat buruk ni!

4. don't sleep with make up.
~ sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in respiring.

*part ni aku selamat sebab aku kan tak pandai mekap-mekap.haha

5. don't sleep with others'wife/husband
~ you may never wake up again :P

*hahahahahahahahahahahahahahhaa LOL~

so?berhati-hati lah semua yer.kaum jantan terhebat jangan pulak nak lega-lega.sebab korang pun BERISIKO untuk menhidap barah pembunuh ini.nampak tak aku On CAPS LOCK tuh?nampak tak?nampak?nampak?

p/s: credits to blogger si cantik FATIN LIYANA

saya ketua rumah yang berjaya


aku menjadi seorang awek yang agak membosankan hari ni yer.
maksud aku,bukan awek kepada pakwe aku,tapi awek la.
PEREMPUAN.huhu

bangun tido terus melekat dengan laptop.kemudiannya,dengan perasaan rajin bercampur kurang ikhlas,aku merendam baju kurung sama softlan selembut sentuhan ibu dan baju serta seluar cinonet bersama sabun daia pakar sebenar untuk pengeringan tempat teduh!
wuhuuu siap taruk dia punya brand tagline siot.haha

then sekembalinya si hasni ke rahmatullah,eh silap.ke rumah,dia inform aku pasal notis yang ditempek kat depan pinto.

notisnya berbunyi begini:

diharap semua ahli rumah menjalankan tugas sebelum balik bercuti sem,kalau tak nanti kita kena saman!
huhu...tanx kepada kakakkakakku sekalian.hampehnye rasanya bila dapat ketua rumah yang tak bertanggungjawab macam sarah kan?haha

aku kena sental bahagian bilik air mendobi.
rumate aku bahagian sink JE.
kakanda dayah merelakan hati membasuh tandas bersama-sama sorang lagi hausmate.
kakanda naim dan kakanda yehrengas bahagian mop dan sapu lantai.
dan musuh tradisi yang selamanya dibenci lak dapat part paling senang! iaitu meja dan kabinet dapur.

owh kakakkakakku.pandainyer yang cabut undi.
adinda disini amat bergembira dengan undian yang dicabut tersebut.agagaga

jadi kawan-kawan,mari kita menjalankan tugas dengan penuh dedikasi lagi bersemangat!
*sambil buat muka ketat dan tangan terangkat*

gambargrapher aidiladha 2010

entry yang berbau agak basi yer kawan-kawan.
tahun ni aku pulang beraya kat kampung tokwantokki di kemaman.
tokwanggggg! cucumu yang cantik datang! huhu

malas tulis panjang-panjang,takot ramai chair-rat bear-rat.
yelah,entry basi kan.huhu
anyway,gambar menceritakan juta-juta rasa.
tengok gambar-gambar ni!


~ni,jejaka-jejaka-tempang-bukan-tampan yang gedik sangat nak bergambar dengan aku.layankan je demi taknak kuciwakan hati peminat! huhu


~next,aku bersama 2 jejaka tempang-bukan-tampan dan 2 gadis-comot-bukan-kepalang


~lagi,aku dan sepupu yang tak macho bersama tokki terkachak!


~aku yang TINGGI dan kembarku yang PENDEK banyak! haha

okay.sekian saja kita bersiaranraya.
kita kembali ke angkasapuring.

*selamat hari sabtu*

Friday, November 26, 2010

ini bukan gambar lucah. STREET 3D ART

tajuk jahat.tajuk je jahat.
sekali sekala je.
bapak,jangan marah.hehe
just now ber-BW,jumpa gambar-gambar pelukis jalanan 3D.
hebat gila ah!
jom kita pakat tengok!












kuiz tipu di facebook.

tadi gatal tangan main kuiz kat mukabuku.
nama kuiz tuh,What Kind of Guy Will Fall For You?


-part bawak bunga tuh paling menipu.i tak minat la bunga-bunga ni.haha
-part masakkan dinner,jugak penipu.kan aku future-teacher-insyaALLAH,kan aku kerja separuh hari je?sah-sah aku yang kena masak! cis!

haha

sekian dulu dari saya.
kita kembali ke angkasapuring.

malam sunyi,sabtu.

minggu yang tough untuk aku dah berakhir.
4 papers dah selamat di-muntah-kan oleh saya.
macam-macam benda berlaku dalam hidup aku minggu ni.
berkaitan perasaan (ahh-geli-tak-ley-bla)
dan juga emosi.owh,aku yang main dengan perasaan or orang yang main perasaan aku?
ahhhh
jangan percaya.aku tipu je ape aku tulis ni.
ape perasaan-perasaan?
aku hati batu.
sekeras lantai koridor rumah aku.
hati kering.
sekering baju kak dayah dan kak yeh di jemuran.

pesan aku,jangan main-main sama perasaan aku yang keras lagi kering nih.
sebab aku senang sungguh nak ber-basah pipi.
se-ber-jeruk-nya jemuran kak dayah dan kak yeh di jemuran ketika tanjung malim dilanda hujan.

tolong yer?
terima kaseh.

Thursday, November 25, 2010

2nd award from miasara!


ini award aku yang kedua.
awwww2 sukenye!
muah pada MIASARA!

maka tiba masa untuk saya jawab soalan-soalan senang lagi kacangnya!haha

1. Sila jelaskan kenapa anda suka berblogging .
* sebab saya rasa saya punya yang banyak sangat untuk dihabiskan di blogspotdotcom nih! huhu

2. Apa motif anda nak tarik follower ? Anda superstar ke ?
* saya bukan superstar,superbulanmengambang je.haha
motif nak tarik follower? ala..dorang yang follow saya.dorang suka saya lah tuh.kan followers tersayangg?

3. Cerita sikit perangai anda .
* friendly untuk orang tertentu sahaja.agak boros tapi masih terkawal.suke buang masa dan menyesal di kemudian hari.saya suke gigit adik-adik saya.

4. Best tak dapat award ? Excited maybe ?
* huhu...suke yang amat! excited hingga ke puncak!

5. Pernah tak terfikir nak masuk magazine aka nak me-war-warkan blog anda ?
Mengapa ?

* nak masuk majalah Rolling Stones buleh? ahha

6. Sila tag blogger lain untuk menerima award ini .
* malas sebenarnya nak tag ni.kan saya kedekut.nak makan award ni sorang2 je.haha..kiddin'

* KAK DAYAH
* CIK PINK GAJAH
* cukuplah dua.huhu

my very first award!

hello!
aku nak bagitau dunia ni! aku dapat award dari kak dayah! huhu
btw tanx yer kak d!
sebenarnya dah lama kot dapat award ni.tapi hari ni baru nak amik.
sowi yer kak d,flight delay,sebab tuh lambat.huhu
okay sekalian.ni lah awardnya!
dapat 4 sekali gus! huhu




dah dapat award,haruslah ada soalan yang nak kena settle kan?

1- KENAPA AKU PILIH NAMA BLOG AKU CAMTUH?

on da spot je tuh sebenarnye.time sign up tiba-tiba terpikir nama tu,terus stay sampai sekarang! sedap jugak kan?haha

2- 5 PERKARA YANG AKU SUKA

* family.the only thing i care about.the most!
* facebook-ing dan blogwalk-ing!
* bergambar! owh totally gila bergambar.haha
* latest~ Rocky Strawberry Biscuit Stick
* lullabies.

3- 5 PERKARA YANG AKU BENCI
* ular.sangat sungguh gila punya benci!
* ppl who messed with my life.
* orang suka cakap BESAR dan sendiri BANGGA.
* subjek dasar dan pengurusan pendidikan khas.haha
* organ dalaman.hati pedal limpa dan adikberadiknya.

4- TAG AWARD UNTUK ORANG LAIN
* miasara the sweet sis
* yeb aufseher
* syarah syazwanie
* fatin zol(aku malas sebenarnya nak bg kat ko.sebab tau dah ko taknak layan.haha)

selamat hari beranak,BFFs kesayangan!


tuan noor naDIHA binti tuan ngah
my partner-in-crime.
my best-best-best-girlfriend.
my sugar plum.
my pillow-partner.
my driver to anywhere on earth.
my cocaine.
my gossip girl.
my forever n hereafter BFF.
one and only.

~babe,happy birth-birth-birthday!
lambat sungguh nak tua yer?haha
wishing u da best of luck.
may GOD bless u,always..

kita tak amik masa yang lama pun untuk get to know each other kan?
everything yang ada dalam hati dan kepala ko,dah terkeluar ikot mulut aku dah.
we got that so-called-chemistry.
wherever i go,u're the only BFF i need.
wherever u go,please let me stay in ur deep heart.
i love you lah si comel yang bongek!
muah3 kat suis air-cond! haha

..............................................

amik kesempatan ini untuk wish birthday kat my super-new friend,encik someone.
***
hoping for the better YOU,someday.
tanx for those lullabies!
will keep it safe in my heart,until when-when

tanpa tajuk


adakalanya kita tak nmpk kasih sayang tuh.
ia tak perlu dizahirkan.
tak perlu diungkapkan.
kasih sayang itu.
syukur untuk redha itu
syukur untuk restu itu
rindu itu.
kasih ibu,sayang bapa.
harta aku.
cinta aku.
hidup aku.
nyawa aku.
syurga aku.
segalanya untuk aku.
<3

26 november.can u stay?

just another entry-sakit-jiwa from me.
taknak view pun takpe.


26 november.jangan pergi boleh?

nanti aku bosan.

dah takde pengacau tegar.

kang aku rindu sape susah?

aaahhhh

bencinye.

kenapa perlu aku rasa ini?

shuhhhh3 perasaan yang salah.

sila main jauh-jauh.

Wednesday, November 24, 2010

okay, aku faham dah

aku kira air paip itu sejuk sungguh.

takpe.aku cool aje.aku beranikan diri basahkan kepala.

ahhhhh...mau gigil aku dibuatnye.

aku cuba telan air liur.

sakit siot.ahhhh.. air liur aku bertukar jadik duri berbisa ke?

lidah aku dijamah pula nasik goreng kampung yang aku beli kat sebelah kedai abang kacak.

huh! ape la tukang masak ni.

aku yang masak guna perencah nasik goreng adabi pun lagi sedap dari ini.

aku berfikir panjang.

lepas maghrib aku tido tak sedarkan diri.

aku ingat aku pengsan dah.tapi tak.

aku pun hembus nafas.

aikk kenapa panas nih?

owh~~~~~~

aku nak demam rupanya.patot la...

Monday, November 22, 2010

tips menduduki peperiksaan

salam semua!
salam untuk readers,untuk followers.
esok aku dah nak final exam
so doakan yang terbaik untuk aku yer?
umi,baba,abah,wish me luck!

kat sini aku nak share some tips yang baba bagi kat aku.

usaha tawakal dan doa sudah menjadi kewajipan.

ini sebagai tambahan.

"bila idea susah nak datang time jawab exam,bayang muka mak dan ayah,Insyaallah idea datang mencurah-curah"

lagi satu,

"bayangkan kita berada di hadapan Makam Rasulullah,kita berdoa dengan bersungguh-sungguh,semoga kita beroleh syafaat daripada baginda,Insyaallah.."

p/s 1: agak jarang meng-update.harap maaf.

p/s 2: segala percakapan dan ayat yang kurang menyenangkan,samada secara langsung atau tak,harap dimaafkan.

sekian dari saya,budak besar yang nak exam.

(UMI,BABA! takotttttttt)

Saturday, November 20, 2010

hey Perak,aku tak sayang ko,aku sayang Terengganu LEBIH!

dah sampai perak.
tak suke pun.
sampai je umah jam 5.45 pagi tadi terus mandi.
pas solat subuh,tido sampai ke tengahari.
rumate belum balik.so tido la sensoranggg..

nak study rasa malas lagi.
tapi buku dah bukak da.
lepas zuhur nanti la nak study.KOT.
i have a lot of things to tell.
tapi biarlah dulu.
aku dah tulis rangka isi dan save dalam fon.
nanti lepas exam ke baru aku nak taip kat blog.

rindu.
pada family aku.
baru tinggal tak sampai sehari,dah terbayang-bayang.
juga,rindu pada kamu.
u noe who u are.

sekian,
XoXo from Tanjung Malim.

Friday, November 19, 2010

pesanan untuk kamu

tengah tunggu umi dan adik2 sampai,dari kampung kat pasir puteh.
semoga mereka tiba ngan selamat..
selamat juga dalam perjalanan..

sekarang.tengah takde kredit.so sorry kepada yang text aku by now.
nak kuar topup,hujan lebat lak.

sorry kepada yang call aku tapi aku ignore sejak semalam.
kau kan dah ada kawan-kawan ko.
pergi a ko ber-futsal dan men-dota-kan diri ko dengan dorang.
perlu ke ko cari aku bila ko bosan?
perlu ke aku layan ko yang takde time aku perlukan ko?
ko ignore aku kan?
amik a ko nak sangat.
dahlah.tak payah call aku lagi dah.
aku taknak angkat.
yes,saje nak wat sombong.
rasakan.
aku saje taknak angkat sebab dah nak terjeluak asyik dengar sorry ko tuh.
sebab sorry ko cuma di mulut dan mesej je.
hati kosong dan kering sekering baju kat jemuran time cuaca panas terik.

Thursday, November 18, 2010

warna mata dan personaliti


HITAM:
Anda adalah seorang yg baik hati serta seorang yg berjiwa penyayang. Tiada sebab untuk membenci diri anda.


PERANG:
Anda adalah seorang yang amat bijak dan kadangkala anda boleh melakukan perkara yg diluar jangkaan tetapi anda tahu bagaimana untuk 'have fun'.


HAZEL:
Anda adalah seorang yg ceria dan amat disukai oleh rakan-rakan anda. Rakan-rakan anda juga amat menyayangi diri anda.


BIRU:
Anda adalah seorang yg sungguh berjiwa seni dan susngguh kreatif. Anda juga tidak pernah rasa takut atau segan untuk menampilkan bakat yang anda miliki.


HIJAU:
Anda adalah seorang yg amat tegas serta berani untuk mempertahankan hak serta perkara yg anda mahukan.


KELABU:
Anda adalah seorang yg pemalu serta anda lebih suka untuk bersendirian.


VIOLET:
Anda mempunyai mata yang sungguh menawan. Rakan-rakan anda sering tertarik dengan perwatakan anda.


HETEROCHROMIA:
Anda lain daripada yang lain serta sungguh unik

info sikit sangat la kan?huh tak puas hati aku! tapi dah lewat malam gini malas pulak rasanya nak google lagi.haha

tak boleh.yaa i know.

phone calls. waiting. rushing.
shorts and pink.
Johnson and Johnson, Summer Swing, the green one.
tender touch. and original hazel color.
tears. stare. eye-sight.
i wish,we can stay longer.
longer and longer.
i wish.but i know,tak boleh.

<3 <3 <3

p/s: suddenly tringat sama video clip Super Junior tadi! owh aku suke Korea?nehi babuji.haha..ni sepupu aku punya pasal lah ni! haish

from terengganu to terengganu,stuck on tengah-tengah antara itu.dan akhirnya..

jam 12:35 am,mengadap baba yg tgh tgk muvi.
sambil tulis blog.
duk sengih sorang-sorang.
bahagia kot.macam org sakit jiwe gitu! hua3
lelah aku rasanya macam dah fully recovered.KOT?
mintak-mintak la..
letih siot lelah-lelah nih.haha
lelah-lelah go away!
dun come here another day!

aaaahhhh rindu kat adik-adik la.
grrrr rindu kat awak lah!
huhhhhhh rindu kt upsi lah.
cis.ini tipu.jgn percaya.
langsung tak rindu.dah lupe dah upsi tuh ape.

p/s: terpikir nak buat research kt google bout warna mata dan personaliti.next time kot?

p/s 2: teringat! rindu-rinduan! korang.jgn geli yer.hati agak berbunga at the moment! haha

p/s 3: tajuk panjang lah pulak! tak sempat nak pikir tajuk.haha

hey Mr.F,this is for you!

I hope that I never know u.
I hope that I never chat with u.
I hope that I never know ur name.
I hope that I never fall for u.
I hope that I never loving u.
I hope that I know how to hate u.
I hope that I never missing u.
I hope that I never know who u is.
I hope that I never hold u.
I hope that I never met u.
I hope that I able to learn how to forget u.
I hope that Im not ur past-time gf.
I hope that I can forget u, 4 da rest of my life.
I hope I can. I wish I could.

Yup its hard. I’ll try.
No matter how, I’ll try.
I promise u I’ll try.
Try to hate u, the Mr.F of my blablabla.

untuk seminggu ini

Dah lama tak berblogging. Malas. Takde mood, takde mase. Takde punca dan takde idea untuk menaip.
Banyak benda yang berlaku.
Im dying because of Lelah for a week.
Asthalin no longer be my best best friend. Astahlin, mu dokrok cettong!
Finally, g klinik. And semuanya dah okay.
Kenapa lelah?baba cakap sbb aku stress nak final,banyak benda agi lom cover.
Habuk mungkin?or asap rokok?ntahhh..

Balik kelate 2hari sblm raya haji. Tok sdare ninggal.
Then balik beraya Kemaman.naik bas.alone.hebat kan?haha
Pastu currently jadi motivator cinta untuk sorang kawan yang frust dengan gf dia.ceh.macam hebat sgt je aku.huhu
Juga sedang mengalami konflik perasaan sendiri. Yang ni msalah kecik je.aku taknak pikir sangat ah.

Lagi ape ye?
Agak gian untuk ber-FB.luckily paksdare ada tipon canggih.dah kurang gian.haha
Final exam?sakit kepala jugak pikir. Stay umah, study tak menjadik mane la. Sebab tu berangkat balik Perak 20hb. Sepatotnya 21 tapi tukar tiket. Final tuh.rase mcm nak STPM pulak.aaaaahhhh

Lagi?
Takde dah kot.

p/s: entry ni ditulis kat umah tokwan tanpa Wifi,taip pakai Word. Save dalam Desktop. Dan di update bila dah sampai Umah-Manis-Umah.

untuk followers dan readers!

rumah manis rumah!
dah lama tak ber-BW.
sowi readers yg tinggal salam kat chatbox.tak sempat nak jenguk umah korang.
sowi readers yg dtg tinggal link,tak sempat nak gi intai tanah anda.
sowi kak d,lambat amik award.nanti sarah amik yer,btw,tanx!
sowi dah lama tak up traffic blog korang.
sowi yer.i promise u,lepas exam dan bila jiwa tenang,tiap pagi tiap malam aku singgah!

skrg,nak post blog spnjg duk kat kampung!
gambar beraya haji bakal di upload.mungkin minggu depan lah.
dan akan selit jugak dalam blog sikit-sikit.
sekadar untuk menggelikan tekak readers.huhu
xoxo

Thursday, November 11, 2010

TYPE OF GIRLS. And names in conjunction with the terms of the computer age and the internet

copy paste from this girl's note: athirah intisar

HARD DISK GIRLS:
She remembers everything, FOREVER.

RAM GIRLS:
She forget about you, the moment you turn her off.

WINDOW GIRLS:
Everyone know that she can’t do a thing right, but no one can live without her.

SCREENSAVER GIRLS:
She is good for nothing but at least she is fun.

INTERNET GIRLS:
Difficult to access.

SERVER GIRLS:
Always busy when you need her.

MULTIMEDIA GIRLS:
She make horrible thing look beautiful.

CD-ROM GIRLS:
She is always faster and faster.

EMAIL GIRLS:
Every ten things she says, eight are nonsense.

VIRUS GIRLS:
Also known as “wife” when you are not expecting her, she comes, instal lherself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if you don’t try uninstall her you will lose everything…

Sooo, which type of girl are you?

jenis darah dan personaliti.JOM PAKAT CEK!

Menurut sebuah institut penyelidikan di Jepun yang menjalankan kajian
terhadap jenis darah, mereka menyatakan sesetengah personaliti
bertepatan dengan jenis darah yang berkaitan.

sila klik gambar
(sorry template ini sebabkan gambar jadi skinny melampau)


aku darah A.
macam tipu je.
aku B kot.aaaa suke hati je nak tukar.haha

dia cakap aku tak berupaya untuk rehat?aaaa ni lagi tipu.
aku mampu tidur dimana jua aku berada.haha

part tersusun tuh aku percaya.
mak aku sendiri yang akui dan sahkannya okay! hihi

korang?camne?

aaaaahhhhhhhhhhh! *h*t !!!

semenjak dua menjak ni macam dah takde idea a pulak nak menaip.
tengok,sampai aku post gambar GADIS yang ntah macam entry kat bawah ni.huhu
sebab uk kat umah,jiwa tak bape nak kusut kot.
lain la kalau duk kat uni.ada je benda yang nak tulis.
walaupun benda tuh ntah pape.
pernah sekali sampai rumate pown perli tengok aku duk menaip blog tak abis-abis.
haha

biasala..kalau jiwa kacau atau mood yang agak kurang senang,mesti banyak je perkataan-perkataan terkeluar dalam minda nih.huhu

just now,aku dan ratus-ratus budak UPSI tengah bengang sebab server untuk daftar kos masih tak okay2..dah hampir 2 hari kot,still tak dapat nak akses benda alah MYSIS tuh.kang aku berpaling tadah pergi kat MYDAD @ MYBRO @ MYMUM @ MYTOKKI @ MYTOKWAN kang kang kang..haaaaaa

tadi aku call lecturer aku,tanya dia pasal benda ni,sempat pulak dia tanya tunang aku sehat ke tak.apelaaaaa
haha
tuh mesti dia tengok status aku kat FB tuh.awwwwww malu saya dibuatnya.haha
Encik Sarib,tolong aaaaa buat something.kami nak daftar kos secepat mungkin nih! kalau tak takot tak sempat je nak amik KOD TANGAN! pleaseeeeeee!

p/s: imy,saberi anak pakcik sulaiman kampung beladau kepong.

awwww geli mat betol!

AWAS! gambar yang bakal anda tatap ini berkemungkinan besar boleh menyebabkan anda rasa geli-geli tekak dan loya anak tekak.
tapi tak kira,nak tunjuk jugak!
gadis,you!
geli mak!
haha

SAKSIKAN~



POSE DALAM AIR siot!
readers,takde yang cair ke?huhu

p/s: tringat pulak kat subjek Pembangunan Sahsiah time buat presentation bout transeksual ni.haha

Wednesday, November 10, 2010

Banjir?

semalam ber-BW ke blog encik BEN SHAARI.ada satu artikel dia ulas,cakap pasal Terengganu mungkin akan hadapi banjir besar.
yang tak best,ada gak mention pasal Kemaman.
aiyo..nanti rye haji 17hb ni aku nak balik beraya sane.
21hb dah nak kena balik uni,sebab exam.
tiket bas dah beli.
kang lau aku balik,buatnye stuck kat Kemaman sane,camne aku nak balik exam nanti?
aaaaah risau ah!
kang tak balik,aku dah janji kot dengan tokwan.
dahla sejak tokki operate aritu aku lom balik lagi jenguk nih.
camne?
camne nak bagitau tokwan ni..
tokwan,along mintak maap ehh
kalau cucu ni tak leh nak balik raya tahun ni :(

the times we've shared

a day wif BFF
hang out.
gossip girls.
photographs.
celebrating birthdays.
laughter.
happy.
flashback.
lame.
enjoy.
joyful moments together.
a BIG BIG BIG tanx.
tanx dad for giving me da permission ^~^